Tuesday 30 June 2015

Ramalan Ekonomi 2016 - Beli Emas dan Silver

Assalamualaikum...


Robert Kiyosaki - banyak buku die saya dah beli (tp belum habis baca). 1 pesan die yang buat saya terus mengikuti penulisan dia "give more to get more". ayat die lain sket tp tu la maksud die. Kita pun tau, kalo nak rezeki semakin murah, bersihkan rezeki dengan zakat dan banyakkan bersedekah.

Robert ada membuat ramalan berkenaan "Biggest Stock Market Crash in Histori Coming in 2016". huhuhu....dh x lama. Apa yang boleh kite buat untuk lindungi diri dan keluarga kalaupun x lindungi negara. Tengok No.5 - BELI EMAS DAN SILVER. Kalo pun ramalan ni x jadi tahun 2016, x rugi kita simpan emas dan silver. 

Menurut Azali Abu Bakar "Saya sedikit skeptikal dalam mempercayai ramalan2. Namun, lebih kepada mengambil sikap barhati-hati berdasarkan situasi semasa yang sedang berlaku juga melalui sejarah yang telah berlaku. Dari situ, penilaian sendiri dibuat dan tindakan diambil mengikut kemampuan".

Nasihat beliau - 

★ kurang-kurangkan membuat hutang.
★ plan bayar balik hutang secara advance. Cepatkan langsai hutang.
★ keperluan reserve tunai dan tingkatkan dari masa ke masa.
★ lindungi kekayaan.
★ bersedekah.
----------------------------------------
Noraini Omar Chong
+60199391020
PG000055415
ainchong.blogspot.com



Wassalam.....

Saturday 27 June 2015

Kiriman Wang Ke Indonesia Mudah dan Murah

Assalamualaikum.....

Pengalaman tolong kirimkan duit bibik ke Bank Rakyat Indonesia selama 5 tahun. 5 tahun tu jugak lah saya setia menggunakan perkhidmatan kiriman wang dengan Maybank. Nak kata maybank tegar (Credit Card, Loan Rumah n Kereta semua dengan Maybank) pun x jgk. Mungkin sebab gaji masuk maybank, so senang nak pantau aliran duit kot.

Semalam, tolong bibik tukar duit di Money Changer kat Tesco Setia Alam. Memang dh lama usha money changer ni, tp x tersinggah-singgah utk dapatkan maklumat lanjut. Inilah kedainya, ALAF JUTAWAN SDN BHD. Tukar RM 2001 dapat RPH6.9 juta. Wow, jutawan mak.


Uncle tu tgh nego harga kot....
Yang best, siap boleh nego harga tukaran wang tu walaupun dh tertera kat papan tukaran wang asing tu.

Balik pada topik sebenar ye. sebenarnye nak cerita pasal kiriman wang ke Indonesia yang murah dan cepat. Bibik selalu hantar ke akaun Bank Rakyat Indonesia. Beza antara Maybank dan ALAF JUTAWAN - 
  • Charge | MAYBANK-RM12 ; ALAF JUTAWAN-RM11
  • Tempoh | MAYBANK-3 hari ; ALAF JUTAWAN-1 Jam

Hah, kalo daripada segi charge RM1 tu sikit je utk pembaca kot tapi tempoh masa sampai ke sana beza 3 hari kot. huhuhu....sgt BEZA kn. Selain Bank Rakyat Indonesia, ni di list bank yang boleh transfer ikut negara.

so, lain kali boleh la dipertimbangkan utk cube perkhidmatan tukaran wang di money cahnge. bukan terhad kepada ALAF JUTAWAN je. Saya rasa, mana2 money changer pun dh ada perkhidmatan ni.

Wassalam

Friday 26 June 2015

INSYAALLAH Cuti Raya = Cuti Menjaga Anak = Cuti Rehat Bibik = Cuti Mula Bisness

Assalamualaikum.....

