Tuesday 26 April 2016

UMRAH KELUARGA BESAR FEB 2016 - Persediaan Untuk 3 Anak dan Kandungan 31 Minggu

Assalamualaikum....

Gelagat 3 beradik sementara tunggu Mama masuk Raudhah. Tq anak2 yang sentiasa support Mama dan Abah.


Persediaan untuk anak-anak kami yang berusia 7 Tahun, 5 tahun, 2 Tahun dan 31 Minggu dalam kandungan...hihihi....

1 - PAKAIAN

Kami menunaikan umrah semasa musim sejuk, pakaian panas anak2 memang kami bawa 2 helai setiap seorg. 2 helai sarung tangan dan 5 helai stokin setiap seorang. Lain-lain pakaian seperti biasa. X perlu risau kerana pakaian boleh dicuci dan mudah kering. Pengalaman kami hanya mengambil masa 1 mlm untuk kering.


Pakaian bersidaian di tingkat bilik hotel.


2 - MAKANAN

Kami bawa biskut dan susu coklat dutch lady untuk bekalan 5 hari. Kami anggarkan selepas itu, bekalan boleh dibeli di Bin Dawood (supermarket di bawah Hotel Hilton tempat kami menginap). Tp bekalan tu x habis pun sebab makanan yang Andalusia sediakan memang menepati selera dan kami juga mencuba makanan di D'Saji FELDA di SAFWA dan makanan2 seperti kebab dan lain2 makanan tempatan. Aiskrim ARAB semestinya.

3 - UBAT-UBATAN

Yang penting bawa bersama vitamin dan minyak zaitun/losyen (untuk mereka yang menunaikan umrah pada musim sejuk kerana musim sejuk di Mekah dan Madinah adalah sejuk dan kering) Kulit akan merah dan gatal kerana keering. Saya hanya minyakkan kulit anak2 dengan minyak zaitun, Alhamdulillah amat berkesan. pastikan anak-anak mengambil vitamin C setiap hari untuk membina pertahanan badan.

Alhamdulillah, anak-anak sehat sepanjang di Mekah dan Madinah, begitu juga kami. Rezeki dan pertolongan Allah limpahkan kepada kami.

4 - STROLLER
Di perkarangan Masjid Nabawi sementara menunggu mama masuk Raudhah. Bergambar dengan stroller POCKIT.

Stroller POCKIT yang boleh dilipat kecil dan boleh dibawa sebagai Hand Luggage ke dalam Cabin dan Bas. Stroller ni kami beli di Mother Care Setia City Mall dengan harga kurang 1K. Berbaloi-baloi.



5 - MAINAN

Sebenarnya, kami x bawa mainan pun...hihihi.....hanya bawa 2 iPod tapi x sangat digunakan. Kenapa? sebab di sepanjang perjalanan, ade macam2 pengalaman baru yang boleh dikongsi bersama anak2 ini. Mereka pun teruja dan mcm2 soalan yang ditanya. Dalam flight pun, diorg hanya gunakan in flight entertainment dan kids kit yang diberikan oleh Saudi pun dah cukup untuk mengisi masa mereka.

Ada satu masa di Masjid Nabawi, iaitu semasa suami menjaga anak2 sementara menunggu saya masuk ke Raudhah, suami hanya berjalan sedikit ke luar perkarangan Masjid Nabawi di Pintu 25 untuk membeli sedikit jajan untuk anak2.

Setakat ini perkongsian untuk persediaan anak2.

Wassalam.....

Bayi Lelaki Berkhatan di Usia 15 Hari

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.....hari ke-6, CLAMP dh tanggal.

Kami sepakat untuk khatankan Alif Fahad seawal yang mungkin selepas kelahirannya. Syukur, hajat dimakbulkan Allah swt. Alif Fahad dilahirkan pada 6 April 2016. Setelah discharge drpd Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas kelahiran Alif Fahad pada 8 April 2016, kami terus membuat survey. Sebenarnya dah buat sebelum lahirnya Alif Fahad, tetapi ala kadar aje sebab yang penting, anak kami sehat. Lepas tu baru la betul2 survey bile nak buat tu. 

