Thursday, 2 July 2015

Renew Passport dan Permit Pembantu Rumah Indonesia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah......dah masuk 5 tahun pembantu rumah Santi bersama kami sekeluarga. Yang paling best bile dia bagitau nak sambung lagi. Syukur.... rezeki anak-anak mama n abah dapat pengasuh yang baik.

Hah, tapi bile dh 5 tahun tu, maksudnya urusan tukar passport baru kene usahakan la ye. Sebelum ni ada jugak baca2 kat blog pasal tukar passport baru ni. Rata2 kate 1 hari je siap kat Kedutaan Indonesia kt Jalan Tun Razak. wah, bagus ni. cuti sehari je semua siap.

Tapi apakan daya, bukan rezeki kami. Bermula 1 April 2015 (maaf, lambat share pengalaman ni), urusan tukar passport baru memerlukan majikan dan pekerja hadir ek Kedutaan Indonesia sebanyak 3 kali. huhuhu.....

Hadir Kali Pertama

Majikan dan pekerja perlu kemukakan dokumen kontrak baru dan temuduga untuk pastikan pekerja mendapat gaji setimpal dan cuti selayaknya. Kemudian, akan diberikan tarikh dan waktu untuk hadir kali kedua. Catatan hanya dibuat pada nombor giliran. Pastikan ianya disimpan utnuk kehadiran kali kedua.

Hadir Kali Kedua

Hadir pada waktu yang ditetapkan. Pekerja akan diambil gambar passport dan perlu buat bayaran (RM38). Kemudian akan diberikan tarikh dan waktu untuk hadir kali ketiga@terakhir untuk mengambil passport yang dah siap.

Hadir Kali Ketiga

Datang untuk ambil passport.


Bila dah settle passport, kene la sambung permit pulak. Permit kene buat di melalui myeg.com.my. Tapi sebelum buat, kene menapak ke Jabatan Imigresen dulu untuk sahkan passport baru. So, pegi la buat ye kwn2 semua. Urusan pengesahan passport baru ni kejap ye, xyah beratur pun. Pegi je kt kaunter pertanyaan, pegawai akan buatkan.

Dah buat online, bayar semua (RM610) untuk setahun, tunggu la permit dihantar ke alamat yang kita letak tu. Saya letak alamat ofis sebab penerima kene bawak passport n x boleh org lain amik kecuali suami@isteri. Pls take note that Jab, Imigresen tetapkan majikan adalah suami. So, saya bolehla tlg amikkan permit tu. X lama pun tunggu permit dihantar, 3 hari bekerja je.


Ini passport lama yang akan tamat tempoh pada 20 Ogos 2015. No.Passport bermula dgn huruf "V"

Ini passport baru. No. Passport bermula dgn huruf "AT"

Ini permit, tamat tempoh pada 23 Ogos 2015. 

Selamat tukar passport dan perbaharui permit pembantu. Wassalam...

177 comments:

  1. Untuk kali pertama tu apa dokumen yang kena bawa ye?

    ReplyDelete
  2. Untuk kali pertama tu apa dokumen yang kena bawa ye?

    ReplyDelete
  3. 1.passport pembantu yg nk luput
    2.salinan ic majikan
    3.salinan permit pembantu(yg dlm passport tu.kalo nk jimat,potostat di kedutaan indonesia,gratis je)
    4.kontrak kerja baru(gaji minimum rm700 tp kalo dh keje 5 thn minimum rm850)
    6.insurance yg masih valid(boleh beli di kedutaan @ di pejabat pos)
    Itu shj....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hi.. kena ada bank account atas nama maid ke tak?
    Nombor giliran boleh ambil bila bila sahaja tak kira hari apa ke?
    Majikan kena hadir sama ke setiap masa?

    ReplyDelete
  6. Hi.ya.acc bank name maid which prove gaji dibyr.
    No.giliran boleh amil anytime.
    Majikan perlu hadir kali kedua sbb ade interview.

    ReplyDelete
  7. Hi.ya.acc bank name maid which prove gaji dibyr.
    No.giliran boleh amil anytime.
    Majikan perlu hadir kali kedua sbb ade interview.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nak tanya..maid saya gajinya saya bayar terus...tanpa buku akaun..dah koje dgn saya 5 tahun...x ada ada buat buku account...kena buat ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku akaun yang buktikan pembayaran gaji dibuat adalah dokumen wajib yang diperlukan. kalo sebelum ini bayar terus, perlu juga buat akuan atas nama maid untuk tujuan bayaran gaji akan datang (bayarn gaji ke akaun adalah prosedur yang sepatutnya dipatuhi. sebagai rekod untuk menjaga kepentingan kita sebagai majikan dan maid sebagai pekerja). cuma lebih baik perkara ini disahkan semula dgn pihak kedutaan indonesia. telefon saja.

      Delete
  10. Thank you for info. Saya baru balik dari embassy. hari ni(26-Jan) cuma sempat ambil nombor je. sampai kul 9.30, dapat nombor pukul 2 petang. terlampau ramai orang. kena datang semula friday(29-Jan) afternoon untuk next step... fuhh... dugaan... Masa tahun 2012 saya renew passport maid di penang siap dalam masa 1 hari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jika sharing ni dpt membantu...semoga urusan tuan seterusnya lebih dipermudahkan...

      Delete
  11. hi nak sahkan passport tu kena bawak maid ke atau majikan bleh buatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud tuan kemaskini passport di jab. imigresen ye?majikan sahaja.

      Delete
  12. Assalamualaikum

    Saya ada 2 questions :-
    1. Bila collect passport tu, lama ke kena tunggu?
    2. Bila dah dpt passport baru, pergi Immigration Dept Malaysia to update the new passport number right?
    Berapa bayaran dia ye?
    Jazakallah and wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...

      Maaf mama_QnR atas kelewatan. passport boleh collect pada kedatangan kali ke 3 ke kedutaan. Sekejap je. Bayaran RM38 shj.

      Bila dh dapat passport, boleh terus update di Imigresen.

      Delete
  13. assalammualaikum noraini, tumpang tanya. saya 1st time nak renew permit pkerja saya. pembantu rumah warga indonesia. boleh terangkan sikit step2 yg perlu sy buat? yg sy dpt tahu sekarang jika nak renew kena buat online. terima kasih dn mnyusahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.....alhamdulillah, puan dpt rezeki pembantu rumah yang baik (bertahan lama sehingga nak sambung permit). untuk sambung permit tahun pertama, FOMEMA masih diperlukan sebagaimana masa puan pertama kali ambil pembantu rumah asing tersebut sehingga tahun keempat. pengalaman saya sambung permit yang memerlukan FOMEMA adalah 3 tahun lepas dan saya rasa mungkin telah ada prosedur yang baru. lebih baik puan berhubung terus dengan pihak imigresen. semoga urusan puan dipermudahkan.

      Delete
  14. tq share....
    bila sebut bab cuti selayaknya tu, ada tambahan cuti lain selain cuti mingguan 1 hari tu ke? saya stkt ni bg cuti sebulan dlm 2 tahun utk dia blk kg

    pastu bab buku akaun atas nama maid tu pulak, memang kena bawak masa hari 1st pegi KBRI ke?saya memang takde buku atas nama maid sebab dia pun OK je bagi cash

    1st day tu je ke yang kena datang awal jam 6.30 pagi? atau hari ketiga pun sama?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni xde tambahan, masih sehari dalam seminggu.kalo ikutkan 1 bulan dalam 2 tahun belum cukup Wan J. apapun, terpulang pada persetujuan bersama sbb nnt akan ada sesi interview pekerja dengan pegawai kedutaan indonesia. soalan cuti akan dibangkitkan.

      salinan buku akaun mmg kene bawak masa 1st day pegi KBRI sebagai bukti gaji dibayar. pengalaman saya mmg pegawai KBRI mtk salinan untuk semakan. cume mungkin ada pengecualian kalo pekerja boleh maklumkan pegawai KBRI tersebut.

      hari kedua dan ketiga adalah bergantung kepada waktu temujanji yang ditetapkan.

      Semoga perkongsian dapat memudahkan urusan tuan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. ooo tak cukup ek?
      seminggu cuti sehari, setahun 48 hari, 2 tahun dah 96 hari, tambah 30 hari lagi cuti blk kg....dah 126 hari = 63 hari setahun....hmmm

      takpe2, tengok KBRI kata apa nanti

      pasal insurans plak, betul ke kena beli insurans Malaysia (yg RHB) tu dan yang Indonesia juga (Astindo) tu? sampai 2 jenis ke?

      Delete
    4. untuk insuran mmg kene beli dua2...huhuhu....kos yg perlu kita tanggung

      Delete
    5. adusss....tq2

      btw, nak share info utk rakan2, sy baru 1st time buat akaun utk maid, sebab sblom ni bg cash je dia OK

      pengalaman smlm, syarat penting yg perlu dipatuhi utk buka akaun maid, pada hari nak buka tu, tempoh sahlaku permit maid mesti berbaki minima:

      1. Maybank - 6 bulan
      2. Bank Muamalat - 3 bulan
      3. Bank Rakyat - tiada sayarat tersebut

      So saya gagal di Maybank dan Bank Muamalat semalm, alhamdulillah Bank Rakyat OK untuk buka akaun

      Mungkin rakan-rakan lain leh share pengalaman di Bank lain plak

      Delete
    6. gud info...tq Wan J..sy dh lama buat. x igt dh. cume kebetulan mase buat tu mmg masa baru2 dpt maid. so xde isu tempoh laku permit kot.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Baru balik dari Kedutaan....

    ada perubahan dari yg Pnn Noraini share sebelum ni
    saya attend 1st day ari ni

    Tak perlu lagi isi apa2 borang untuk mohon lanjutkan paspot, hanya buat salinan paspot lama dan di belakang salinan tu, tulis alamat dan no. telefon di Malaysia pastu alamat dan no. telefon di Indonesia

    Dokumen yang saya beri pada pegawai di KBRI, 2 salinan paspot maid, 2 salinan permit, 2 salinan MyKad saya, 2 salinan insurans Malaysia dan 2 salinan insuran Indonesia TKI dan 3 salinan kontrak. Selepas disemak, beliau ambil cuma:

    - 2 salinan paspot (yang ada tulis info alamat tadi tu)
    - 2 salinan permit
    - 1 salinan MyKad saya
    - 1 salinan insurans Malaysia

    dan saya tunggu jugak soalan pasal akaun sebab sengaja saya tak bawak keluar salinan buku akaun....beliau tak tanya pun...
    terus bagi no. giliran dan suruh datang semula lebih kurang 2 minggu dari hari ni....23 Mac untuk proses selanjutnya

    tiada sebarang temuduga, ambil nombor giliran je untuk 3 jam nye masa menunggu....kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahan info....
      insurans Indonesia yg Astindo TKI tu, dah takde jual kat Pejabat Pos
      saya beli di sebelah kedutaan tadi....Great Eastern nye...RM90

      insurans Malaysia yang RHB tu boleh beli di Pejabat Pos...pakej 2 tahun Plan A RM85

      Delete
    2. alhamdulillahh.....info yang sgt berguna untuk semua. tq taun Wan J.