Cuti Raya 2015.....Yeay.....nak cuti dah...awalnyer dah plan cuti. Saya cuti start 12 Jul 2015 hingga 8 Ogos 2015. Wah...lamenyer... bos pun terkejut. Tapi ape nak buat, bibik balik kampung. Sbenarnya dah fikirkan beberapa alternatif - 

1. Hantar Nursery - erm...bagus tu, boleh gi kejer cam biasa. TAPI 3 nursery kt area rumah saya, semua bukak pukul 6.30 pagi. Saya kuar rumah kul 5.30 pagi. Berulang Setia Alam - Melaka agak mencabar. Husband? ooo....die tgh bz ngn projek, blk ntah kul bape, pegi pun ntah kul bape time tu. 

2. Mintak tolong ma - Ma mane yg x syg anak kn? kalo bukak mulut mtk tlg, mesti x tolak punye. Tapi saya sebagai anak, byk perkara yag dipertimbangkan. Ma saya dah buat Total Knee Replacement utk kedua-dua belah kakinya. nak bangun pun dgn segala kepayahan. Lgpun, bulan puase n bulan raye, ramai adik-beradik ma yg duk jauh dtg rumah kt kampung nak ziarah. Kesian pulak bile datang xde org. Biar lah ma beribadah di bulan ramadhan ni. Anak sendiri, sendiri jaga ok.

3. Mintak tolong adik-beradik - semua ade komitmen masing-masing.

Memang daripada awal lagi dh tau pilihannya hanyala cuti. Cuma fikir untuk Cuti Rehat @ Cuti Tanpa Gaji (CTG), Saya ni penjawat awam, mmg ade kemudahan Cuti Tanpa Gaji. tp Cuti Rehat saya banyak lg. kalo nk CTG, kene habiskan Cuti Rehat. Huhu.....mau cuti smpi 2 1/2 bulan. ape citer plak projek kt opis tu. 

Alhamdulillah, sy punye bos2 yg memahami. Lepas bincang, cuti rehat LULUS dgn jayanya.

Apapun, terima kasih pada SANTI, sebab nk sambung kontrak lagi. Dah 5 tahun SANTI tolong jaga anak-anak. Budimu akanku kenang sepanjang hayat.

Oooo....satu lagi, ini jgk cuti untuk mula bisness kecil-kecilan. Harap2 saya dpt tumpukan perhatian pada anak-anak di samping aktif promote produk2 yg saya jual......hihihihi

Ni ade pic kenang-kenangan di Danga Bay Johor Bahru.


Wassalam

Saturday 20 June 2015

Barang Kemas Vs Jongkong Emas

Assalamualaikum....

Pernah menulis tentang Sales Incentive Programme (SIP). Sila baca di SIP - Sales Incentive Programme Public Gold Penang.

Program ini telah membuka minda saya yang pada mulanya hanya membeli emas PUBLIC Gold untuk simpanan sendiri.

Kenapa saya beli JONGKONG EMAS, bukan barang kemas?
-------------------------------------------------------------------------

1 - Barang kemas ada GST - 6%
     Kalo barang kemas saya beli RM1000, dah saya kene bayar RM1060. Ada ke barang kemas RM1000 sekarang? Melainkan subang n cincin yang nipis tu je. Katalah saya beli rantai emas RM3000, dah saya kene bayar RM3180. RM180 tu, daripada saya bayar GST, baik saya beli emas 1gram. Berbaloi-baloi.

2 - Barang kemas hanya emas 22K@916 - kualiti lebih rendah

3 - Barang kemas yang baik untuk simpanan dan sesuai untuk dipajak@dicairkan untuk cash (bila terdesak dan memerlukan duit) adalah barang kemas yang padu. Barang kemas padu akan mudah diuji ketulenannya dan berat sebenar, ini memudahkan projek memajak emas tersebut. Berlainan        dengan emas tidak padu (biasanya yang bercorak moden dan cantik untuk perhiasan). Contoh -

Barang Kemas Padu

Barang Kemas Tidak Padu


4. Beli barang kemas kene bayar UPAH. Bila saya tengok harga emas di kedai-kedai emas, memang dipaparkan harga emas semasa, tapi bile ditanya harga, mahal pulak berbanding harga emas. sebabnya kenan bayar UPAH TUKANG membentuk barang kemas tersebut. Sebenarnya upahnya adalah sangat mahal.

