Saturday, 14 May 2016

Daftar Haji Anak

Assalamualaikum...

Giliran Haji bagi mendaftar haji pada 13 Mei 2016 adalah pada tahun 2100

Pasti semua kaum muslimin dan muslimat menyimpan hasrat dan harapan untuk menunaikan rukun islam ke-5 iaitu fardu haji, begitu juga dengan kami. Besar juga harapan kami untuk menyediakan kemudahan kepada anak-anak kami menunaikan Haji. 

Terkini, semalam iaitu pada 13 Mei 2016, kami telah membuka akuan tabung haji sekaligus mendaftarkan haji buat anak ke-4 kami iaitu Alif Fahad bin Anas Fathi. Giliran Alif adalah pada tahun 2100. Insyaallah, ada rezeki Alif walaupun agak lambat. Rezeki Allah, mana tahu quota ditambah dan Alif boleh pergi lebih awal.

Baru semalam 13 Mei 2016 berkesempatan membuka akuan tabung haji untuk
Alif Fahad.


Kepada ibu ayah, ambil langkah untuk bantu anak kita mendapatkan giliran haji dengan mendaftar segera ye.

Wassalam.

Thursday, 12 May 2016

Tips "Diapers Free" Sebelum Umur 2 Tahun

Assalamualaikum...

Anisa atas dukung abah, diapers free masa 22 bulan. Pergi umrah 5 - 16 Feb 2016 masa 23 bulan. Mudah untuk bawa Anisa sekali masa Tawaf (rukun wajib umrah yang perlu jaga wuduk). Alhamdulillah....


Kali ni kita share pula tips untuk jimat diapers bagi ibu2 dan ayah2 yang anak ramai (cam sy...hihihi) tapi kalo x ramai pun, bagus untuk latih anak2 kita supaya tidak pakai diapers di usia bawah 2 tahun. Bila makin lambat kita latih anak untuk diapers free maka makin sukar untuk di realisasikan.

Beberapa tips yang boleh saya kongsikan setelah melatih 3 anak untuk diapers free sebelum umur 2 tahun -

#1  Mulakan Seawal Anak Boleh Bercakap dan Faham WEE dan POO


Bermulalah seawal mungkin ketika anak sudah pandai bercakap dan faham serta pandai untuk menyampaikan isyarat kepada kita jika mereka hendak buat air kecil atau besar. Apa saja perkataan yang digunakan, itu tidak menjadi persoalan. Wee dan Poo @ Cing dan Yak @ Ukk dan Shhiiii.....apa saja boleh.

Dalam masa yang sama juga, kita boleh galakkan anak2 berkomunikasi dengan kita.

#2  Bersedia Untuk Mencuci

Sememangnya melatih anak2 untuk diapers free memerlukan kita bersedia untuk mencuci jika mereka terlepas. Dan terlepas itu adalah PASTI. Jangan sesekali marah atau merungut. Anak2 akan takut jika dimarahi dan ini akan melambatkan proses latihan. Sediakan mop dan baldi yang bersesuaian dan kain lap yang lebih untuk tujuan ini.


#3  Simpan Karpet Turkey

Hah...yang ni, memang tidak dinafikan, ibu2 yang gemarkan karpet untuk hiasan rumah, simpan dulu karpet anda. Tak kira la karpet turkey ke, pakistan ke, malaysia ke......ini untuk mengelakkan anda stress bila anak2 terlepas atas karpet anda. Sebenarnya adalah untuk memudahkan proses mencuci. Kalo karpet kan susah cuci!

Kami menggunakan play mate untuk menggantikan karpet. Ia sangat mudah dicuci menarik dengan gambar2 dan selamat untuk anak2 yang mengalami broncithis.

#4  Sediakan dan Angkut Lapik Tandas Walau Ke Mana Kita Pergi

Perlu sediakan persekitaran yang selesa untuk anak2 meneruskan latihan untuk diapers free. Dalam kehidupan berkeluarga dan bersosial, pastinya kita perlu sering ziarah menziarahi antara keluarga dan teman. Jangan hadkan aktiviti kita hanya kerana anak2 sedang dalam latihan diapers free. Saya yakin, banyak tempat persinggahan di Malaysia tidak menyediakan kemudahan tandas yang sesuai untuk anak2. Sama ada tandas duduk atau tandas cangkung, kedua-duanya adalah berbahaya kepada kanak2. Oleh itu, kami lebih selesa membenarkan anak2 menggunakan tandas duduk dengan lapik tandas seperti di gambar. Lebih selamat (anak yang darjah 1 pun masih guna lapik tandas) untuk anak dan mudah untuk kita mencuci wee dan poo.