      Delete
  17. sekiranya permit sedang diproses bagaimana pulak proses untuk renew passport

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, permit hanya boleh disambung sekiranya passport masih valid dalam tempoh 6 bulan. manakala passport hanya boleh renew dalam tempoh 6 bulan sebelum ianya luput. mana yang datang dulu, direnew dahulu. dalam kes puan, kalo puan sedang menunggu permit diproses, maksudnya passport maid puan masih valid untuk tempoh lebih 6 bulan. yang mana bermaksud, belum tiba masanya untuk puan renew passport. harap jelas nye puan.

      Delete
  18. As salam, thank you Puan Noraini for sharing this info, sgt membantu. Nak tanya En Wan J, masa first day you pegi tu you bawak your maid tak? and pukul berape kite patut pegi untuk first day tu? Thank you.

    ReplyDelete
  19. buku akaun tu memang wajib ker kita bukak untuk maid?atau masa 1 day datang tu kita just bawak copy yang kita bank in kan utk keluarganya di indon

    ReplyDelete
  20. boleh refer feeback tuan Wan J

    Baru balik dari Kedutaan....

    ada perubahan dari yg Pnn Noraini share sebelum ni
    saya attend 1st day ari ni

    Tak perlu lagi isi apa2 borang untuk mohon lanjutkan paspot, hanya buat salinan paspot lama dan di belakang salinan tu, tulis alamat dan no. telefon di Malaysia pastu alamat dan no. telefon di Indonesia

    Dokumen yang saya beri pada pegawai di KBRI, 2 salinan paspot maid, 2 salinan permit, 2 salinan MyKad saya, 2 salinan insurans Malaysia dan 2 salinan insuran Indonesia TKI dan 3 salinan kontrak. Selepas disemak, beliau ambil cuma:

    - 2 salinan paspot (yang ada tulis info alamat tadi tu)
    - 2 salinan permit
    - 1 salinan MyKad saya
    - 1 salinan insurans Malaysia

    dan saya tunggu jugak soalan pasal akaun sebab sengaja saya tak bawak keluar salinan buku akaun....beliau tak tanya pun...
    terus bagi no. giliran dan suruh datang semula lebih kurang 2 minggu dari hari ni....23 Mac untuk proses selanjutnya

    tiada sebarang temuduga, ambil nombor giliran je untuk 3 jam nye masa menunggu....kihkihkih

    ReplyDelete
  21. Salam Puan,

    saya dah buat insurans under RHB di pejabat pos, jadi insurans indonesia kena buat juga ke?

    Kerana dari penerangan wan J, pegawai KBRI tidak mengambil insurans Indonesia TKI.

    Mohon penjelasan dan nasihat

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan wan j telah beri info terkini.better follow tuan wan j ye puan rose.yg sy faham x perlu lg insuran indonesia.

      Delete
    2. puan rose mazlina abdul khalil...saya minggu lepas pergi renew passport maid sy...insuran saya beli sebelah kedutaan dgn harga RM 180.00 untuk malaysia dan indonesia..kedua dua insuran tu pihak kedutaan ambil..

      Delete
  22. saya minggu lepas pergi renew passport maid di kedutaan Indonesia KL....dokumen yang di perlukan sama seperti Wan J maklumkan..kena pergi balik 28 mac untuk kali kedua..takut jugak x sempat sebab passport maid exp 29 april 2016...nak renew permit lg..x perasan dah nak exp..

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.....so, utk kwn2 yg perlu renew passport, thanx to taun Wan J n Tuan ROslan Ghazali utk info yang terbaekkk.....

    ReplyDelete
  24. saya bawak maid ..bagi dia beratur masuk sendiri..dan bekalkan dokumen yg di perlukan..pukul 6.30 pagi dah terpacak kat kedutaan..pukul 10.00 maid call dah dapat nombor dan boleh balik datang semula 28 april..

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. As salam, saya nak pegi kedutaan esok cuma nak confirm memang ke tiga tiga hari urusan di kedutaan tu memang kena bawak maid ker. Mintak tolong sape yang dah pegi baru baru nie. Need to confirm urgently. Thank you.

    ReplyDelete
  27. salam, saya ada sorang makcik dari Indon. menolong jaga anak2 saya. tapi dia masuk guna visa lawatan.
    dan dia nak extend visa lawatan nya, mcm mana? berapa harga?. utk makluman dia kawin dgn org tempatan...minta tolong? tqvm

    ReplyDelete
  28. Assalam.. nak tanye la kat sini kalau siape2 tahu.. boleh ke kalau nak renew pasport di kedutaan tanpa majikan.. maknenye maid yg iruskan sndiri.. camne sy nak buat ye, maid sy ni masih name majikan lame die.. sape2 bole bantu..

    ReplyDelete
  29. Hari ini adalah hari terakhir sy pergi ke kedutaan indonesia untuk ambil paasport....takut juga kalau x dapat passport...kerana pada kehadiran kali kedua sy x buat kontrak dan pergi temuduga seperti yg di arahkan oleh peg. Kedutaan...ambil gambar ...byar passport terus sy blah..alhamdulillah dapat juga passport maid sy hr ni..appoiment pkl 11 pg sy sampai pkl 10...terus bg nombor kat kaunter... pkl 10.30 dah dapat passport terus balik..bye ..maklum sj lah maid ni nak gaji mahal mahal sj..itu yg sy x isi kontrak tu .kerja x berapa...

    ReplyDelete
  30. Terima kasih kepada puan noraini omar chong ...blog yng banyak membantu sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tuan roslan ghazali....semoga urusan kita semua dipermudahkan

      Delete
    2. Alhamdulillah tuan roslan ghazali....semoga urusan kita semua dipermudahkan

      Delete
  31. Asm WBT Pn Noraini, Tn Wan J dan Tn Roslan Ghazali, terima kasih banyak di atas info yg cukup berguna utk saya dari Kelantan bagi urusan renew passport maid yg telah bersama kami 4 tahun.

    Memandangkan saya dari Kelantan saya ingin pohon kepastian dari Tn Wan J dan Tn Roslan Ghazali samada perlu atau tidak saya membawa maid utk urusan kali Pertama(menghantar dokumen)atau hanya perlu bawa maid utk urusan kali ke 2 dan ke 3?

    Terima kasih sekali lagi untuk info yg diberikan utk kami berangkat dari Kelantan ke KL.

    ReplyDelete
  32. Waalaikum salam tuan Ari..tuan kena bw maid sekali ...bekalkan salinan passport,salinan permit, salinan ic tuan kalau maid atas nama tuan..salinan insuran...boleh beli sebelah kedutaan...suruh maid beratur ambik no...nanti kedutaan bg tarikh baru dlm masa 2 minggu untuk dtg semula ambil gambar

    ReplyDelete
  33. Terima kasih Tuan Roslan di atas perkongsian ...InsyaAllah saya akan bergerak besok ke KL...terima kasih Pn Noraini di atas kewujudan blog puan yg cukup membantu..

    ReplyDelete
  34. Another express way is to use Indon Agent, office mereka di sebelah kedutaan, their initial fee is RM 600, tapi lepas tawar menawar bayar RM 500. Still kena bayar pasport fee of RM 47. Lepas 3 hari passport siap, hanya pergi imigresen untuk updatekan balik passport, then boleh renew permit. Cara ni hanya untuk yg nak cepat, tak payah tunggu 3 kali. Diorang pun can courier ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh sy dptkan no fon ejen tu tak,encik?sy nak renew pasport bibik sy yg akan tamat pd ogos 2018

      Delete
  35. dear Mr unknown, do we need to bring along our maid during that 1 day process and pass our maid to them for all the interview procedure etc?memang boleh percaya ke agen ni?tq for the sharing...if reliable another option for me to be considered..

    ReplyDelete
  36. kalau tuan Ari percayakan agen Tuan boleh teruskan...sy hari tu pun ada agen yg dekat kedutaan minta 600.00 untuk buatkan passport.. tp sy buat pilihan buat sendiri sebab sy kat kl..kos x sampai 100.00..cuma kena luangkan masa sedikit...kalau tuan perlukan apa apa maklumat boleh email sy.. roslan7919@gmail.com

    ReplyDelete
  37. as salam pn noraini..nak tya brp lama tggu utk amik passport tu setelah hadir kali kedua ye puan?plz reply me as soon as possible

    ReplyDelete
  38. harini saya baru pegi KBRI..rasanya tak perlu beli insurans kat pejabat pos tu..coz hrni saya berurusan trpksa beli sekali lg insurans yg cover dua negara..semasa dia bekerja kat malaysia dan semasa dia blik bercuti d indonesia..so sapa2 yg blum beli insurans tu tak perlu kalut nak bli kat pejabat pos sbab kedutaan x nak..
    pasal acc bank pla..dorg tak tgok pun..dia just tya betul ker gaji awak dibayar sekian..sekian mngikut form kontrak kerja yg kita dah isi tu..gaji minimum yg dbayar..selepas dokumen d ambil baru no d beri...makk aiiihhh lamanya nak dtg balik..7.april sy berurusan kali pertama..hadir kali ke2 pd 16mei tuh...napalah jauh sgt...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  39. Yes Ari, you kena bring along ur maid. Sebab dia akan bawak your maid masuk dan ambil gambar passport dan buat biometrik..which suppose to be done on second visit! And kedutaan alan keluarkan receipt for passport payment. Sy risau jugak takut kena tipu, tapi Alhamdulillah dapat lepas 3 hari. Ramai je org malaysia pakai cara ni esp org jauh. Camna nak datang 3 kali, susah nak manage time and kos. Sy takle stay jauh, tapi malas nak le kedutaan 3 kali.

