Assalamualaikum....
Alhamdulillah.....hari ke-6, CLAMP dh tanggal.
Kami sepakat untuk khatankan Alif Fahad seawal yang mungkin selepas kelahirannya. Syukur, hajat dimakbulkan Allah swt. Alif Fahad dilahirkan pada 6 April 2016. Setelah discharge drpd Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas kelahiran Alif Fahad pada 8 April 2016, kami terus membuat survey. Sebenarnya dah buat sebelum lahirnya Alif Fahad, tetapi ala kadar aje sebab yang penting, anak kami sehat. Lepas tu baru la betul2 survey bile nak buat tu.
Kami tinggal di Setia Alam, Shah Alam. Dengan keadaan saya masih dalam pantang dan Alif Fahad yang masih kecil, memang klinik sekitar Shah Alam yang menjadi pilihan kami. Hasil survey kami, Klinik yang menawarkan khatan bayi agak banyak tetapi yang menjadi sebutan dan sering dikongsikan di blog2 adalah Klinik Ajwa di Seksyen 7. Tp, Klinik Ajwa menawarkan teknologi laser dan bukan CLAMP. Kami mahukan CLAMP kerana melalui pembacaan, teknologi CLAMP lebih tepat potongannya dan cepat proses penyembuhannya(kawan2 boleh buat bacaan juga, mungkin info sy kurang tepat kerana sy bukan pakar...hihihi...). Untuk CLAMP, Klinik Noraini d Seksyen 8 dan DEMC ada menawarkannya. Dua2nya perlu dibuat temujanji terlebih dahulu. Oleh kerana anak2 kami semuanya mendapatkan rawatan di sana, lebih mudah rasanya jika kami mulakan rekod perubatan Alif Fahad juga di DEMC cam kakak2nya.
Pada hari hari isnin 11 APril 2016, sy telah mendapat temujanji untuk sesi khatan ALif Fahad pada 21 April 2016. Di DEMC, khatan dilakukan oleh Dr. Syukor di Bilik Rawatan, Tingkat 1. Sesinya hanya pada setiap Hari Khamis dan Dr. Syukor hanya melakukan khatan untuk 2 patient pada hari tersebut bermula jam 12.30 tghr.
Tepat pada waktu temujanji, kami dh sampai di DEMC. Dr. Syukor hanya amil masa lebih kurang 30 minit untuk khatankan Alif Fahad. Tp parent tidak dibenarkan masuk. Hanya setelah prosedur selesai, parent dipanggil masuk dan mulalah kami bertanya soalan2 tentang penjagaan.
Soalan pertama Dr. Syukor kepada kami adalah "Ini anak ke berapa?"
Spontan kami jawab ke-4.
Dr. Syukor tanya lagi, anak2 sebelum ni mcm mana?
Kami jawab, "Oooo...sebelum ni semua perempuan...hihihi....."
Khatan bayi perempuan senang je n x perlu penjagaan. Hanya ditoreh sedikit, berdarah cuma setitis pastu dh baik.
Pesan Dr. Syukor -
1. Anggap macam jaga tali pusat je. Cuci bersih setiap kali tukar pampers.
2. Boleh gunakan shrink (yang bagi ubat kt bb tu) untuk masukkan air ke dalam CLAMP untuk cuci luka.
3. Bagi bb mkn 1ml ubat demam pada hari pertama khatan dan hari2 terakhir semasa CLAMP nak tanggal. Biasanya amil masa 7 - 10 hari.
Di bawah ni CLAMP yang dh tanggal.
CLAMP yang dah tanggal. Ada sedikit darah. |
Total kos untuk khatan bayi lelaki di DEMC adalah RM200+-.
Wassalam....
Salam sis baby sy 3 bln. khatan kt demc around 200 ye? Kene call buat appointment dlu ke
ReplyDeleteSalam, ye sis. kene buat appointment dulu sbb Dr. hanya buat pada hari tertentu sahaja. kos rasenyer masih masih sbb blom smpi setahun dari waktu kamikhatankan alif. apapun, boleh terus confirm masa call nak booking tu. Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya.
DeleteDEMC baru je tanya tadi..harga tuk baby lelaki 3 bulan 3-4 ribu wei...adoi..x mampu
ReplyDelete