5. Emas di kedai emas tidak LBMA - London Bullion Market Association (termasuk jongkong emas di kedai emas). Emas dengan status LBMA penting kerana, emas LMBA adalah diikitiraf seluruh dunia. So, kalo kite nak jual di mana-mana negara, ianya diterima dengan mudah tanpa menjejaskan harganya.

6. Ini special case utk saya je. Saya TIDAK SUKA PAKAI BARANG KEMAS.kuikuikui......

Dah macam ni punya banyak perbezaan dan kelebihan beli jongkong emas (PUBLIC GOLD). apa lagi yang boleh saya tidakkan untuk tidak membeli emas PUBLIC GOLD.

Kelebihan Jongkong & Dinar PUBLIC GOLD
--------------------------------------------------------
1- Public Gold berurusan secara telus - dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas Harga Jualan dan Harga Belian.

2- Jual Beli berurusan terus dengan cawangan PUBLIC GOLD di serata Malaysia (setiap negeri ada) untuk memastikan dan memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa duit mereka adalah selamat tanpa perlu melalui dealer. tapi pembeli juga boleh membeli melalui dealer jika yakin dengan dealer tersebut. Dealer PUBLIC GOLD telah dilatih dan diamanahkan untuk jujur dan berintegriti dalam urusniaga.

3- Tiada yuran tersembunyi. Beli makin banyak, akan layak untuk menjadi dealer secara automatik.

4- PUBLIC Gold telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 dan telah mengembangkan sayapnya         ke Singapura. Rakyat Singapura lebih rancak menyimpan emas.

5- PUBLIC GOLD lah yang telah memperkenalkan dan mencadangkan model Emas LBMA pengecualian GST kepada Kerajaan Malaysia sebagaimana Akta GST di Singapura. Ini bagi menjaga kepentingan pembeli-pembeli emas PUBLIC GOLD dan memastikan pembeli mendapat pulangan maksima terhadap duit yang dibelanjakan.

6- PUBLIC GOLD juga telah memperkenalkan Gold Accumulative Programme (GAP) - membolehkan simpanan emas fizikal serendah RM100@1gram untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mampu menyimpan emas. Sikit-sikit lama-lama jadi gunung.

So, apa tunggu lagi? Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentukan, protect nilai tabungan anda dengan emas. Sila rujuk Laporan Pelaburan Emas untuk lebih tahu kenapa emas mampu menjaga nilai tabungan anda.

Sebarang pertanyaan dan untuk memulakan langkah pertama menyimpan emas -
Boleh hubungi saya

Official Dealer | Public Gold
PG00055415 |
0199391020 | Noraini Omar Chong

Pada sesiapa yang lebih selesa berurusan dengan lelaki, boleh la hubungi suami saya

Official Dealer | Public Gold
PG00055775 |
0193786665 | Anas Fathi Mohd Yusuff
* Pun beli untuk simpanan asalnya - tapi die suka Silver



Friday 19 June 2015

Laporan Pelaburan Emas

Assalamualaikum...

Pelbagai liputan dibuat oleh BERNAMA dan TV3 kepada PUBLIC GOLD.


Untuk keterangan lanjut WA 0199391020

Ujian Kelayakan SRAI

Bismillahhirrahmanirrahim....
Anak mama AMIRA HAZIRAH BINTI ANAS FATHI (mimi) hari ni ujian utk masuk SRAI. Persediaan ade la buat sikit2.Mimi ckp mama garang.Mama nk mimi dpt masuk sekolah best,teacher best,kwn2 best. Insyaallah...diterangkan hati anak mama oleh Allah s.w.t.







1. Jam 8.30 pagi - Pendaftaran dan briefing Pengetua berkenaan perjalanan peperiksaan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------





2. Para bakal pelajar dibawa masuk ke dewan peperiksaan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



3. Ibu bapa menunggu di luar dewan peperiksaan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Inilah sekolah idaman mana dan abah untuk MIMI. Semoga MIMI berjaya.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday 14 June 2015

Hadiah Hari Lahir Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum....

