Thursday, 11 June 2015

Beli Bilik Hotel Dengan TRIVAGO Tak Ada Resit

Assalamualaikum.....

Bercuti / Holiday / Berehat sama ada bersendirian, bersama keluarga, bersama kawan2 dah menjadi 1 gaya hidup. Keperluan atau kehendak, itu jawap sendiri...hihihi....

Merancang untuk bercuti bukan perkara mudah untuk sesetengah orang tp untuk sesetengah yang lain, ianya semudah 'click n go'. Dunia di hujung jari kan.

Kali ni saya nak bincang pasal persediaan penginapan untuk bercuti. Kita boleh book bilik terus daripada hotel dengan hanya menelefon, book online bayar semasa check in atau beli terus bilik penginapan. Bermacam laman web yang menyediakan kemudahan tersebut. Saya biasa guna agoda, harga yang ditawarkan ok. Baru2 ni ada kawan yang mtk tolong beli bilik melalui TRIVAGO kerana masalah teknikal. Saya dengan senang hati membantu, kalo sesuai apa salahnya untuk mencuba TRIVAGO pula untuk bercuti di lain kali.

TRIGAVO? mungkin ada yang pernah dengar tp pernah cuba x? Saya kongsikan pengalaman saya beli bilik di TRIVAGO ye.

1. Cam biasa, kita akan compare harga. Contoh kat sini Hotel Thistle JB. AGODA vs TRIVAGO   = RM322 vs RM281. Beza RM41. Untuk saya rakyat biasa, RM41 jumlah yang agak besar. So, pilih untuk beli di TRIVAGO (tapi bukan beli bilik di Thistle Hotel, tu CONTOH je) hihihi....






2. Cam biasa jugak, buat bayaran terus guna credit card n dapat voucher cam kat bawah ni.



3. Dalam masa 1 jam selepas dpt voucher (voucher dapat melalui pop up windows rite after payment confirmed), saya call hotel utk confrim dapat bilik. So, hotel bgtau confirmed, esok boleh check in, just tunjuk voucher.

4. TAPI ade 1 kemusykilan, mane resitnye......WAAAAA.....kalo untuk bercuti , xpe la xde resit. TAPI kalo business trip, xde resit, camner nak claim. So, call hotel untuk tanye resit. Hotel maklum hotel xkan keluarkan resit sebab bayaran dibuat kepada pihak ketiga. TRIVAGO hanyala SEARCH ENGINE yang akan bantu pelanggan memilih PENJUAL BILIK yang menawarkan harga yang terendah (of course TRIVAGO akan pilih PENJUAL BILIK yang berdaftar dengan TRIVAGO je la ye). So, untuk kes saya, tgk garisan merah kt gambar di atas. Payment dibuat kepada HotelBeds. Saya kene berurusan dengan HotelBeds utnuk resit.

5. Huhuhuhuhu......nak telefon tak boleh sbb HotelBeds xde cawangan kt Malaysia. Emel saya dah hantar, tapi setakat harini belum dapat feedback. Tolongg.....nak resit.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment