Assalamualaikum....
Jual beli rumah!
Banyak sangat ke rumah saya nak jual?Banyak sangat ker rumah saya yang boleh dijual? Kalo belum beli rumah, camner nak jual rumah......hihihihi.... soalan2 yang tuan puan x perlu jawab ye...
Rumah pertama yang saya beli, rumah teres kos sederhana rendah di K.Trg. harga pun murah je, mampu milik. pembelian rumah yang ni, xde kene mengena dalam ini cerita sebab saya x jual pun rumah tu, beli je pastu sewakan...positive cashflow.....uish, mcm terror je bab cashflow....kuikuikui...
Tp aper proses yang dah saya lalui untuk jual rumah. Alhamdulillah, percaturan saya dan suami membuahkan sedikit hasil. Rumah teres 2 tingkat di Sg. Buloh telah berjaya dijual beberapa bulan selepas dapat kunci.
Antara perkara yang sy nak kongsikan adalah proses yang perlu dilalui dalam penjualan unit rumah ini. Bukan mudah, ianya mengambil masa yang agak lama, lebih 6 bulan (Ogos 2014 - Mac 2015).
Proses yang terlibat -
1. Cari agen hartanah - dalam kes kami, agen yang menawarkan perkhidmatan untuk mencari pembeli. Ada pengerasnya....2% daripada harga rumah....kalo tuan puan boleh dan sanggup melayan pembeli nak tengok rumah semua, tuan-puan boleh jimat 2% tu. Masyuk......
2. Lantik peguam - Peguam kami yang akan mewakili penjual (kami), Peguam Pembeli dilantik oleh pembeli itu sendiri. Dalam kes kami, kami cuba berunding dengan pembeli supaya melantik peguam yang sama iaitu peguam kami untuk memudahkan proses, tapi pembeli memilih untuk melantik peguam sendiri. Kami tiada masalah untuk itu.
3. Deposit - Peguam yang dilantik akan menguruskan dokumen S&P. Peguam pembeli akan menyediakan S&P dan peguam penjual akan menyemak dan bersetuju. Kedua-dua pihak penjual dan pembeli perlu menandatangan S&P. hah, masa ni la yang seronok sbb dapat 10% deposit. tapi ingat, 2% agen hartanah punya.
4. Loan Settlement - Kami sebagai penjual hanya menunggu pinjaman perumahan kami bagi rumah yang dijual diselesaikan oleh bank pembeli. step ini yang lama kalo pembeli x penuhi syarat bank yang mengeluarkan pinjaman pada diorg. Dalam kes kami, hampir 3 bln kt peringkat ini sahaja. Pembeli x wt medical check up la untuk insuran etc.
5. Full Settlement - Saya x pasti apa nama betul peringkat ni, tp yang pasti pada peringkat ni, pembeli akan dapat duit keuntungan hasil jual rumah tersebut setelah diselesaikan pinjaman perumahan dengan bank. Pada peringkat ni, kene ingat duit keuntungan tu kena bayar peguam. kadar peguam ikut firma masing-masing sebab peguam pun ade kelas-kelas die. kalo kelas tinggi, yuran guaman die lebih tinggi. pada peringkat ni jugak, kunci akan diserahkan kepada pembeli.
Satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah late charges. Dalam perjanjian ade dinyatakan pembeli perlu selesaikan full settlement dalam tempoh 3 bulan drpd tarikh perjanjian ditandatangani, sekiranyanya gagal, tempoh sebulan boleh dilanjutkan atas persetujuan penjual tertakluk kepada late charges. Dalam kes kami, mmg dh lmbt 2 bulan, tp boleh pulak peguam tu salahkan pihak kami balik dengan justifikasi mengarut walaupun ada kiraan standard utk late charges tersebut. setelah pertimbangan dibuat, dengan rela hati, kami tidak mahu hal ini dipanjangkan...kami terima je amaun yang diberikan.
6. Pindah Milik - peringkat ni, biar peguam yang buat keje. kita dah MASYUKKKK....hihihihi...
Wassalam....
p/s entry kali ni xde gambo sbb gambo rumah sumer dlm phone lame yg dh rosak...lgpun rumah dh jd milik org...apo lai dikenang...