Saturday, 27 September 2014

HONDA 3S Setia Alam

Assalamualaikum.....

Di sini lagi....belum pun genap sebulan sejak servis terdahulu untuk 30000km, saya sudah ke sini lagi untuk servis 35000km.

Adat orang kerja jauh, nun di Melaka, tinggalnya di Setia Alam. Sampai bila? Ntah apa jawapan yang baik untuk diberikan kepada diri sendiri, suami dan anak-anak yang sentiasa memberikan sokongan.

"Support System" yang baik amat diperlukan oleh ibu yang bekerja (apatah lagi ibu yang bekerja jauh seperti saya).

Semoga Allah memudahkan usaha ke arah mencapai kehidupan yang lebih baik.

Saturday, 6 September 2014

Seminar Perancangan Johor Sejahtera



Hadir seminar perancangan untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan perancangan bandar di Negeri Johor. Alhamdulillah dipertemukan dengan seorang pengurus hartanah yang banyak berkongsi tentang ilmu kehidupan dan kesedaran betapa pentingnya mengerjakan ibadah haji di usia yang muda semasa fizikal masih sehat dan bertenaga.

"Biar ikat perut untuk menabung ke tanah suci....berdoa selalu supaya dipermudahkan urusan menjadi tetamu Allah s.w.t." pesannya.

Pesanan yang ringkas tetapi cukup memberi kesan. Insyaallah semoga diberi kesempatan itu.

Venue : HONDA 3S Setia Alam

Assalamualaikum.....

Bismillahhirrahmanirrhim.....Bermulanya di sini.....

Assalamualaikum.....