    ReplyDelete
  40. Yes Ari, you kena bring along ur maid. Sebab dia akan bawak your maid masuk dan ambil gambar passport dan buat biometrik..which suppose to be done on second visit! And kedutaan alan keluarkan receipt for passport payment. Sy risau jugak takut kena tipu, tapi Alhamdulillah dapat lepas 3 hari. Ramai je org malaysia pakai cara ni esp org jauh. Camna nak datang 3 kali, susah nak manage time and kos. Sy takle stay jauh, tapi malas nak le kedutaan 3 kali.

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah harini baru sampai postlaju passport maid saya di Kelantan...terima kasih kat En Roslan dan semua di atas info..Saya ingin kongsi sedikit pengalaman menggunakan agen/helper (walaupun kos mahal RM500 tapi sy boleh katakan agak convenient utk orang yg jauh seperti sy).. Hari Khamis kaminsampai 730pagi di kedutaan...puyoo ramai org...ada agen dtg approach...kaminnegotiate dkt office sebelah kedutaan..tgok orang ramai n semacam dgn tawakal kami agree serah documents n agen copy n suroh kami balik hotel rehat2....12tgh siap agen ckp nak call...suspen bermula nak tinggal maid (Tinggal duit passport RM70..lupa brapa) kt org tak kenal...so tawakal jer balik hotel...jam 1245pm agen call ckp siap n ambil maid...
    terus ke kedutaan lega tgok maid ada n agen minta duit dia RM500 n alamat n dlm
    masa 3-4 hari diaorang post..kami tambah tips n balik kelantan...suspens memanjang hingga kelmarin agen call..udah siap kami postkn n tgh nie dpt post laju passport...Alhamdulillah..mudah-mudahan info ini berguna utk orang yang kejauhan seperti kami...terima kasih Pn Noraini n En Roslan dan semua di atas info sebelum ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      Tq Pn Noraini, En Roslan and Ari. Saya plan nak ke KBRI minggu ini utk renew passport maid (exp Feb 2017). Permit maid tamat 9/8/2016. Satu apa pun tak buat lagi....harap sempat utk semua. Sebab kerja dan susah utk apply cuti, saya cadang nak buat semua minggu ni. Fomema (1St year renew), insurance RHB serta renew passport.

      Sebelah saya baca komen semua di atas, rasanya saya akan beli insurance maid di KBRI je. Tapi agak terperanjat sbb kena hair sampai 3 kali utk urusan renew passport. Ya rabbi...susah juga ya. Utk keluarkan 500 utk agent, mungkin much tapi cost. Kalau berpandukan komen Ari...mcm selamat dan jimat masa.

      Cuma 1 je... Boleh ke saya renew permit dulu tanpa passport baru maid? Sbb mcm makan masa kalau saya tunggu passport siap.

      Harap bantuan semua... Tq.

      Delete
    2. salam tuan ari, mohon tuan sharekan nombor dan maklumat agen yg tuan gunakan. tq tuan

      Delete
  42. Utk menggunakan perkhidmatan agent, boleh saya tau dokumen2 yg perlu ada. Maaf sekiranya saya terlepas pandang info yg sudah ada di atas.

    2 salinan paspot
    2 salinan permit
    1 salinan MyKad majikan
    1 salinan insurans Malaysia (saya nak confirm utk insurans adakah kita blh buat dgn agent juga?)

    ReplyDelete
  43. betul semua ....dan insuran yg Malaysia dan Indonesia boleh beli dgn agen (pejabat sebelah dgn pejabat agen tu)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan ari, boleh maklumkan nama dan no agen yg tuan gunakan?terima kasih tuan

      Delete
  44. May i know, do i need authorize letter on behalf my majikan to renew their maid ?

    ReplyDelete
  45. Salam. Nak tanya sikit. Saya nak renew permit kerja miad saya tetapi passport valid hanya untuk 8 bulan. Mcm mana procedure nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,puan.sy rasa xde masalah utk renew permit di jab.imigresen dahulu.dulu sy pun renew permit dpt smpi 23 ogos 2015 even passport hanya valid smpi 20 ogos 2015.boleh refer gambar kt atas.puan boleh call jab.imigresen utk pastikan dulu sblm pergi.lepas permit selesai br renew passport.

      Delete
    2. Salam,puan.sy rasa xde masalah utk renew permit di jab.imigresen dahulu.dulu sy pun renew permit dpt smpi 23 ogos 2015 even passport hanya valid smpi 20 ogos 2015.boleh refer gambar kt atas.puan boleh call jab.imigresen utk pastikan dulu sblm pergi.lepas permit selesai br renew passport.

      Delete
  46. Salam Puan, tumpang bertanya, perlukan saya renew pasport maid saya sebelum renew permit utk tempoh setahun? Permit expire 22 Julai 2016, Paspor expire 5 Jun 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh renew permit dulu tuan

      Delete
    2. Tapi MYEG tidak mahu membaharu permit se tahum kalau passport tamat
      sebelum tempoh satu tahun ni . Permit tamat 3 Okt 2016 , passport tamat Ogos 2017.
      Kalau prosedur melanjutkan passport mengambil 2-3 minggu , seperti yang di beritahu , permit akan tamat . Macam mana atasi masaalah dgn MYEG ?

      Delete
    3. Tapi MYEG tidak mahu membaharu permit se tahum kalau passport tamat
      sebelum tempoh satu tahun ni . Permit tamat 3 Okt 2016 , passport tamat Ogos 2017.
      Kalau prosedur melanjutkan passport mengambil 2-3 minggu , seperti yang di beritahu , permit akan tamat . Macam mana atasi masaalah dgn MYEG ?

      Delete
  47. As salam..saya nak tanya proses terkini untuk renew pasport maid..ada tak sesiapa yg dah lalui proses terbaru...mintak tolong share...

    ReplyDelete
  48. As salam..saya nak tanya proses terkini untuk renew pasport maid..ada tak sesiapa yg dah lalui proses terbaru...mintak tolong share...

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. ssalam, saya baru lepas renew passport pembantu rumah sebab permit dia dah nak expired. lepas dah buat passport baru saya cuba renew permit melalui myeg, tapi tak boleh sbb masih x update passport baru di imigresen, so call imigresen sbb first time buat ni, pegawai prmpm tu ckp kena bawa covering letter,form 49, ic majikan dan passport maid tu. soalan saya adalah, covering letter yg dimaksudkan tu apa? dan perlu ke bawa form 49 dan covering letter tu? bila tny pegawai prmpn tu dia mcm x mesra alam langsung dan tidak membantu. jumpa pula blog ni, harap sis dapat membantu. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,utk 1st time renew,kene buat fomema dulu.sy x pasti covering letter n form 49 tu ape.boleh cuba tgk di website imigresen.
      Kalo ade yg boleh tlg update procedure terkini pun bagus jgk.

      Delete
    2. http://www.imi.gov.my/index.php/ms/pembantu-rumah-asing.html

      Sy telah buat rujukan di add atas.xde perlukan covering letter @ form 49

      Delete
  51. Tuan ; betul ke lebih baik beli terus insurance dekat Kedutaan dari beli di pos ofis ?...

    ReplyDelete
  52. Salam..blh sesiapa bg nbr ajen tu?majikan perlu ada hari pertama je kan?

    ReplyDelete
  53. Hi
    Saya pun nak update maid passport esok kat jab imigresen. Perlu bawa apa?
    Kalau saya pergi(bukan majikan) boleh ke? Atau kena majikan sahaja?

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  57. Permit expired bulan 11/2016,
    Passport expired bulan 2/2017.
    Maid dah kerja 4tahun ,gaji bayar tunai .
    Tahun ke-4 saya tak beli insurance dia.
    Yang saya baca dr komen semua Nak renew passport maid kena Ada salinan insurance ,
    Apa masih sah insurance tersebut untuk tahun hadapan jika saya beli insurance sekarang sebelum renew passport .
    Mohon penerangan.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  58. Just to update semua.

    Terima kasih utk Puan Noraini dan yang lain. Laman ni banyak membantu. di bawah adalah sequence untuk proses renewing permit maid saya. Utk info semua, ini tahun ke2 maid saya. Jadi seperti yg semua tahu, maid perlu jalani medical check-up utk 3 tahun pertama.

    Renew permit untuk yang passport hampir tamat (HANYA utk tahun 2 & 3 ya)

    1. Pergi Fomema, register dan pergi ke klinik utk tujuan medical check-up. Advice, carilah klinik yg ada X-ray service terus, senang. Kalau tak kena pergi ke klinik/hospital lain utk tujuan x-ray.

    2. Esok nya, saya terus ke Kedutaan Indonesia utk proses renew passport.
    TIPS - pergi seawal mungkin. Utk insurance 2 Negara, harga baru ialah RM90 dan RM90. Mini office sebelah pintu kedutaan je. Mereka akan siapkan 2 salinan utk kita. Sila tulis dgn tangan di bahagian belakang salinan tadi, (1) Nama maid (2) Alamat Msia dan No Phone (3) Alamat Indon dan no phone (4) Signature maid.

    NOTE: Insurance 2 Negara. For Msia, renew tiap 2 tahun. For Indonesia renew tiap 1 tahun.

    Utk jimatkan masa, download Kontrak kerja yang perlu di isi. Untuk majikan, sila TERUS BERATUR di kaunter 2 atau 3, utk serahkan Kontrak tersebut. Dlm masa yg sama, MAID SAYA BERATUR DI LUAR utk dapatkan no giliran. Once dapat no, sentiasa alert bila no atau nama dipanggil. (Proses agak cepat juga utk saya).

