Saturday 7 November 2015

Bebas GDM Pregnant Anak Ke-4 setelah Anak Ke-2 GDM on Diet dan Anak Ke-3 GDM on Insulin

Assalamualaikum....

Alhamdulilllah........setelah berdebar-debar tunggu result MGTT (8 Okt 2015) utk anak ke-4 ni, masa check up 3 Nov 2015, Dr. KK Ayer Keroh bagi tau result normal. 

Bacaan Normal
Puasa = <5.2mmol/L
Selepas 2jam = <7.8mmol/L

Syukur pada Allah SWT kerana menguji saya dengan GDM on Diet semasa mengandung anak ke-2 dan GDM on Insulin semasa mengandung anak ke-3. Tapi untuk anak ke-4 ni, saya bebas GDM. Apapun, minggu ke-28 nnt kene repeat MGTT lg sebagai langkah berjaga-jaga. Insyaallah....sys akan share resultnye nnt supaya kita boleh sama-sama belajar dan buat yang terbaik untuk melahirkan lebih ramai umat Nabi Muhammad SAW.

Meh nak citer sikit sejarah saya sebagai ibu yang bakal beranak 4 ni.

Buku Pink Anak Pertama (2009) - Tag Putih - Risiko Rendah

 
Buku Pink Anak Kedua (2011) - Tag Kuning - Risiko Sederhana sebab GDM

Buku Pink Anak Ketiga (2014) - Tag Kuning Hijau - Risiko Sederhana Tinggi (GDM on Insulin)


Buku Pink Anak Kedua (2015) - Tag Hijau - Risiko Sederhana sebab Sejarah GDM Kandungan Sebelumnya

Masa disahkan GDM (4.3mmol/L dan 8.3mmol/L) untuk kandungan ke-2 dulu, saya x amik kisah sgt sbb control makan je pun. so, kadang-kadang cheating juga. Jaga masa nak amik BSP je. Anak Ke-2 lahir 3.328kg. Lepas bersalin, bacaan MGTT normal. Saya pun x ambil pusing sgt, makan mcm biasa x control gula.

TAPI, satu amalan saya yang saya amat bersyukur adalah saya mula minum minyak habbatussauda setiap hari. saya terbaca 1 artikel berkenaan habbatussada atau Jintan Hitam yang dikatakan ubat segala penyakit kecuali mati. Saya tak ingat berapa lama saya amalkan tapi sebolehnya saya mmg tidak tinggal minum setiap pagi sebelum pegi kerja.

Bile mengandung anak ke-3, lg sekali saya disahkan GDM (4.4mmol/L dan 8.7mmol/L). Bacaan MGTT makin tinggi. Kesedaran mula datang. Macam-macam amalan yang saya dapat melalui bacaan di internet dan buku-buku saya amalkan. Antaranya - 

  • Minuman manis mmg ditinggalkan terus;
  • Nasi amik dalam kuantiti yang sedikit;
  • Masak nasi tambahkan sedikit halba;
  • Makan banyak sayur dan ulaman;
  • Minum air rendaman jintan putih; dan etc
Tapi hasilnya tetap sama, mungkin ade sedikit turun bacaan BSP setiap kali amalkan tapi pada minggu ke-23 kandungan, saya terpaksa admit untuk insulin sebab bacaan BSP waktu pagi tinggi 5.4mmol/L.

Demi anak kesayangan dalam kandungan, saya ikut sepenuhnya saranan Dr. Kt bawah ni unit insulin yang perlu saya cucuk setiap hari.

Tulisan warna hijau tu unit insulin yang perlu saya suntik setiap hari sehingga minggu ke-38.


Minggu ke-38, saya di induce untuk melahirkan anak ke-3. Alhamdulillah.....semuanya berjalan lancar.

Selepas bersalin, saya perlu buat MGTT untuk check sama ada sy ade diebetis atau tidak. Bacaannya, huhuhu.... 3.5mmol/L dan 10.8mmol/L. Saya diminta buat MGTT sekali lagi selepas 3 bulan, tapi sebab risau dan takut nak terima apa2 result yang tak sebelahi saya, ditambah jadual kerja yang padat, saya tak buat MGTT tu. Tapi saya selalu dibayangi penyakit DIEBETIS... sy jadi takut. 

Tapi sampai bile saya harus takut dan takut. Dalam masa yang sama, saya masih yakin dan terus amalkan habbatussauda. Tapi yang saya beli di kedai Mxxxxx di Shah Alam.

Saya terus buat bacaan sehingga saya terbaca asal minum minyak zaitun amalan sunnah. so, tiap-tiap hari selepas tu, saya amalkan sesudu minayk zaitun dan sesudu habbatussada. Daripada pembacaan juga, saya dapati minyak zaitun yang paling baik kualitinya dalah minyak zaitun daripada palestin. Saya beli minyak ni dengan harga RM95/500ml. tapi demi untuk kesihatan secara alami, saya ketepikan soal wang ringgit. Lagipun, kalo nk bandingkan dengan kos setiap kali jumpe doktor di DEMC, kos lebih kurang sama.

Sepanjang saya amalkan minum minyak habb dan zaitun ni, saya dapati anak ke-3 saya hanya demam 3 kali sepanjang berumur 1 tahun 8 bulan. Bile demam, saya sapu minyak habb seluruh badan. panas badan akan turun selepas kurang sejam. sapu dengan kerap sebab minyak habb senang meresap. xde ubat hospital, xde admit hospital mcm kakak-kakak die sbb bronchilitis. Syukur alhamdulillah.....

Satu hari saya saya terlihat video ustazah Nur Hafizah pasal amalan untuk petua kecantikan dan kesihatan. SIla ke pautan di bawah Luangkan sedikit masa untuk menonton, insyallah bermanfaat untuk semua.

http://ainchong.blogspot.my/2015/05/rahsia-sihat-melalui-pemakanan-sunnah.html


OOOO......lupa nak share, suami saya juga amalkan. hihihi .... walaupun ni petua untuk wanita, tapi apa salahnya, kn!!!

Panjang saya menulis.......tapi yang PENTING, saya nak bagitau......hasil amalan inilah, SAYA BEBAS GDM BG ANAK KE-4.. ALHAMDULILLAH........

Saya juga percaya, ada lagi amalan yang menyumbang pada hasil ini. Antaranya -

  • Kurangkan gula dan karbohidrat;
  • Banyakkan minum air kosong;
  • Pakai stokin kaki (di samping tutup aurat, saya juga terbaca pasal penyakit itu datang dari kaki)
  • Minum air blend kacang panjang dan tomato.
Buat masa ini, itu amalan saya. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu yang mengalami ujian yang sama seperti saya. 

Wassalam.....