Monday, 27 July 2015
Friday, 24 July 2015
Seminar PERCUMA EMAS Eksklusif Untuk Pembaca Blog Ainchong
Assalamualaikum....
Pagi yang indah.....bersama-sama anak-anak tersayang (bibik cuti raya ;p).
Hari ni saya nak buka peluang kepada untuk hadir seminar percuma tentang emas. Apa yang anda akan dapat dalam seminar ni?
# Kenapa perlu simpan emas?
# Emas vs RM Fiat?
# Kelebihan simpan emas.
# Bagaimana pilih emas terbaik untuk simpanan?
# DAN BANYAK LAGI SERTA APA SAJA PERSOALAN ANDA TENTANG EMAS AKAN DIJAWAB OLEH PENGASAS SYARIKAT EMAS TERBESAR PERTAMA MALAYSIA YANG MENGELUARKAN EMAS BEBAS GST DAN DIIKTIRAF LBMA!!!!!!!!!!!!
Seminar PERCUMA Emas 10gram!
Pendedahan Asas Sebagai Pelindung Kekayaan anda.
Tarikh : 29th Julai 2015
Masa : 8pm-10.30pm
Penceramah : Mahaguru Syukor Bin Hashim
Tempat : Public Gold, cawangan Ampang
Hadir Seminar dan berpeluang memenangi cabutan bertuah PERCUMA jongkong EMAS 10GM .
TEMPAT TERHAD KEPADA 10 PEMBACA BLOG AINCHONG SAHAJA.SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!!
PM@WA 0199391020 UNTUK TEMPAT ANDA.
Thursday, 2 July 2015
Renew Passport dan Permit Pembantu Rumah Indonesia
Assalamualaikum...
Alhamdulillah......dah masuk 5 tahun pembantu rumah Santi bersama kami sekeluarga. Yang paling best bile dia bagitau nak sambung lagi. Syukur.... rezeki anak-anak mama n abah dapat pengasuh yang baik.
Hah, tapi bile dh 5 tahun tu, maksudnya urusan tukar passport baru kene usahakan la ye. Sebelum ni ada jugak baca2 kat blog pasal tukar passport baru ni. Rata2 kate 1 hari je siap kat Kedutaan Indonesia kt Jalan Tun Razak. wah, bagus ni. cuti sehari je semua siap.
Tapi apakan daya, bukan rezeki kami. Bermula 1 April 2015 (maaf, lambat share pengalaman ni), urusan tukar passport baru memerlukan majikan dan pekerja hadir ek Kedutaan Indonesia sebanyak 3 kali. huhuhu.....
Hadir Kali Pertama
Majikan dan pekerja perlu kemukakan dokumen kontrak baru dan temuduga untuk pastikan pekerja mendapat gaji setimpal dan cuti selayaknya. Kemudian, akan diberikan tarikh dan waktu untuk hadir kali kedua. Catatan hanya dibuat pada nombor giliran. Pastikan ianya disimpan utnuk kehadiran kali kedua.
Hadir pada waktu yang ditetapkan. Pekerja akan diambil gambar passport dan perlu buat bayaran (RM38). Kemudian akan diberikan tarikh dan waktu untuk hadir kali ketiga@terakhir untuk mengambil passport yang dah siap.
Hadir Kali Ketiga
Datang untuk ambil passport.
Bila dah settle passport, kene la sambung permit pulak. Permit kene buat di melalui myeg.com.my. Tapi sebelum buat, kene menapak ke Jabatan Imigresen dulu untuk sahkan passport baru. So, pegi la buat ye kwn2 semua. Urusan pengesahan passport baru ni kejap ye, xyah beratur pun. Pegi je kt kaunter pertanyaan, pegawai akan buatkan.
Dah buat online, bayar semua (RM610) untuk setahun, tunggu la permit dihantar ke alamat yang kita letak tu. Saya letak alamat ofis sebab penerima kene bawak passport n x boleh org lain amik kecuali suami@isteri. Pls take note that Jab, Imigresen tetapkan majikan adalah suami. So, saya bolehla tlg amikkan permit tu. X lama pun tunggu permit dihantar, 3 hari bekerja je.
Ini passport lama yang akan tamat tempoh pada 20 Ogos 2015. No.Passport bermula dgn huruf "V" |
Ini passport baru. No. Passport bermula dgn huruf "AT" |
Ini permit, tamat tempoh pada 23 Ogos 2015. |
Selamat tukar passport dan perbaharui permit pembantu. Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)