    Document yg perlu ada (document ni semua dah siap dibuat masa ambil insurance di luar tadi)
    2 copy IC majikan
    2 copy passport
    2 copy salinan insurance

    Setelah selesai semua proses, kami perlu datang lagi 3 hari utk collect passport dan kontrak kerja. TIPS - kontrak ni renew tiap setahun sama mcm insurance utk Indonesia. Jadi macam kes saya, tahun depan July, saya perlu dating kedutaan utk renew kontrak dan insurance. (Utk saya, saya rasa perlu kontrak ini sebab bila maid balik Indon, dah tak perlu apply cuti dan maid akan gunakan kontrak dan original copy insurance tadi utk dia guna sebagai supporting document bila dia masuk Indon nanti)

    3. Once saya dapat passport, saya terus ke Imigresen utk update no passport baru maid. bawa juga passport lama ya. Proses di kaunter sgt sekejap, tak sampai 2 minit pun.

    4. Saya email salinan passport lama dan yg baru, ke Fomema. Ada borang yg perlu di download. Isi dan email kan pada cs@fomema.com.my. Proses agak cepat jua. Pagi-pagi saya email, lepas pukul 3 dah ok.

    5. once dah ok semua di atas.... dah boleh buat payment di MyEG. Saya perlu bayar RM610

    selesai...
    hope ini semua membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bermakna tak perlu lagi hadir 3 kali di kedutaan seperti yg berlaku di awal tahun ini? Satu hari utk proses dan terus dapat resit & satu hari lagi utk ambil passpot?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  59. Terima kasih semua. Terutama kpd tuan tanah. Info di blogspot ini sgt membantu..

    ReplyDelete
  60. Terima kasih semua. Terutama kpd tuan tanah. Info di blogspot ini sgt membantu..

    ReplyDelete
  61. Salam..maid ni visa dah tamat 2015.ingin kerja dgn kami n masih boleh renew ke..kena kompaun ke utk renew or kena balik dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,visa yg tamat tu mmg under ur name as majikan ke?if yes,then no problem.just bayar denda je.RM100/month

      Delete
  62. Kontrak kerja nak download di mana ye tq

    ReplyDelete
  63. kalau contract malaysia di website jabatan imigresen. kalau contract indonesia di website kedutaan indonesia

    ReplyDelete
  64. Salam.maaf soalan saya mungkin lari topik sikit.saya baru ada maid,dah khidmat dalam 2 minggu.maid hanya berpasport,saya nak buatkan permit.boleh ke sesiapa yang berpengalaman kongsi cara dan prosedur.terima kasih tuan tanah dan yg sudi kongsi maklumat.

    ReplyDelete
  65. salam puan. ikut pengalaman saudara terdekat sy yang sama maid masuk x ikut prosedur baru yang ditetapkan oleh kerajaan malaysia, memang x dpt legalised sampai skrg. jab. imigresen memang xbenarkan buat mcm dulu lagi (masuk guna pass pelawat).
    tp mungkin kawan2 pembaca lain yang tau, boleh bantu puan.

    ReplyDelete
  66. Maid saya permit tamat bln 11/2016 , passport expired 2017,passport dah pun renew baru baru ni,dpt passport baru terus saja saya update kat putrajaya, karena permit tamat bln 11,selalunya saya renew permit sebln seblm tamat(bln 10)
    Karena baru pertama kali renew passport jadi saya pun lupa bertanya masa update kan..
    Pertanyaan saya ,apakah permit masih berlaku sekiranya saya renew permit dibln 10 nnt, terima kasih.

    ReplyDelete
  67. Maid saya permit tamat bln 11/2016 , passport expired 2017,passport dah pun renew baru baru ni,dpt passport baru terus saja saya update kat putrajaya, karena permit tamat bln 11,selalunya saya renew permit sebln seblm tamat(bln 10)
    Karena baru pertama kali renew passport jadi saya pun lupa bertanya masa update kan..
    Pertanyaan saya ,apakah permit masih berlaku sekiranya saya renew permit dibln 10 nnt, terima kasih.

    ReplyDelete
  68. Salam semua.
    Saya baru pulang dari kedutaan utk pembaharuan passport maid saya.

    Utk pengatahuan, visa maid saya tamat pada 22 September 2016, dan Passportnye tamat tempoh laku pada 20 September 2017. Isnin lepas saya cuba renew Visa Maid utk setahun, tapi tidak berjaya dgn menggunakan MYEG. Tak berpuas hati, saya terus ke Kompleks KDN jln Duta utk mendapatkan kepastian. Dan yer, Passport Maid saya perlu diperbaharui walaupun short 2 hari sahaja.
    Jadi pagi tadi Jam 8:30 saya dah tiba di kedutaan Indonesia KBRI, sebelum ke sana, saya telah sediakan dokumen2 seperti yg diberitahu oleh saudara Saadee Isa. Termasuk surat wakil kuasa oleh suami saya (majikan) kpd saya, dan salinan I.C saya.
    Insuran maid dibuat di parking lot bersebelahan kedutaan, ade byk pejbt wakil insuran di situ. Harga, Insuran Malaysia RM 90 utk 2 thn dan Indonesia RM 90 utk 1 thn. Di pejabat insuran, mereka mengasingkan dokumen yg perlu saya dan maid serahkan.
    Jam 9:05 kami tiba di pintu masuk, sekali lagi dokumen2 kami diperiksa oleh guard. Saya diberitahu utk ke kaunter 1 @ 2.dan maid utk beratur di luar pintu pejabat utk mengambil no giliran bergambar dan cop biometrik. Dokumen kami telah diasingkan sekali lagi oleh guard utk saya dan maid.
    Tiba di kaunter 1, saya serahkan form contract yg telah lengkap (download dari website KBRI) kpd peg kaunter. Beliau menasihat utk lengkapkan penggajian maid RM 1,000 (cukupkan syarat).Dan kemudian menyerahkan no giliran utk memeriksa skali lagi dokumen, contract dan temuduga maid.
    Sambil maid tunggu no giliran utk ambil gambar, bila no saya dipanggil, maid dipanggil utk temuduga. Saya berdiri sama di kaunter. Dokumen
    1. Photocopy I.C majikan
    2. Photocopy Passport, Visa dan Halaman belakang Passport (yg telah ditulis alamat Maid di malaysia, no telefon dan tandatangan maid pd bhgn belakang copy)
    3. Surat kuasa perwakilan dan Copy I.C saya
    4. Photocopy Insuran Malaysia dan Indonesia

    Selesai di kaunter 1 @ 2 ni.

    Nombor maid dipanggil utk bergambar dan cop bio metrik. Terus bayar passport 24 halaman dan cip biometrik= RM 30 + RM 17 = RM47.

    tarikh pengambilan Passport siap diberi selepas 3 hari bekerja.
    Alhamdulillah sebelum Jam 1 p.m selesai.

    Insyaallah, saya boleh update passport maid visa pada minggu hadapan.

    Pada saya, urusan di KBRI, utk elak bersesak melampau.. Cuba elakkan tarikh tempoh program pemutihan PATI.

    Harap info ini membantu

    ReplyDelete
  69. Terima kasih sgt2 Puan Siti Hadjar atas perkongsian yang diberi. Kes saya ni pun sama mcm puan sbnrnya... Maid da 4thn keje.2thn lps mmg sy slalunye guna MyEG untuk renew permit. Thn ni nk renew (sbb permit expired 13 Oct 2016) tp xbole sbb passport maid sy expired 17 Sept 2017. Sy ade terbaca klu nk renew pasport kene 6 bulan sblm expired date. Tu yg risau klu da siap prepare sume dokumen pastu sia2 pegi KBRI. Tp lps bc perkongisan Puan, lega rase so boleh la sy prepare sume dokumen dn pegi ke KBRI nanti.

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum.

    Chat site yg byk membantu, alhmdulillah.

    Saya ada masalah passport and permit maid saya.

    Passport maid saya akan expire 19 okt, 2017

    Permitnya currently akan expire 30 oct, 2016. Saya cuba renew permit utk setahun lagi (1 nov ,2016 - 30 oct, 2017) di myeg tapi tak boleh sebab 'passport invalid'. Passport expire 19 oct, 2017.

    Maid saya juga tiada acct bank. She doesn't want to have one. Saya tidak aware yg maid mesti afa bank account.

    Maid saya juga tiada insuran.

    Adohaiii..., appreciate if u can guide me on what am i suppose to do.

    Saya dahului dgn ucapan jazakallahkhairankhotira.

    In dire strait,
    Hjh Mas Zuhara Zubir

    ReplyDelete
  71. Assalam,
    Puan, mohon pandangan, maid saya expired pasport n permit May2016. Saya terlepas pandang. Esok nk pergi renew pasport. Macamana dgn permit kerja? Berapa kompaun yg dikenakan oleh imigresen?Agen saya bgtau may be kena denda RM 6k above..etc..terima kasih

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum,

    Baru selesai urusan pembaharuan pasport pembantu rumah saya pagi tadi. Kami bertolak dari PJ ke Kedutaan RI jam 7.20 pagi dan tiba jam8.20. Alhamdullilah tak ada beratur panjang di tepi jalan kedutaan dan masih ada tempat parking ditepi kedutaan. Semasa mununggu pintu masuk dibuka ada seorang penjual kasut memperingati semua orang yang menunggu tak boleh masuk jika pakai slipper jepun.
    Bila pintu masuk dibuka baru tahu ramai dah beratur didalam. Rupa rupannya mereka datang pukul 6.00 lagi dan pintu dibuka jam 6.30 pagi.

    Langkah 1
    Beratur ambil nombor dan borang mohon pasport. Pembantu saya beratur dengan 2
    salinan paspot, 2 salinan pas kerja dan 2 salinan IC majikan. Fotokopi dibuat gratis dikedutaan. Borang habis jadi pembantu saya cuma perlu tulis dibelakang salinan paspotnya butiran seperti yang diperincikan dalam penulisan sebelum ini. Dokumen disemak dan maid saya diberi nombor giliran ke doket (kaunter)18.

    Langkah 2
    Tunggu depan doket 18 dan pastikan dengar panggilan nombor giliran. Disitulah dibuat foto dan bayaran RM47.00. Kelam kabut sikit bab ni. Semua doket di lindungi satu skreen tinggi jadi kita yang menunggu tak nampak kaunter. Pengumuman sangat tidak jelas tak tahu apa yang ditutur.Kami dimaklumkan pemprosesan hanya bermula jam 11 pagi. Tiga jam menunggu. Tiba giliran nombor maid di panggil dia ke kaunter sendirian aje.Pegawai tak minta kontrak kerja, insuran atau buku bank pun.
    Dia diberi slip datang ambil paspot diKedutaan hari Selasa depan jam 11 pagi. Kami difahamkan ada dua lagi pusat ambil pasport: Chow Kit dan Maluri. Kami dimaklumkan masuk ikut pintu lain untuk ambil paspot. Selesai urusan Part 1.