Kami tinggal di Setia Alam, Shah Alam. Dengan keadaan saya masih dalam pantang dan Alif Fahad yang masih kecil, memang klinik sekitar Shah Alam yang menjadi pilihan kami. Hasil survey kami, Klinik yang menawarkan khatan bayi agak banyak tetapi yang menjadi sebutan dan sering dikongsikan di blog2 adalah Klinik Ajwa di Seksyen 7. Tp, Klinik Ajwa menawarkan teknologi laser dan bukan CLAMP. Kami mahukan CLAMP kerana melalui pembacaan, teknologi CLAMP lebih  tepat potongannya dan cepat proses penyembuhannya(kawan2 boleh buat bacaan juga, mungkin info sy kurang tepat kerana sy bukan pakar...hihihi...). Untuk CLAMP, Klinik Noraini d Seksyen 8 dan DEMC ada menawarkannya. Dua2nya perlu dibuat temujanji terlebih dahulu. Oleh kerana anak2 kami semuanya mendapatkan rawatan di sana, lebih mudah rasanya jika kami mulakan rekod perubatan Alif Fahad juga di DEMC cam kakak2nya.

Pada hari hari isnin 11 APril 2016, sy telah mendapat temujanji untuk sesi khatan ALif Fahad pada 21 April 2016. Di DEMC, khatan dilakukan oleh Dr. Syukor di Bilik Rawatan, Tingkat 1. Sesinya hanya pada setiap Hari Khamis dan Dr. Syukor hanya melakukan khatan untuk 2 patient pada hari tersebut bermula jam 12.30 tghr.

Tepat pada waktu temujanji, kami dh sampai di DEMC. Dr. Syukor hanya amil masa lebih kurang 30 minit untuk khatankan Alif Fahad. Tp parent tidak dibenarkan masuk. Hanya setelah prosedur selesai, parent dipanggil masuk dan mulalah kami bertanya soalan2 tentang penjagaan. 

Soalan pertama Dr. Syukor kepada kami adalah "Ini anak ke berapa?"

Spontan kami jawab ke-4.

Dr. Syukor tanya lagi, anak2 sebelum ni mcm mana?

Kami jawab, "Oooo...sebelum ni semua perempuan...hihihi....."

Khatan bayi perempuan senang je n x perlu penjagaan. Hanya ditoreh sedikit, berdarah cuma setitis pastu dh baik.

Pesan Dr. Syukor - 

1. Anggap macam jaga tali pusat je. Cuci bersih setiap kali tukar pampers.

2. Boleh gunakan shrink (yang bagi ubat kt bb tu) untuk masukkan air ke dalam CLAMP untuk cuci luka.

3. Bagi bb mkn 1ml ubat demam pada hari pertama khatan dan hari2 terakhir semasa CLAMP nak tanggal. Biasanya amil masa 7 - 10 hari.

Di bawah ni CLAMP yang dh tanggal.
CLAMP yang dah tanggal. Ada sedikit darah.

Total kos untuk khatan bayi lelaki di DEMC adalah RM200+-.

Wassalam....

Kemalangan Kerusi Patah Kaki

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal kejadian weekend 2 hari lepas. Nak gelak tp x lawak.....nk kesian tp...boleh la kesian.

Apa sound effect yang sesuai ye.....KEDEBOOMMMMMM.......erm...cam meletop. KEDEBUKKKK......lebih sesuai kot. Sy yang baru 20 hari dlm pantang ni, duk panggil la Mimi dan Yaya yang memang suka main tu. Budak2, ade je mende yang diorg buat. Tp duk panggil2, x dijawap. diam je dalam bilik. Apa lagi, hati rase x sedap, naik la tingkat atas nk tgk apa yang terjadi. Masuk bilik keje Encik Suami, tgk die tersandar kt tempat exercise (x tau apa nama kemende nye tu). Sekali dia bagitau jatuh, kerusi patah, kepala terhantuk dinding......aduh......turut la sy merasa kesakitannya tu....

Kat bawah ni gambar kerusi yang dah patah 1 kaki. Kerusi ni dh pakai baru setahun lebih. Beli dengan harga RM100++. 

Satu kaki dah patah.....
Moral of the story, sayangi nyawa anda, belilah kerusi yang lebih bermutu dan tahan lasak walaupun Kalah Membeli Aaslkan Menang Memakai.

Wassalam...

Tuesday 19 April 2016

UMRAH KELUARGA BESAR FEB 2016 - Persediaan Awal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan anak keempat keluarga kami pada 6 April 2016 secara induced. Alif Fahad bin Anas Fathi duduk lebih 1 hari je dalam perut mama.