Nak bagi hadiah ape untuk hari lahir orang tersayang (ibu bapa, suami isteri, anak-anak etc). 
  • Baju
  • Minyak Wangi
  • Mainan
  • Suppliment
  • Dinner 
  • Jam Tangan 
  • Hand Bag etc

Chop....semua tu dah pernah bagi....huhuhu....
Dengan keadaan RM yang semakin susut sekarang, jom hadiahkan sesuatu yang - 

  • Kalis inflasi
  • Mudah dicairkan 
  • Kekayaan di tangan kita
  • Boleh dijadikan modal pusingan
  • Ia aset mudah alih – mobile
  • Kekayaan bertahan lama

Dengan hanya RM151/gram, hadiah EMAS kepada Yang TERSAYANG di Hari Lahirnya.

WA 0199391020




Saturday 13 June 2015

SIP - Sales Incentive Programme Public Gold Penang

Assalamualaikum....

Ditakdirkan utk berada di Public Gold Global Business Center (PGGBC) bersama Dato' Louis Pengasas Public Gold.

Urusan jual beli emas yg telus dgn permulaan serendah RM151/gram(13 Jun 2015)

PG00055415 Noraini Omar Chong
PG00055775 Anas Fathi Mohd Yusuff


1st Day SIP - 13 Jun 2015

Bersama Founder PUBLIC GOLD - YBhg Dato' Louis Ng dan Isteri

Bangunan HQ PUBLIC GOLD, Bayan Lepas, Penang

Pengalaman menaiki Rolls Royce Ghost - RM1.6 Juta
Pengalaman Menaiki Porche Panamera - RM800k

PUBLIC SAFE Penang - Simpan Barang berharga termasuk emas di PUBLIC SAFE untuk 'Peace of Mind'


Simpan emas serendah RM100@1 gram sebulan untuk masa depan.


Lunch di Mee Udang Teluk Kumbar

Street Art George Town

Street Art
Wisma PUBLIC GOLD dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah



YBhg. Dato' Louis Ng dan isteri belanja makan durian Balik Pulau. TERBAEKKK....


2nd Day SIP - 14 Jun 2015

Gold Museum PUBLIC GOLD


Antara koleksi silver PUBLIC GOLD

Lunch at Hameediyah Restoran - Nasi Kandar pertama di Penang
* BEST NYER, TAUKE RESTORAN BELI EMAS DENGAN PUBLIC GOLD JUGA

Hidangan Yang Sangat Sedap. HAbis sepinggan walaupun pagi baru je breakfast nasi lemak.

Pentauliahan Official Dealer PUBLIC GOLD......ALHAMDULILLAH

Thursday 11 June 2015

Beli Bilik Hotel Dengan TRIVAGO Tak Ada Resit

Assalamualaikum.....

Bercuti / Holiday / Berehat sama ada bersendirian, bersama keluarga, bersama kawan2 dah menjadi 1 gaya hidup. Keperluan atau kehendak, itu jawap sendiri...hihihi....

Merancang untuk bercuti bukan perkara mudah untuk sesetengah orang tp untuk sesetengah yang lain, ianya semudah 'click n go'. Dunia di hujung jari kan.

Kali ni saya nak bincang pasal persediaan penginapan untuk bercuti. Kita boleh book bilik terus daripada hotel dengan hanya menelefon, book online bayar semasa check in atau beli terus bilik penginapan. Bermacam laman web yang menyediakan kemudahan tersebut. Saya biasa guna agoda, harga yang ditawarkan ok. Baru2 ni ada kawan yang mtk tolong beli bilik melalui TRIVAGO kerana masalah teknikal. Saya dengan senang hati membantu, kalo sesuai apa salahnya untuk mencuba TRIVAGO pula untuk bercuti di lain kali.

TRIGAVO? mungkin ada yang pernah dengar tp pernah cuba x? Saya kongsikan pengalaman saya beli bilik di TRIVAGO ye.

