Thursday, 17 March 2016

Alhamdulillah.........Umrah Bersama Keluarga Besar - Ibu, Ibu &Bapa Mertua, Abang, Kakak, Suami & 3 Anak Ketika Mengandung 31-33 Minggu

Assalamualaikum....

Syukur kepada pencipta sekalian alam.......Segala cabaran semasa merancang perjalanan ibadah ini Kau berkati dengan kemudahan sepanjang kami di sana. Terlalu banyak yang hendak saya abadikan di blog ini. Terutamanya tips untuk jemaah yang mengandung 31-33 minggu. Untuk tatapan anak2 juga perkongsian kepada kawan2 di luar sana. Insyaallah....sedang saya usahakan.


Kenangan bersama amira, aliya dan anisa di tingkat 1 mataf.


Senyuman yang terukir indah di Masjidil Haram.


Keluarga kecil kami bersama Tok Ma(Ibu saya) dan Ma Ani(Kakak saya). Sorry Tok Baba, Tok Mama,  Abi,  Aunty Da dan Uncle Abu yang xde dalam gambar ni. Diorg sibuk mengerjakan ibadah sunat.


Adik manis menikmati Aiskrim Arab.

Bersambung......

Wednesday, 16 March 2016

Bersalin PPUM - Suami Dibenarkan Menemani Isteri

Assalamualaikum.....

Berita gembira untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya 


- SUAMI DIBENARKAN MENEMANI ISTERI KETIKA BERSALIN-

Saya dan suami baru je menghadiri kelas penyusuan susu ibu pada 8 Mac 2016 yang lalu. Kalau sebelum ni, PPUM adalah hospital RAKAN BAYI (saya yakin ibu-ibu faham apa yang dimaksudkan), kini PPUM juga adalah hospital RAKAN IBU.

RAKAN IBU maksudnya ibu akan diberikan sokongan yang optimum dalam proses melahirkan dan salah satu drpdnya adalah suami dibenarkan menemani isteri ketika proses bersalin. Ibu-ibu diberikan hak untuk memilih 1 daripada 3 pilihan orang terdekat iaitu SUAMI @ IBU @ IBU MERTUA untuk menemani ibu-ibu. Ibu-ibu perlu mengisi borang yang boleh diperolehi di kaunter pendaftaran di tingkat 3 (dewan bersalin).

Insyallah, saya akan melahirkan pada 5 April 2016 (due date la, lambat cepat ALlah swt je yang tau). Saya pun belum pasti prosesnya yang lengkap. Insyallah...saya akan kongsikan secepat mungkin selepas saya sendiri melaluinya.

DOAKAN SAYA YE KAWAN-KAWAN.....