    Langkah 3

    Balik . Bayar parking untuk tiga jam RM13.00. Insya Allah akan update bila pergi kali kedua nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI, ini dah macam process baru pulak, tak mintak kontrak keje, insurance atau buku bank. macam2 ragam process kat KBRI ni.

      Delete
  73. Pungutan pasport

    Semalam saya dan maid ke kedutaan KBRI untuk mengambil paspot barunya. Temujanji jam 11 pagi. Kami tiba jam 9.45.
    Masuk ikut pintu satu lagi. Dewan menunggu amat selesa kali ini. Siap air con dan kerusi. Lima tahun dulu kawasannya terbuka amat panas daan tempat duduk bangku kyu panjang macam dikantin sekolah.
    Maid diminta serahkan nombor giliran dalam bakul dikaunter mengikut warna slip. Tunggu sehingga nama dipanggil. Giliran maid tiba jam 11.30. Hanya 5 minit dan selesai urusan dapat paspot baru.

    Sepanjang proses hari pertama dan kedua saya sebagai majikan langsung tidak dipanggil untuk ditemubual. Kontrak kerja serta buku akaun maid tidak diminta sama sekali. Kali ini last renewal paspot. Maid sudah berkhidmat 16 tahun dengan kami dan dia pun ingin pulang tinggal dikampungnya selepas paspot baru luput.

    ReplyDelete
  74. As salam. Tumpang tanya. Siapa boleh jd saksi dalam Kontrak Kerja. Siapa2 saje ke?

    ReplyDelete
  75. Waalaikumussalam,

    Pengalaman saya. Maid buat kontrak semasa nak pulang cuti raya kerana bila dia habis cuti dia kena buat Kad kakitangan Luar negara untuk kluar dari Indonesia. satu dokumen sokongan ialah KK. Dikedutaan saksinya ialah pegawai kedutaan RI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  76. Tk. Kontrak kerja download dr website KBRI memerlukan 2 saksi.... Ke2 saksi pegawai kedutaan RI ke?

    ReplyDelete
  77. KK yang kami ada satu saksi je. Ini pun kami buat trip ke pejabat KBRI berasingan dari trip nak renew paspot. lima tahun lagi tak tahu apa pula peraturannya. Memang kena keep up dengan peraturan terkini. Sentiasa berubah. Kalau maid tak balik bercuti tak payah pun KK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Klu maid balik bercuti... Perlu ade salinan KK ke? Sbb KBRI ambik dua2 salinan.

      Delete
  78. Assalamualaikum.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan punya blog untuk entri ini. Rantaian komen drpd pembaca2 lain juga sgt2 membantu!!

    Pengalaman saya memperbaharui pasport pembantu rmh pada 1 Dis 2016 adalah seperti saudara Unknown di atas. Kontrak kerja tak perlu buat sekiranya maid tidak akan pulang bercuti. Dokumen yg perlu ada utk perbaharui pasport ialah fotokopi muka depan pasport, fotokopi permit yg masih valid, fotokopi muka blkg pasport dan fotokopi IC majikan. Di belakang fotokopi muka blkg pasport tu, hendaklah ditulis alamat di Indonesia, no tel ahli keluarga di Indonesia, alamat Msia dan no tel Msia.

    Langkah2 ada sama seperti posting Unknown 3 Nov 2016 di atas. Saya juga perlu hadir semula untuk collect pasport selepas 3 hari bekerja.

    Harap post ini dpt bantu majikan lain yg senasib dgn saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari kedua and ambil passport majikan mesti hadir?

      Delete
    2. Sandy. Tak perlu. Saya hadir sebab maid x tahu jalan ke kedutaan .

      Delete
  79. Salam. Ni pengalaman saya memaklumkan butiran paspot baru kepada pihak Immigresen Malaysia. Saya telefon Jabatan Imigresen Jalan Duta dan dimaklumkan saya kena bawa satu salinan IC majikan, paspotlama , paspot baru dan pas kerja yang akan tamat tempoh.

    Di Jabatan Imigresen Jalan Duta parking agak sesak bukan macam diPutrajaya. Saya tanya dimana tempat nak maklum butiran paspot baru. Ada pegawai yang tak tahu, ada yang beri arahan salah. Naik turun dua tiga kali tak jumpa pejabat yang berkenaan.
    Akhirnya saya masuk satu pejabat di Tingkat satu dan tanya kat mana nak maklum paspot baru maid. Rupanya disitu.

    Jadi sekiranya ada yang bakal menyusul ke Jalan Duta ofis nya ialah 1Serve Tingkat 1 . Angka 1 tu besar dengan simbol bendera Malaysia. Bila naik escalator ianya di sebelah kanan.

    ReplyDelete
  80. Ini peringkat nak dapat pas kerja baru. Log in ke lamanweb maid at myeg. Leceh sungguh dan kena bayar service charge RM160.00. Tak boleh dapat pas serta merta. Kena tunggu 3 hari baru dapat. Saya akan ke pejabat my eg nanti di Bandar Utama . Tak mahu dihantar ke rumah sebab pernah terjadi pas dihantar ke negeri lain.
    Semoga dipermudahkanlah urusan kita semua.

    ReplyDelete
  81. Salam. Inilah peringkat akhir perjalanan renew work permit pembantu saya. Tiba diBangunan KPMG sebelah Pentas TV3.Tengah kawasan pembinaan LRT One Utama. Naik Tingkat 21. Lengang pejabatnya ramai pegawai dari pelanggan. Sekejap saja urusannya. Selesai sudah. Sayang tak boleh renew untuk 2 tahun sekali gus. Sebelum urusan permit diswastakan kepada Myeg pihak Imigresen beri pilihan nak renew permit kerja untuk setahun atau dua tahun sekali arung.

    ReplyDelete
  82. Lega permit pembantu rumah siap all in puas carik2 agen..1st time kena tipu kata bleh apply calling visa ngan agen di shah alam sbb maid dh masuk.msia tp delay setahun x siap2. Duit dh bayar abis...call pun susah nak angkat, till kwn rekomen kan 1 agen kat kl yg buat jp visa 2 bulan siap. Mmg syukur sgt.sbb maid dh ugut2 nak balik.kalau permit x jadik. Pada yg nak buat permit jp visa yg rumit ni bleh try call agen ni. Kak suria nama dia 0193834300.senang deal ngan dia...

    ReplyDelete
  83. Lega permit pembantu rumah siap all in puas carik2 agen..1st time kena tipu kata bleh apply calling visa ngan agen di shah alam sbb maid dh masuk.msia tp delay setahun x siap2. Duit dh bayar abis...call pun susah nak angkat, till kwn rekomen kan 1 agen kat kl yg buat jp visa 2 bulan siap. Mmg syukur sgt.sbb maid dh ugut2 nak balik.kalau permit x jadik. Pada yg nak buat permit jp visa yg rumit ni bleh try call agen ni. Kak suria nama dia 0193834300.senang deal ngan dia...

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum..nak tanya.klu maid baru tukar passport l..perlu pergi ke imigresen utk buat pengesahan.soalan saya

    1-siapa yg perlu hadir
    2-apakah document yg diperlukan
    3-berapakah bayaran untuk proses tersebut
    4-sekiranya majikan bertukar alamat dan kerja.adakah perlu membawa ape2 document
    Cth:salinan slip gaji atau sebagainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Maid tak perlu hadir. Ada saya listkan salinan dokumen yang perlu dibawa. sila scroll atas sikit.Tak ada bayaran.Kalau tukar alamat mesti tukar IC kan? Elok maklum.

      Delete
  85. Salam. Klu maid balik bercuti... Perlu ade salinan KK ke? Sbb KBRI ambik dua2 salinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya perlu ada original sebab dokumen KK yang diendorse oleh kedutaan perlu maid serahkan di indonesia bila dia mohon KKTLN.Tanpa kad tu dia tak boleh kluar dari Indonesia.

      Delete
  86. Saya share pengalaman saya renew passport maid bulan lepas.
    1) Hari 1: Pergi KBRI untuk dapatkan maklumat. Balik download kontrak kerja (cari aja online), buat copy (make sure buat 4-5 keping) ic, current maid's passport, current visa, kontrak kerja 3 set
    2) Hari 2:
    - Ambil insuran 2 negara di sebelah KBRI, bayar Rm190, buat 2 copy.
    - Masuk KBRI, majikan beratur di kaunter 3. Maid pula split beratur di luar dan bawa semua dokumen yang lengkap (kontrak, original passport, insurance, copy ic majikan, passport, visa)untuk check dokumen sahaja sebelum di beri nombor giliran.
    - Kaunter no. 3 yg panggil majikan lagi cepat, jadi bila nombor dipanggil, majikan & maid duduk di kaunter untuk pass kontrak & copy ic, passport, insurance and sedikit soalan. Kontrak akan dicop dan majikan mesti datang semula lepas minimum beberapa jam atau ambil hari lain. Kontrak hanya cukup setahun, tahun depan kalau dah luput majikan mesti pergi KBRI lagi
    - No. giliran maid akan dipanggil di kaunter lain, maid akan pass original passport dan copy dokumen dan ambil gambar. Akan diberikan tarikh dan lokasi pengambilan passport, kes saya makan masa 3 hari utk diambil di Mandiri bank Jln Ipoh.
    - Balik
    3) Hari 3: Maid mesti hadir ke Jln Ipoh bawa original passport & slip dari KBRI tadi. Malangnya officer kata passport tak ada, kena kembali ke KBRI. Pergi ke KBRI, kaunter pengambilan passport (yg di luar sebelum exit) untuk check, pun tak ada passport. Kami disuruh kembali lagi 2 minggu
    4) Hari 4: Lepas 2 minggu, ke KBRI tetapi passport masih tidak ada pagi itu. Tunggu sampai petang pun tak ada. Jadi saya dah marah, saya ke kaunter bagitau saya majikan, tiba KBRI officer kata tunggu lagi 30 min. Lepas 30 min, passport maid ada pula.