1. Cam biasa, kita akan compare harga. Contoh kat sini Hotel Thistle JB. AGODA vs TRIVAGO   = RM322 vs RM281. Beza RM41. Untuk saya rakyat biasa, RM41 jumlah yang agak besar. So, pilih untuk beli di TRIVAGO (tapi bukan beli bilik di Thistle Hotel, tu CONTOH je) hihihi....






2. Cam biasa jugak, buat bayaran terus guna credit card n dapat voucher cam kat bawah ni.



3. Dalam masa 1 jam selepas dpt voucher (voucher dapat melalui pop up windows rite after payment confirmed), saya call hotel utk confrim dapat bilik. So, hotel bgtau confirmed, esok boleh check in, just tunjuk voucher.

4. TAPI ade 1 kemusykilan, mane resitnye......WAAAAA.....kalo untuk bercuti , xpe la xde resit. TAPI kalo business trip, xde resit, camner nak claim. So, call hotel untuk tanye resit. Hotel maklum hotel xkan keluarkan resit sebab bayaran dibuat kepada pihak ketiga. TRIVAGO hanyala SEARCH ENGINE yang akan bantu pelanggan memilih PENJUAL BILIK yang menawarkan harga yang terendah (of course TRIVAGO akan pilih PENJUAL BILIK yang berdaftar dengan TRIVAGO je la ye). So, untuk kes saya, tgk garisan merah kt gambar di atas. Payment dibuat kepada HotelBeds. Saya kene berurusan dengan HotelBeds utnuk resit.

5. Huhuhuhuhu......nak telefon tak boleh sbb HotelBeds xde cawangan kt Malaysia. Emel saya dah hantar, tapi setakat harini belum dapat feedback. Tolongg.....nak resit.

Wassalam...

Monday 8 June 2015

3 Anak - Pengalaman Membesarkan Yang Berbeza

Assalamualaikum....
Orang tua2 kate byk anak byk ragam. Alhamdulillah...dpt peluang rasa byk ragam tu bile dh ade 3 anak ni. Masing2 ade habit, fav.food,fav.toy, fav.cartoon n etc.
Tapi ape yg sy nk kongsikan kt sini,kesedaran tentang cakna kesihatan anak. Amalan2 yg dpt menguatkan sistem pertahanan badan anak2. Sy bkn doktor yg layak utk memberi panduan ilmiah, cume melalui pengalaman sndr. Tp sy yakin,ilmu ade di mana2 dan jika panduan kite betul, insyaallah dipermudahkan.
Anak sulung sy pernah admit 2 kali kerana bronchitis. Perkara yg sama pd anak kedua saya. Kesian tgk anak2 bile diorg x sihat. Dgn sy yg bekerja,perlu EL utk jg anak di hospital. Sedikit stress sy dibuatnye. Bile sy dpt anak ketiga,kesedaran tentang amalan pemakanan sunnah mula menebal. Ooo...ye,anak sulung sy susu bdn 6 bln shj,anak kedua 16 bln tp x byk beza drpd segi ketahanan bdn. Mungkin sbb mamanye x jg mkn,anak pun terima apa yg mamanye mkn.
Start anak ketiga,sy amalkan sapuan minyak zaitun ke bdn menggantikan minyak telon@yu yee. Amat mengagumkan sy bile anak sy yg ketia hanya demam sekali pd usia 6 bln, tu pun 1/2 hari je. Bile demam,sy sapu minyak habbatussauda ke bdn,bile selsema n batuk, sy wapkan air + habb + garlic yg dibakar. Kali kedua demam masa 12 bln n ketiga br 2 hari lepas.Skrg anak sy dh 15bln. Masih susu bdn tp susu bdn yg mengandungi minyak zaitun+ habbatussauda+madu+pati delima+vco+za'faran. Sy amalkan saranan ustazah norhafizah musa. Bdn sy semakin sihat dan x demam n sakit tekak lg(dulu slalu). Alhamdulillah....
Saya kongsikan video sekali lg.