Harini dah hari ke-15 pantang, baru semalam botakkan kepala Alif Fahad. Masa yang ada ni, bolehlah mulakan perkongsian perjalanan umrah keluarga besar kami pada 5 - 16 Feb 2016 yang lalu (lebih kurang 2 bulan yang lepas).

Allah swt telah mendetikkan keinginan untuk ke tanah haram Mekah dan Madinah sejak tahun 2014. Namun, Dia yang menentukan segalanya. 

  • REZEKI
  • KELAPANGAN (semua ahli rombongan termasuk anak-anak)
  • PELEPASAN (terutamanya kami yang bekerja)
  • KESIHATAN
  • KELULUSAN PROSEDUR
Semuanya perlu diambilkira. Akhirnya, tertunai juga hajat kami pada Feb 2016 yang lalu.

Persediaan Awal yang kami buat setelah mendapat persetujuan dan komitmen semua ahli rombongan adalah seperti berikut -

1 - TARIKH PILIHAN

Kami memilih Bulan Feb 2016 kerana waktu itu adalah penghujung musim sejuk. Kami berdoa agar cuaca begini dapat memberikan keselesaan kepada ahli rombongan terutamanya kanak. Tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Walau bagaimanapun, di Mekah, memang kami amat selesa, cuma di Madinah, waktu pagi agak sejuk. Musim sejuk di Arab Saudi ni sejuk dan kering. Kulit perlu disapu banyak pelembap. Saya hanya sapukan minyak zaitun untuk anak-anak. Alhamdulillah amat berkesan. Anak sulung kami terpaksa cuti sekolah seminggu, tapi demi untuk pengalaman praktikal yang kami rasa amat baik untuknya, lagi pula Amira baru darjah 1, kami teruskan niat suci ini. Insyaallah......

2 - SURVEY PAKEJ UMRAH - Pastikan Travel Ejen Yang dipilih Dapat Menguruskan VISA Jemaah Tanpa Masalah

Antara kriteria utama yang kami tetapkan untuk membuat pilihan adalah travel ajen yang telah lama menguruskan pakej umrah dan yang mempunyai reputasi yang baik. Kenapa? VISA - No Visa, No Umrah! Mudah....tanpa visa, tiada umrah. Dah banyak yang kita dengar tentang visa x diluluskan, umrah terpaksa dibatalkan. Dengan Andalusia, alhamdulillah tiada masalah. Melalui pengalaman kami bersama andalusia, travel ejen ini memang cukup berpengalaman dalam menguruskan visa. Ditambah pula dengan special treament yang rombongan kami perlukan untuk menguruskan visa kakak saya. Kakak saya masih belum berkahwin, ayah kami telah kembali pada sang pencipta, adik-beradik kami hanya seorang lelaki iaitu abang saya @ adik kakak saya. Nak dijadikan cerita, abang saya yang perlu menjadi mahram@wali kakak saya ni tinggal di KUWAIT bersama keluarganya dan tidak akan dapat balik untuk menguruskan visa (cuti terhad dan hanya disimpan untuk raya setahun sekali). Agak complicated tetapi Andalusia berjaya menguruskannya dengan baik.

3 - PILIHAN PAKEJ

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan kerana harga pakej adalah bergantung kepada perkara2 tersebut iaitu - 

A. Bilik Penginapan

Hotel dengan jarak lebih dekat daripada Masjidil Haram akan lebih mahal harga pakejnya. Penginapan Berdua, Bertiga atau Bereempat juga menentukan harga pakej. Bagi yang berkeluarga seperti kami (Ayah, Ibu, 2 anak atas 2 tahun dan 1 anak bawah 2 tahun), kami memilih untuk tinggal di Bilik Bertiga - seorang anak atas 2 tahun without bed diberi discount RM700 manakala kanak-kanak bawah 2 tahun tidak perlu bed. Kami memilih Hotel Hilton memandangkan kami pergi bersama kanak-kanak dan orang tua yang agak sukar untuk berjalan jauh. Alhamdulillah, ibu saya yang telah menjalankan Total Knee Replacement dikedua-dua belah kakinya tidak menghadapi masalah untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil haram untuk mengerjakan umrah dan ibadah sunat.

Untuk makluman, bilik berempat di Hotel Hilton agak kurang sesuai untuk warga emas kerana tiada akses terus dgn lif dan perlu menaiki sedikit anak tangga. Saya tidak syorkan untuk mereka yang membawa anak kecik bersama stroller dan warga emas.