    Kesimpulannya, jika ada masalah passport tidak siap2, majikan sila tunjuk muka, kalau tak ada maid yg sampai 1 bulan tunggu passport renewal tak dapat2. Good luck, Seri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Encik Firdaus. Hakikatnya kita majikan boleh diibaratkan sebagai bola ping pong di baling sana sini oleh pihak berkenaan.

      Delete
  87. Ya Allah, kenapa la proses depa ni berbelit2. Sampai 2-3 kali kena pergi embassy. I just dont understand. Tapi apa kan daya, kena akur je kan. Wish me all the best. Besok my maid akan ke embassy utk renew passport. Hopefully sempat siap before her visa expires on Feb20. InsyaAllah it will be her 15th year of service.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJ, bleh u update saya the current procedure n process. Maid saya pun dh 15 thn kerja dgn saya. Tq

      Delete
  88. Maid saya dah 4 thn kerja. Permit expire 15 March. Majikan pakai nama adik ipar. Saya share pengalaman.

    6 Feb
    1) Persediaan perlu dibuat :
    - print contract di KBRI website www.kbrikualalumpur.org > klik tenaga kerja > klik kontrak ...dan isi (3 helai). Min gaji 1k kalau kurang pandai2 kautim dgn maid.
    - photostat passport maid 3 bhg: muka dpn, blkg (yg ada alamat indon) & permit terakhir (3 helai)
    - photostat ic majikan (3 helai)
    - surat permohonan passport baru (3 helai) - simple je sbb nk renew permit.
    - bank account slip. Saya buat kat BSN sh alam. Dokumen perlu bil letrik/air yg sama seperti dlm pasport maid. Sila simpan slip. JANGAN satukan dgn dokumen yg lain. Bila perlu baru keluarkan.
    - surat kuasa (authorize person as representative) sbb saya ni kira wakil kepada majikan (3 helai)
    - photostat ic saya (3 helai)
    - buat insurance msia + indon (RM90 + RM90) di luar kedutaan. Dokumen diperlukan hanya photostat ic majikan & passport maid. Dah buat, photostat (2 helai). Kalau nak buat hari permohonan pun boleh. Saya prepare awal2, siap masuk jmpa officer tanya procedure. Opis dekat boleh la singgah.

    8 Feb
    - Smpai KBRI 6:30am suruh maid beratur dengan semua dokumen. Masa ni la boleh buat insuran ada agent2 indon dah jaja seawal 6am. Tp tak ada service photostat. Kat dlm ada kena la beratur panjang ye. Saya lepak dlm kereta smpai pukul 9 baru boleh masuk.
    - Sblm dapat nombor giliran, pegawai chk pilih dokumen yg diperlukan. Saya standy tepi pegawai utk explain saya mewakili majikan.
    - Terus ke kaunter 3 untuk submit dokumen. Don't worry kaunter ni tak ramai beratur. Lagi skali maid bagi semua dokumen utk dipilih. Interview session secara bersahaja: Ambil maid ni dari agent ke? Tak. Mcm mana kenal maid ni? Kawan recommend. Itu je soalannye. Tak tanya pon pasal bank book & gaji.
    - Maid sign dpn pegawai. Nombor diberi dan dikepilkan pd passport. Dtg lagi 3 hari untuk collection.
    - No. giliran yg dpt awal tadi di panggil utk gmbr passport dan biometrik. Bayaran RM48. Collection 3 hari di Bank Mandiri Jln Ipoh.

    21 Feb
    - Collection date sepatutnya 13 Feb. Hari ni ada masa baru boleh pergi. Pukul 9 terus ke kaunter 3. 10min dah settle.
    - Terus ke Mandiri Bank 10min jarak naik kereta. Ramai beratur diluar maid pun beratur. Saya tunggu dlm bank. Nasib saya baik Pak guard benarkan maid masuk sbb collection saya dah seminggu lewat. Pegawai pun ada buat announcement dilayan utk hari sebelumnya dahulu. Bank simpan passport utk tempoh masa sebulan. Bayaran RM5 service charge.
    - Imigresen Shah Alam. Sini sahaja saya tak lepas sbb hanya majikan dibenarkan utk pengesahan passport. Maid tak perlu hadir. Permit (RM610) boleh terus buat disini selepas majikan buat pengesahan. Atau buat online myeg.

    Kos: insurance (RM180), Passport baru (RM48), Ambil passport (RM5), Myeg permit (RM610)
    Tips penting: Maid pakai kasut tertutup. Pakai sandle kena halau. Majikan/wakil pakai office smart attire akan dilayan dgn baik.

    Terima kasih semua review & sharing sgt membantu.

    ReplyDelete
  89. Urgent Please advice....yang kata update pasport baru maid kita ni boleh buat di mana mana pej Imegresen atau MUST be at Putrajaya? Saya taknak pergi jauh kalau boleh buat di UTC jer...

    ReplyDelete
  90. Urgent Please advice....yang kata update pasport baru maid kita ni boleh buat di mana mana pej Imegresen atau MUST be at Putrajaya? Saya taknak pergi jauh kalau boleh buat di UTC jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  91. Nak update passport boleh ke mana2 jabatan imigresen. kalo UTC ada jabatan imigresen, boleh jje ke sana tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih kerana jawab cepat...sye baru jer nak bertolak ke Putrajaya...
      so now boleh pergi UTC yang terdekat..Alhamdulillah.
      Blog ni amat membantu dalam menyelesaikan banyak persoalan..tahniah dan keep up the good work!!

      Delete
  92. Nak jawab yang tanya pasal saksi untuk kontrak kerja...yang saya buat ialah ambil nombor dikaunter no.3 dan dapatkan borang kontrak dan isi dan sign situ jugak..then bila nmbor dipanggil serah jer..then depa akan kepil tarikh untuk ambil kontrak (same tarikh as ambil pasport maid)..bila sye ambil tengok dah ada saksi sign..alhamdulillah

    ReplyDelete
  93. Just to let you all know, i called UTC Keramat just now and they inform they no longer do renewal of Permit Indon Maid at the UTC MyEG anymore. It has been suspended.
    And also the Jabatan Imigresen at UTC Keramat does not upgrade your maid's new pasport.You have to go to Imigresen Jalan Duta...or Putrajaya.
    Hope this info helps..

    ReplyDelete
  94. Maaf dah lewat malam... saya nak tanya
    Esok saya akan bawa maid ke KBRI. Jika majikan adalah suami, siapa yang patut sign kontrak kerja? Mesti suami atau boleh letak nama saya?

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Boleh letak nama Puan. Saya pun gitu juga. Cuma bawa salinan IC Puan dan IC suami Puan.

      Delete
    2. yer betul. Pegawai di kaunter suruh letak nama saya je. TQ

      8hb passport siap. Kena amik kat Bank Mandiri Chowkit. Then kena pi KBRI juga utk amik kontrak. kenapa mereka tk serah jer pasport tu kt pejabat KBRI?

      8hb juga permit maid expired. kena bergegas ke putrajaya/Jln Duta utk update pasport dan renew permit
      cuti lagi lah nampaknya

      Delete
  95. Pengalaman saya renew passport maid pada 3/3/2017

    Jika urusan untuk RENEW PASSPORT SAHAJA tak perlu beli insurans2 dan serah kontrak kerja. Tak perlu ke kaunter 3 pun. Maid boleh beratur untuk amik no untuk urusan renew passport tu.

    Kontrak kerja dan pembelian insurans hanya perlu jika maid berniat untuk balik bercuti. Lebih kurang sebulan sebelum maid bercuti. Kalau buat awal sangat nnt insurans expired pula i.e insurans indonesia valid 1 tahun aja.

    ReplyDelete
  96. nak tanya.. kontrak kerja tu adakah perlu setem hasil?
    kalau perlu.. adakah untuk ketiga2 salinan?? tq

    ReplyDelete
  97. Berapa hari boleh dapat passport kalau ikut latest procedure

    ReplyDelete
  98. Renew paspor For maid
    doc to stdby
    1. Ori paspot
    2. 3 Copy first, permit , last page
    3. 3 copy majikan IC
    4. 3 copy kontrak
    5. 2 copy insuran (provided by agent)
    6.4.17 730am smpai di KBRI. Already many ppl.
    Parking sebelah KBRI.
    beli insurans mesia n indo rm180 kt parking.
    Ask bibik to queue.
    9am baru majikan bole masuk.
    bibik still in queue..finally had the no1252 around 930am.
    goto kaunter1 or 3..utk handover kontrak.
    wait wait wait...went for breakfast.
    wait wait wait...finally 3:36pm amik gmbo.
    4pm cekout n revisit 2nd for collection at KBRI jgk on 12.4 2pm.
    parking fee RM15

    ReplyDelete
  99. Assalamualaikum.
    Nak kongsi sebagai info tambahan.
    Permit maid saya sampai 24/4/2017.Tried to renew thru myeg but failed. Called myeg. Myeg kata sebabnya pasport maid akan expired bulan mac 2018... tempoh permit expired to pasport expired must not less then 13 months. Jadi, rabu, kena pergi KBRI untuk renew pasport dulu. Harap dipermudahkanlah urusan sebab saya baca di komen yang awal2 tu, macam ada tulis pasport cuma boleh renew sebelum 6 bulan expiry date. Tapi tadi called imigresen, dia kata tak ada masalah nak renew sekarang pun.
    Satu lagi, kata pegawai imigresen tu, lepas pergi kedutaan, katalah tarikh yang diberi untuk dapat pasport baru, lebih dari tarikh expired permit (dalam kes saya 24/4), majikan kena pergi imegresen terdekat bersama pasport lama maid & bukti proses renewal,untuk dapatkan permit/pas sementara(sebulan)& kena bayar RM100.

    ReplyDelete
  100. Salam. Saya agak keliru. Perlu atau tak insurance masa renew pasport since pembantu rumah tidak pulang ke indonesia?

    ReplyDelete
  101. Salam. Saya baru sahaja renew passport pembantu rumah pada 13/4/2017.