Saya juga ada membuat bacaan. Antara buku pilihan saya -


Sunday 7 June 2015

Prudential + Family Package + GDM History + Bronchitis

Assalamualaikum....
Alhamdulillah....dapat lindungi keluarga dgn insuran walaupun dgn history GDM in 3rd pregnancy n both anak 1st n 2nd pernah warded due to bronchitis (insuran company cover). At the age of 33 baru subscribe insuran sndr. Selama ni guna insuran company husband.
Moral of the story,subscribe awal2 sblm ade ape2 simptom utk premium yg lebih rendah.
Hari ni belajar term insuran -
LOADING
JOIN CONTRIBUTOR
ANC etc
Yg paling best dpt byk hadiah



Wassalam...

Friday 5 June 2015

Kuih Lipat Ikang Ganu

Assalamualaikum...

Penah dgr kuih ni? Kalo belum,meh tgk camner rupenye

Thursday 4 June 2015

Wordless Thurday

Tuesday 2 June 2015

Bengkel Analisis Teknikal

Assalamualaikum...

Mood tambah ilmu sedang menjadi-jadi dalam diri. ntah daripada mana datang semangat dan kekuatan tu tapi syukur pasti Allah penentu segalanya.

Alhamudillah....30 Mei 2015 (Sabtu) lepas, telah dengan jayanya menghadirkan diri ke Bengkel Analisis Teknikal di CTC Global Training Centre di Menara Amcorp, PJ. x sangka pulak dapat menuntut ilmu dengan nama-nama besar dalam industri pelaburan seperti En. Syukor Hashim dan En. Noor Shufaad. Kedua-dua nama besar ni datanga dari Melaka semata-mata untuk berkongsi ilmu. Kelas yang penuh dengan ilmu teknikal dengan yuran hanya RM250. Susah nak cari sekarang dah sekarang ni.


SUPPORT and RESISTANCE LEVEL

HISTORIAL PRICE

PSHYCO LEVEL

STOCHASTIC

RELATIVE STRENGTH INDEX

apa tu? semuanyer terjawab dalam bengkel tersebut.

apapun, ilmu tanpa amal xkan membawa kite ke mana....

beberapa snap kenangan bersama pemberi ilmu. semoga mendapat bahagian di SINI dan di SANA

Wassalam....

Monday 1 June 2015

PET In The House....

Assalamualaikum....

Sapa yang ader anak-anak, mesti faham....hihihi...tp kalo xde anak-anak pun, sendiri masa zaman kecik-kecik mesti ade pet kan? 

Kali ni nak cerita pasal ......  IKAN .... dalam akuariummmm...

Dah lama MIMI n YAYA mintak nak pet. nak fish katenye. dulu pernah belikan ikan gapi, tu pun seekor je. kejap je nak innalillah...

Kali ni nak belikan akuarium yang betul2..utk abah n mama diorg skali. balik keje boleh tenangkan fikiran...tgk ikan berenang.

Jom...ke PET FAMILY CLUB...kami ke cawangan di Tesco Setia Alam sebab kami tinggal di Setia Alam. Kelengkapan yang diperlukan adalah - 

1. Akuarium


Ikan ada 2 je....1 ikan emas 1 ikan bandaraya (namanyer camtu sbb keje dier bersihkan akuarium dgn mkn lumut2 kat dinding akuarium tu)




















2. Ikan

3. Anti Clorine


























4. Makanan



















Tengak makanan ikan kat kedai tu pening jadinya...macam-macam jenis. tp basically, makanan ikan ikut apa hasil akhir kite nak ikan tu jadi....hihihi klakar jugak bunyinye..

Untuk warna ikan yang lebih terang dan menyerlah

Untuk warna ikan yang lebih cantik dan glowing



















Untuk ikan membesar dgn lebih cepat

Untuk ikan membesar secara semulajadi





















5. Hiasan - apa-apa yang korang sukan... batu ke, rumpai ke, pokok mati ke, karang ke...sumer ada.

Hah, membership card die. skrg kan cam sumer mende ade membership... join je..lain kali nk beli dpt la off 5%.

















Sebelum mengakhiri tulisan kali ni...hah ade 1 tips utk korg yng suka balik kampung. bila korg balik kampung n nk tinggalkan ikan, korg letak je makanan yang dipanggil 'holiday food' ni. Nak tau kenapa dipanggil sebegitu? sila komen ye


Wassalam