B. Penerbangan

Kami memilih pergi bersama penerbangan Saudi kerana - 

I.  Seat yang lebih besar - dimensi 32-33cm

II. Kapal Terbang Saudi mempunyai bay yang lebih dekat dengan pintu terminal di Lapangan Terbang Jeddah (memudahkan kanak-kanak dan warga emas). Walau bagaimanapun, kami mendarat di Terminal Haji. Di Terminal Haji, jemaah perlu menaiki bas yang disediakan untuk ke Terminal. Walau bagaimanapun, urusan imigresen di Terminal Haji amat mudah dan cepat, hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam.

III. Penerbangan Saudi boleh terbang terus daripada Lapangan Terbang Madinah ke Malaysia. Cuma perlu transit lebih kurang 2 jam di Riyadh untuk penumpang domestik. Jika tidak, jemaah perlu menempuh perjalanan 6 jam untuk kembali ke Lapangan Terbang Jeddah untuk terbang pulang ke Malaysia.


Inilah Lapangan Terbang Madinah. Bangunannya baru dan ada satu masjid diluar perkarangan Lapangan Terbang untuk kemudahan Jemaah menunaikan solat. Walau bagaimanapun, sedikit info atau menambahbaikan yang boleh dibuat adalah ruang solat wanita terletak di tingkat atas. Ini amat menyukarkan jemaah warga emas untuk solat.


C. Kanak-kanak bawah 2 tahun

Anak kami Anisa Safiyyah berusia 23 bulan semasa umrah, bayarannya hanya RM1500. Ada travel ejen yang menawarkan hanya RM700 untuk bayi seusianya. Yang menariknya, Anisa Safiyyah juga diberi 5 Liter Air ZamZam ketika pulang...yeayyy......


D. Ke Madinah atau Mekah Dahulu

Jemaah boleh memilih untuk ke Mekah dahulu atau Madinah dahulu. Untuk kepastian, jemaah perlu berhubung terus dengan Andalusia HQ ddi Cheras kerana hanya mereka yang mengetahui dengan tepat tarikh2 penerbangan yang ke Mekah atau Madinah. Dan ini perlu ditetapkan semasa pemilihan pakej dan bayaran booking dibuat.

4 - BAYAR BOOKING UNTUK PAKEJ YANG DIPILIH

Bayaran booking yang perlu dibuat untuk setiap jemaah adalah RM300 termasuk kanak-kanak bawah 2 tahun. 

5 - MENYEDIAKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAAN VISA

Andalusia akan bekalkan dokumen seperti di bawah untuk rujukan kita dalam menyediakan dokumen yang diperlukan. Keperluan dokumen adalh berbeza bagi setiap jemaah. Bagi perempuan di bawah umur 45 tahun, perlu pergi bersama wali@mahram.

Senarai dokumen yang perlu disediakan - boleh uruskan sendiri untuk pengesahan JPN (Surat beranak) dan Jab. Agama Islam (Sijil Nikah) atau Andalusia uruskan dengan bayaran RM10 setiap dokumen.


6 - KELAS UMRAH DI HUJUNG MINGGU

Andalusia ada menyediakan kelas umrah pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun, untuk Hari Ahad, kelas adalah mengikut jadual (tidak selalunya ada). Ustaz yang memberi ceramah juga amat berpengalaman. Untuk pengalaman yang berbeza, eloklah hadir 3 kali bagi jemaah yang pertama kali menunaikan umrah.

Setakat ini untuk perkongsian persediaan awal umrah.


Wassalam.....


TIPS MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum...

Eh, nampak cam dah sehat....x aci nye.......x macam org baru bersalin..

Kata2 yang selalu dilontarkan bile saudara datang melawat. Memang saya sendiri dapat rasakan kelainan bersalin kali ni. Apa yang boleh saya kongsikan dan katakan kepada semua yang mahu mudah bersalin dengan proses pemulihan yang luar biasa (bak kate org putih speedy recovery), amalkanlah petua ustazah NurHafizah Musa ini.

Ambil masa untuk mendengar. Walaupun ramuan yang perlu diambil agak susah untuk dicari, tetapi hasilnya saya boleh katakan sangat menakjubkan. Yang penting disiplin dalam mengamalkannya setiap hari. Tidak ada gunanya kita menelan puluhan biji kapsul atau meneguk Minyak Kelapa Dara ketika hendak bersalin kerana rahsianya adalah pada disiplin amalan tetap setiap hari. Cukup dengan sukatan yang Ustazah berikan.