Lapik Tandas jenama Sweet Cherry yang kami gunakan untuk travel. Ringan, kecil dan murah (RM10) je.hihihi....


#5  Konsisten Diapers Free Walau Perlu Travel


Konsisten adalah kata kunci untuk kejayaan latihan diapers free. Apapun alasannya, latihan tetap perlu diteruskan. Jika perlu travel, rancang perjalanan anda, di mana dan bila mahu berhenti untuk wee dan poo. Jika travel dengan kapal terbang, dapatkan seat berdekatan dengan toilet untuk kanak2 yang lebih selesa.

#6   Kerap Berhenti Untuk Wee dan Poo Dalam Perjalanan

Dalam perjalanan jauh (kami sering balik kampung di terengganu yang memakan masa hampir 7 jam dulunya, sekarang hanya 5 jam), kami berhenti sekurang-kurangnya 2 kali. Lebih kerap lebih baik. Boleh berehat dan pastikan anak2 wee dan poo. Dan yang penting tidak terlepas di dalam kereta. hihihihi.....

Sekian.


Wassalam....


Monday, 9 May 2016

Tips Pastikan Anak Duduk Car Seat

Assalamualaikum......

Ibu2 ayah2 kat luar sane, bila naik kereta, anak2 diletakkan dalam car seat tak? 

Erm...anak2 xnak duduk la.....nangis....susah nak letak la......xde bajet la.....


Bajet bukan alasan sebab kat cash converter pun kita boleh dapatkan car seat dgn bajet yang sgt minimum.

Pelbagai sebab untuk tidak memberikan hak keselamatan untuk anak2 yang kita sayang diberikan ibu2 dan ayah2. Walaupun, kebelakangan ni, kesedaran di kalangan ibu dan ayah dah semakin meningkat, namun masih ramai yang mengabaikan aspek ini.

Sebagai mama dan abah kepada 4 orang kanak2 riang, kami memang mementingkan aspek keselamatan mereka. Terutamanya suami saya yang bekerja dalam bidang yang meletakkan aspek keselamatan dalam senarai keutamaan. Kesemua anak2 mesti fasten seat belt car seat sebelum kereta bergerak.....hahaha.....skema nya...

#1 MULAKAN DARI HARI PERTAMA MENAIKI KENDERAAN

Boleh dikatakan majoriti ibu2 kini bersalin di hospital. Tidak lagi seperti ibu2 kita dulu, bersalin di rumah perkara biasa (saya pun dilahirkan di rumah) Tapi mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi, tren bersalin di rumah akan menjadi popular.

Oleh itu, sediakanlah car seat untuk membawa pulang bayi anda. Pilih car seat jenis bucket untuk bayi yang boleh digunakan daripada 0 - 6 bulan.

#2 KONSISTEN DALAM PENGGUNAAN

Bermula daripada pertama kali meletakkan bayi anda dalam car seat, jgn sekali membenarkan mereka tidak menggunakannya. Walaupun untuk perjalanan jarak dekat yang hanya mengambil masa 5 minit seperti ke kedai runcit di depan rumah.

#3 HIBURAN/MAINAN

Penuhi ruang masa anak2 dalam perjalanan dengan hiburan atau mainan untuk mengelakkan mereka bosan dan mula hendak turun daripada car seat.

#4 HATI KERING

Jgn sekali-kali lembut hati dengan membenarkan anak anda keluar daripada car seat semasa dalam perjalanan walaupun mereka menangis, melalak, merayu dan mcm2 lagi.....jadi ibu dan ayah yang rasional dengan mengutamakan keselamatan mereka.

#5 IBU BAPA SENTIASA MEMAKAI SEAT BELT

"Contoh melalui teladan".....mudah kan? 

"Monkey See Monkey Do"  eh, anak2 kita bukan la monkey tapi pepatah kate camtu la......

Jadikan diri kita teladan yang baik buat anak2.


Akhir sekali, belanja ibu2 dan ayah2 kat luar sana dengan contoh2 gambar car seat, kami dan anak2 dalam kereta.

Kami dalam perjalanan balik kampung di Terengganu. Semua muka ceria....hahahaha

Car Seat untuk Alif Fahad yang baru berusia 24 hari...hihihi.....

Car Seat untuk Mimi (sulung 7 tahun) dan Yaya (No.2 umur 5 tahun)

Car Seat Anisa (No.3 umur 2 tahun)




Tengok kat bawah ni. Semoga membawa kesedaran kepada kita semua.

http://www.bharian.com.my/node/89041?m=1

Wassalam