    7.00 a.m, bibik beratur untuk ambil no.
    Sertakan bersama bibik:
    1. Ori passport
    2. 3 Copy first, permit, last page Passport
    3. 3 copy IC majikan

    8.30 am, majikan dibenarkan masuk.
    Saya terus bertanyakan berkenaan insuran pada salah seorang pegawai yang menjaga orang yang sedang beratur. Katanya biar bibik ambil no dulu, kalau perlu insuran baru beli lepas dapat no.
    Saya pergi ke kaunter 1-3 (kaunter serahan kontrak dan insuran). Disana ada 4-5 orang sedang menunggu. Saya bertemu dengan seorang agent yang menguruskan renew passport. Dia kata kontrak dan insuran hanya perlu kalau pekerja hendak pulang bercuti ke Indonesia.

    Saya decide untuk tunggu bibik dapatkan no. Bila turn dia sampai, bibik panggil saya. Pegawai tu tanya saya ... berapa lama bibik dah kerja dengan saya dan tinggal di mana. Dia tanya bibik saya sapa nama saya. Lepas dokumen diperiksa terus bagi no dan tunggu giliran untuk renew passport. Tak tanya pun pasal insuran atau kontrak.

    Settle buat passport dalam jam 12.10. Kena ambil pada hari khamis depan 19/4. So conclusion betullah seperti kata Puan Fairahanum di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok sy ke KBRI lagi. untuk renew pasport maid MIL pula
      Harap2 proses masih sama.

      Nnt sy update lagi

      Delete
  102. Saya br sambung pasport bibik pd 18apr2017.. Dokumen yg diperlukan:
    1. 2 salinan kontrak kerja
    2. 1 salinan ic majikan
    3. 1 salinan insurans maid (dibeli sebelah kedutaan rm190)
    4. 1 salinan muka dpn dan blkg pasport

    6.30 am beli insurans,isi borang smua,maid beratur di luar kedutaan utk ambil no giliran

    7.30am maid shj dibenarkan masuk,cek pasport n cek smua dokumen..then,br diorg bg no giliran.kalau xlengkap,kena klua blk

    9am majikan dibenarkan masuk.maid saya dpt no 1070(yg ke 70)

    10 pergi kaunter,ambil gmbr..majikan perlu ada sekali masa serah dokumen

    11 am dpt tarikh ambil pasport 25apr2017.maid wajib ada masa ambil pasport.

    Ejen dilarang sama sekali..masa saya pergi,smua ejen yg muka2 memang dikenali oleh penjaga pintu pgr,dihalau keluar..

    Kos: rm190 utk insurans,rm49 utk pasport

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya apa2? Do wassap me 0199109650.. Sbb sy pun sblm renew pasport,kelam kabut sbb xtahu cara..xtahu nak kontek sape utk tanya.. Since sy di kelantan,sysah nak ke kl,sy cuba berurusan dgn ejen,ada yg nak 1k,ada yg nak 2k,ada yg nak 800.. Rupa2nya ejen tak dibenarkan sama sekali..nasib baik sy pergi sendiri

      Delete
  103. Salam,

    Nak share pengalaman saya perbaharui passport di Kedutaan Indonesia KL.

    Situasi: Pasport pembantu saya akan tamat pada bulan April 2018, permit kerja beliau pula tamat pada 8 Mei 2017. Memandangkan permit kerja hanya boleh diperbahrui untuk jangkamasa setahun sahaja, sedangkan baki passport beliau hanya mempunyai tempoh 11 bulan (kurang setahun) pilihan yg ada cumalah renew passportnya saja.

    5 Mei 2017: Tiba di Kedutaan Besar Republik Indonesi (KL) di jalan tun razak pukul 6.30am. Parking berbayar disediakan betul2 bersebelahan KBRI. Memandangkan insurans utk pembantu belum dibuat jadi saya ke agen insurans di kawasan parking tersebut utk membeli insurans di Malaysia & Indonesia. Kos insurans Malaysia RM90 setahun oleh RHB & RM90 utk insurans Indonesia utk tempoh setahun. Insurans adalah wajib!

    6.45am : Selesai buat insurans, serahkan dokumen2 salinan kad pengenalan majikan, salinan pasport muka dpn dan belakang, salinan permit terbaru kpd pembantu dan beratur di Gate 1 (hanya warga indonesia saje yg perlu beratur). Pintu di buka pada pkl 7am, dokumen2 akan disemak oleh pengawal terlebih dahulu, jika semua lengkap baru dilepaskan utk masuk beratur utk ambil nombor di dalam kawasan kedutaan. (masa ni sy standby dkt pintu 1 in case ada dokumen lain yg diperlukan oleh pengawal, alhamdulillah semuanya ok)

    Pembantu dah masuk kedutaan korang gi lah breakfast dulu ke apa haha..aku menapak g breakfast jauh sikit x lalu nak makan area parking tuh huhu

    8.30am : Majikan dibenarkan masuk ke dalam kawasan kedutaan sedangkan pembantu masih beratur di tempat mengambil nombor. (kaunter no buka pukul 9am)

    9.30am : Semua dokumen disemak sekali lagi (Cop telah disemak)diberi atas nombor giliran (masa ni sy pergi ke kaunter ambil nombor jugak incase ada masalah). Sementara tggu no dipanggil, majikan dan pembantu pergi terus ke kaunter 1 hingga 3 (tak perlu amik nombor) bawak insurans dan kontrak utk diserahkan kepada pegawai dikaunter berkenaan. Take note gaji minimum pembantu indonesia sekarang adalah RM1000 ye!!! So dalam kontrak tu letak lah seribu, below tu mereka akan suruh ubah jgk masa di kaunter. Masa ni pembantu perlu ada di sebelah majikan, nasib saya baik x kena interview pon huhu..

    10.40am : Nombor dipanggil dan hanya pembantu sahaja dibenarkan masuk ke dalam..masa ni proses ambil gambar/cap jari dan bayaran RM48. Dalam 20minit selesai pembantu saya pon keluar bawak satu slip pembayaran. Dekat slip pembayaran ada tulis tarikh yang perlu datang untuk ambil pasport. Tarikh pasport siap kami pada 12 Mei 2017, boleh collect pukul 9-11am @ 2-5pm di kaunter 28 (tak perlu amik no lagi dah)

    11.15am : Keluar dari car park dengan caj parking RM15 (haram jadah betul...)

    9 Mei 2017: Memandangkan permit kerja pembantu tamat pada 8 Mei 2017, saya perlu memohon Pas Khas (Special pass) dari imigresen malaysia. Kos RM100 untuk sebulan, ni saya buat di imigresen Shah Alam.


    Dokumen-dokumen yg diperlukan:-

    1. Salinan kad pengenalan majikan
    2. Salinan pasport pembantu muka depan dan belakang
    3. Salinan permit kerja terbaru
    4. Salinan Kontrak kerja (boleh download dkt website kedutaan indonesia)
    5. Salinan Insurans Malaysia dan Indonesia
    6. Pasport asal pembantu

    Tips:

    1. Buat salinan setiap dokumen 4 @ 5 keping (incase kalau x cukup dh ada standby) photostat black & white jerk..dlm kedutaan nk photostat RM1...puiii

    2. Elakkan pergi hari Isnin dan Selasa, hari ni agak ramai sebab baru naik kerja.

    3. Pakaian sopan!! Suruh pembantu pakai kasut atau sandal bertutup pn ok. Selipar No No


    Nanti saya update cerita nak amik passport pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 Mei: Sampai di KBRI pada pukul 10.15am, parking di tempat biasa penuh! Masuk kedutaan untuk ambil passport melalui Gate 2, tunjuk slip pembayaran passport dan no giliran diberikan. Kaunter amik passport agak laju walaupun ramai, tggu dalam 10minit nombor dipanggil dan boleh balik.

      3.00pm : Update passport pembantu di imigresen malaysia & terus buat permit kerja on the spot (RM610) utk passport baru dibolehkan buat permit dgn imigresen (renewal kena pakai myeg).


      **KESILAPAN: insurans malaysia (RHB) utk setahun adalah RM60, sy buat 2 tahun terus tu yg jadi RM90.

      Delete
    2. Dalam kedutaan fotostat free.. kat belakang kaunter ambil nombor tu. Kat mana yang berbayar tu ye

      Delete
  104. terima kasih utk perkongsian..amat2 membantu utk renew paspport maid sy yg abis sept tahun depan.. sebab maid nk sambung kontrak kena la renew passport.kalau x, tak boleh renew permit kerja.

    ReplyDelete
  105. Terima kasih di atas perkongsian yang sangat membantu.

    ReplyDelete
  106. Alhamdulillah, hari ni saya telah berjaya memperbaharui paspot pembantu rumah saya.

    Terima kasih kepada yang berkongsi sebelum ini, banyak membantu.

    Di sini saya kongsikan pengalaman saya. Semua info ini, inshaAllah valid setakat hari ni.


    Bertolak pukul 6.40am, kajang. Sampai dlm 7.20am

    1. Parking area betul betul sebelum kedutaan, sebelum sampai ada kawasan parking private berbayar (kedutaan sebelah kiri jalan). Kat situ ada agent utk terus buat insuran. Ini tempat terbaik utk tanya mcm2, terutama polisi terkini utk perbaharui passport, budak2 tu tau

    2. Beli insuran utk belah malaysia shj (RM90), sebab belah indon tgh buat pembaharuan, so tak perlu beli (setakat hari ni). Jangan lupa fotostat 2 salinan siap-siap.

    3. Dokumen yg diserahkan kepada maid utk urusan pembaharuan passport:

    1. Salinan ic majikan
    2. Salinan passport maid, muka depan, permit, muka belakang, semua kene fotostat berasingan
    3. Salinan insuran
    4. Passport maid yg asal
    5. RM108 untuk passport tebal 5 tahun

    Semua tu satu copy je

    Kene tulis maklumat kat belakang salah satu kertas tu (better salinan passport), sebab katanya borang dah tak pakai:

    1. Nama maid
    2. Nombor passport
    3. Tarikh lahir
    4. Alamat di Indonesia
    5. Alamat di Malaysia
    6. No Hp maid


    4. Masuk ikut pintu 2, sebab pintu 1 tgh baiki. Jam 7.30am, maid saya masuk dulu, majikan masuk pukul 9am. Maid shj ambil nombor, majikan tak perlu. Ye, hari ni isnin, ramai org. Maid saya dapat nombor giliran 108 (yang ke seratus lapan)

    5. Saya masuk pukul 9, for the first time. Tempat nya agak jauh ke dalam, first akan jumpa area pengambilan passport yang dah siap, terus je sampai masuk ke dalam, baru jumpa area utk perbaharui passport, dekat dengan kantin. Pergi tengok maid duduk menunggu giliran. Memang ramai, tapi seat ada. Dia kata sebelum duduk tunggu giliran, dia beratur dulu untuk ambil nombor, terus diambil gambar sekali.