Selamat mencuba ye para ibu (suami saya juga amalkan).

Wassalam.



Wednesday 13 April 2016

Anak Ke-4 Keluarga Kami

Alhamdulillah....Syukur

Assalamualaikum.....

Hari ni masuk hari ke 9 berpantang anak ke 4 kami. Banyak yang istimewa sepertimana mengandungkan, melahirkan dan berpantang anak 1,2 dan 3 sebelum ni. ALIF FAHAD nama diberi pada hari ke 7 kelahirannya. Apa yang istimewa dengan kehadiran ahli keluarga baru kali ini? Antaranya -

  1. Anak ke 4 dalam keluarga kami tetapi merupakan anak sulung lelaki Abah, Mama dan kakak-kakaknya;
  2. Pertama Kali mendapat pengalaman menamakan anak lelaki dan alhamdulillah dipermudahkan Allah swt untuk mendapat ilham nama yang baik untuk dihadiahkan padanya;
  3. Anak yang Abah dan Mama bawa untuk mengerjakan umrah semasa dalam kandungan 31-33 minggu dengan begitu mudah segala urusan;
  4. Anak yang dilahirkan hanya dalam tempoh 3 jam 55 minit daripada mula sakit hingga dilahirkan;
  5. Anak yang dilahirkan tanpa perlu meneran (walaupun sakit bersalin tetap sama seperti yang lain);
  6. Anak yang paling mudah diuruskan dalam pantang (sehingga hari ke 9 pantang); dan
  7. Mama pun dah sihat sejak hari ke 7 berpantang.
Tips mudah bersalin akan saya kongsikan untuk semua.

Wassalam....

Tuesday 12 April 2016

Alat Pengesan Lampu Isyarat (Induction/Sensors)

Assalamualaikum......

Memandu balik ke rumah selepas seharian bekerja, kadang-kadang membuat kita kurang sabar dengan keadaan trafik yang sesak terutamanya di Lembah Klang. Seharusnya kita lebih berhemah di jalan raya. Untuk menjadi pemandu berhemah, kita perlu berpengetahuan terutamanya dalam sistem papan tanda dan isyarat jalan raya. Sebelum ini, saya rasakan pengguna jalan raya telah tahu berkenaan "Alat Pengesan Lampu Isyarat", tetapi setelah apa yang saya lalui (agak kerap) di persimpangan lampu isyarat di kawasan perumahan saya, saya yakin saya perlu kongsikan pengetahuan umum ini supaya kegagalan memahami sistem jalan raya yang akan menambahkan ketegangan di kalangan pengguna jalan raya yang lain dapat dikurangkan.

Di bawah ni adalah lampu isyarat di kawasan taman perumahan saya. Saya capture gambar ni daripada dalam kereta ketika sedang memandu. Saya berada di lorong untuk belok ke kanan. Kalo kawan-kawan perhatikan, itu adalah alat pengesan lampu isyarat. Kenderaan yang hemdak membelok ke kanan perlu menekan alat pengesan tersebut supaya lampu isyarat dapat menghantar signal kepada sistem dan sekaligus mengadakan giliran untuk kenderaan yang mahu ke kanan dalam sistem giliran lampur isyarat. Kawan-kawan boleh rujuk gambar ketiga untuk keterangan yang lebih tepat dan jelas yang saya petik daripada wikipedia.org.





Apa yang pernah saya lalui ketika memandu pulang dari tempat kerja ialah, kereta di hadapan tidak menekan alat pengesan tersebut sehingga lampu isyarat gagal mengesan terdapat kenderaan yang mahu membelok ke kanan dan akibatnya 2 kali pusingan giliran lampu isyarat tidak memberikan laluan untuk membelok ke kanan. Saya terpaksa memotong 4 kenderaan lain di hadapan saya untuk ke depan dan menekan alat pengesan tersebut. Tindakan saya telah menimbulkan salah faham pemandu kenderaan yang sepatutnya menekan alat pengesan tersebut. Pemandu tersebut telah menghimpit saya. Tapi x apa lah, saya bukan berniat nk memotong giliran. Bila lampur isyarat hijau, saya berikan laluan kepada kenderaan tersebut.

wikipedia.org

Setakat ini sahaja. Semoga tulisan ini bermanfaat buat pengguna jalan raya walaupun jika bukan untuk semua.

Waasalam.....