Assalamualaikum...
Tulisan malam ni adalah lanjutan daripada komen yang saya dapat melalui tulisan Jual Beli Rumah.
RPGT(Real Property Gain Tax)@CKHT(Cukai Keuntungan Harta Tanah) adalah cukai yang dikenakan di bawah Akta CKHT 1976. Untuk ketahui dengan lebih lanjut secara lebih formal, boleh rujuk link ini.
Secara ringkasnya, apabila seorg pemilik harta tanah melupuskan aset harta tanahnya dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh pemerolehan aset, sebahagian keuntungan hasil pelupusan tersebut perlu dibayar kepada kerajaan. Pendek katanye lagi, kerajaan nak kurangkan keuntungan penjual rumah...hehehehe.....
Walau apapun, akan sentiasa ada pengecualian dalam pengenaan sebarang tindakan di bawah peruntukkan undang-undang. Pelupus harta tanah boleh memohon utnuk pengecualian pengenaan CKHT ini sekali seumur hidup dengan mengemukakan permohonan melalui Borang CKHT1A/CKHT1B. Keputusan samaada diluluskan atau tidak akan dimaklumkan melalui surat seperti contoh di bawah....
Semoga tulisan ini dapat memberi gambaran lebih jelas kepada semua.....sebarang pertanyaan boleh disertakan di ruangan komen.
Wassalam.....
No comments:
Post a Comment