    - bersambung...

    ReplyDelete
  107. - sambungan:

    6. Sebab tak tau nak buat apa, saya pun jalan2 la dalam area tu. Terserempak dengan majikan yang nak buat contract. Sembang2, dia kata baik buat kontrak kerja, alang2 dah sampai sini. Saya pun try tanya pegawai kat situ, info yang saya dapat (info ni ramai tak tau, termasuk budak jual insuran tu):

    a. Kontrak kerja bukan shj untuk keperluan maid kalau nak balik Indonesia. Sebaliknya, kontrak klu takde, pekerja dianggap illegal di sisi kerajaan Indonesia. Kalau berlaku apa2, seperti kematian dsb, bila kedutaan dapat detect kita sebagai majikan, ada kemungkinan boleh didenda. So memang kene buat! Diaorang tak terima yang di imigresen, kene buat kat sini juga.
    b. Urusan borang kontrak kerja boleh dibuat di kaunter/loket 1 - 6, tak ambik nombor giliran pun takpe. Tak ramai pun. Borang ada di situ, boleh ambil free. Urusan pun free takyah bayar apa2.
    c. Maid mesti ada sekali, masa nak serah borang kontrak kerja
    d. Kene buat setiap tahun, sebulan sebelum tamat kontrak
    e. Gaji dah lima tahun kerja kene minima rm1100
    f. Bila dah serah semua, kita akan diberi resit untuk ambil kontrak tu pada minggu hadapan.
    g. Dokumen yang perlu utk buat kontrak kerja:
    i. Borang kontrak kerja kene isi dua salinan,
    ii. sertakan fotostat ic majikan,
    iii. fotostat passport maid depan belakang dan permit,
    iv. fotostat insuran

    7. Dalam pada menunggu giliran maid untuk buat passport, saya siapkan bahagian kontrak kerja ni. Alhamdulillah, mudah je. Lepas tu sambung jalan2 :)

    Pukul 11.30 nombor giliran kami naik. Kejap je urusan di kaunter, lebih kurang 5 minit je. Saya tengok dari jauh je, standby kalau ada apa2. Kejap je dah selesai!!

    Kami dimaklumkan, Monday next week baru boleh datang ambil passport baru dan kontrak kerja. Maid kene datang untuk ambil passport.

    Alhamdulillah.. selesai untuk hari ni.


    Ringkasan info untuk keperluan dokumen adalah seperti berikut (utk renew passport dan kontrak kerja:


    1. Salinan ic majikan x2
    2. Salinan passport maid, muka depan, permit, muka belakang, semua kene fotostat berasingan x2
    3. Salinan insuran x2 (buat di area parking betul2 sebelum tiba kedutaan)
    4. Passport maid yg asal
    5. RM108 untuk passport tebal 5 tahun (kalau nipis lagi murah, tak tanya pulak 5 tahun atau tak)
    6. Borang kontrak kerja x2 (ambil dan isi kat sana)

    Takde atau tidak diminta:
    1. Interview
    2. Nombor akaun bank utk maid


    Parking dari pukul 7.15 am tadi sampai la dekat pukul 12 ni, RM15
    Maybe boleh fikirkan guna taxi atau grab atau uber lain kali

    ReplyDelete
  108. dah tak perasan, RM109 rasanya bayar passport.. sebab happy urusan dah selesai, tak pay attention sgt pada amaun tu

    ReplyDelete
  109. Hari ni ambil passport dah siap, sampai kedutaan pukul 10.20am, tak sampai 15 minit lepas ambil nombor giliran, terus dapat passport.. alhamdulillah

    next nak pergi imigresen untuk update passport maid

    ReplyDelete
  110. Salam saya nak bertanya,

    saya nak ambil maid and die dah lama kat malaysia bekerja, tapi takde permit.
    Saya memang x sure nak proceed macam mana. adakah boleh saya renew permit maid ini atau cara ni dah tak boleh?

    ReplyDelete
  111. Saya baru pergi ke Indonesian Embassy pada 3 August 2018 untuk renew kontrak kerja maid yg dah kerja 2 tahun, yang nak balik bercuti hujung tahun ni.

    Dokumen yg diperlukan :
    1. 2 salinan kontrak kerja (boleh print dan isi siap2 dari http://www.kbrikualalumpur.org/download/naker/PRT-old.pdf
    2. 1 salinan ic majikan
    3. 1 surat kebenaran jika datang sebagai wakil
    4. 1 salinan insurans Malaysia untuk maid (dibeli siap2 dari pejabat pos, plan paling murah untuk 1tahun rm50 + rm10 stamp duty, boleh check kat sini https://www.rhbgroup.com/products-and-services/personal/insurance/insurance/pos-insurance/pos-maid-protector )
    5. 1 salinan muka dpn dan blkg pasport
    6. 1 salinan permit yg masih sah

    Lepas siap hantar kat kaunter, dia akan bagi no giliran untuk datang lepas 1 minggu utk collect kontrak yg dah siap.

    Kalau ada apa2 pertanyaan untuk urusan kontrak kerja boleh direct telefon bahagian kontrak kerja kedutaan Indonesia 03-21164147.

    ReplyDelete
  112. Salam,
    Adakah renewal work permit pembantu masih melalui MyEG tahun ini?Terima kasih.

    ReplyDelete
  113. Nk sahkan kt jabatan imegresen putrajaya shj ke boleh di mana imegresen ie utc?

    ReplyDelete
  114. Hi, Wasalam...
    sy nak tye, terima kasih kpd details blog ini. Sy hanya perlu sedikit confirmation. berkenaan update new passport maid kat imegresen.
    Adakah wajib buat pengesahan passport baru pembantu rumah kat imegresen malaysia? jika majikan x dapat hadir, boleh wakil ke? apakah dokumen yang harus dibawak?

    ReplyDelete
  115. Sy sudah menelefon Imegresen tapi no pickup at all.

    ReplyDelete
  116. peraturan terbaru kalau nak renew passport amik no giliran online dulu, insuran indonesia tak payah.

    ReplyDelete
  117. Saya baru pergi kedutaan indonesia di jb pg td.. senang je hihi.. sampai2 amik no. Pastu isi borang yg diberi.. tp kena make sure bwk dokumen yg diminta nie ya

    1. Ic majikan suami/isteri (kalau wakil)
    2. 1 salinan permit maid
    3. 1 salinan passport maid
    4. 1 salinan Kartu maid
    5. 1 salinan surat nikah
    (ini kes kalau majikan tak dtg tp wakil isteri.. sepatutnya kena bwk surat wakil majikan tp td saya terlupa buat hihi)

    tunggu di depan kaunter 12/13 sehingga no dipanggil.. bila no naik terus masuk bilik yg ditetapkan.. kt dlm tu kita akan diinterview.. yg selalu ditanya ialah
    1. Dah berapa lama maid kerja dgn kita
    2. Berapa gaji maid sekrg
    3. Ada bg cuti seminggu sekali tak

    Selepas tu dia akan print kontrak kerja.. nanti dia srh majikan dan maid tandatangan dimukasurat akhir..
    Selepas tu kita kena tunggu di luar sampai nama kita dipanggil utk penyerahaan semula dokumen td.. pastu dia srh tunggu atau srh balik dahulu (bergantung pd ramai atau tak) dan dtg semula petang nie utk amik gambar..

    Utk pengetahuan, maid saya dh bersama saya selama 18 tahun.. Saya tak pernah buat insuran dan tak pernah buat buku bank utk maid sbb saya buat acc sendiri dlm komputer.. setiap tahun saya akan printkan acc tu (sbb tiap2 bln dia amik rm400 utk duit poket dia dan selebihnya dia suruh simpan.. kdg2 dia kirim duit ke indonesia 2 bln gaji.. so semua saya akan catit dan tulis tarikhnya sekali) dan suruh dia check.. kalau betul dia akan tandatangan di bwh.. kertas tu saya simpan buat bukti gaji dia tiap2 bln

    ReplyDelete
  118. Assalammualaikum
    Saya baru renew passport maid utk tahun kelima hari ini (18/2/2020)di kedutaan Indonesia KL.. Utk makluman, saya mewakili abang saya sebagai majikan.. Jadi, saya mmg sediakan salinan IC saya dan surat turun kuasa abang kepada saya.. Langkah dan cara saya kongsikan seperti di bawah:

    1)Ambil no giliran secara online. Boleh dapatkan di laman web kedutaan

    2)Perlu hadir 15 minit sebelum waktu dipilih.. Contoh pilih pukul 4pm, perlu beratur utk scan bar code pada 3.45.. No giliran akan diberikan.. Datang awal akan disuruh tunggu, lambat tidak akan diterima

    3)Lepas dapat no terus ke kaunter. Dokumen yg diminta:
    a) Passport Asal
    b) Salinan passport muka depan
    c) Salinan passport muka surat yg menunjukkan premit terkini dan valid
    d) Salinan kad premit depan dan belakang
    e) Salinan IC majikan
    f) Salinan Insuran Malaysia

    *Pegawai tidak tanya sama ada saya majikan atau tidak.. Jadi surat turun kuasa dan salinan IC saya tidak diminta

    *Tiada sesi interview

    *Tiada kontrak kerja yg perlu diisi

    *Proses dikaunter hanya mengambil masa 10-15 sahaja.. Passport perlu diambil 3 hari selepas itu

    ReplyDelete
  119. Ya, prosedur saya juga sama seperti di atas.
    Lepas 3 hari waktu bekerja,passport boleh diambil. Alhamdulillah l..

    ReplyDelete
  120. Salam.passport maid saya expired bln 5/21.tp permit expired 4/08/20.jd sy perlu renew passport dulu baru renew permit.sbb passport xcukup setahun.alamat passport di johor.tp skrg sy ade di perak.soalan sy bolehkah sy minta extend permit di perak.dan perlukah sy bwk sekali maid tu?

    ReplyDelete