Alhamdulillah....Syukur
Assalamualaikum.....
Hari ni masuk hari ke 9 berpantang anak ke 4 kami. Banyak yang istimewa sepertimana mengandungkan, melahirkan dan berpantang anak 1,2 dan 3 sebelum ni. ALIF FAHAD nama diberi pada hari ke 7 kelahirannya. Apa yang istimewa dengan kehadiran ahli keluarga baru kali ini? Antaranya -
- Anak ke 4 dalam keluarga kami tetapi merupakan anak sulung lelaki Abah, Mama dan kakak-kakaknya;
- Pertama Kali mendapat pengalaman menamakan anak lelaki dan alhamdulillah dipermudahkan Allah swt untuk mendapat ilham nama yang baik untuk dihadiahkan padanya;
- Anak yang Abah dan Mama bawa untuk mengerjakan umrah semasa dalam kandungan 31-33 minggu dengan begitu mudah segala urusan;
- Anak yang dilahirkan hanya dalam tempoh 3 jam 55 minit daripada mula sakit hingga dilahirkan;
- Anak yang dilahirkan tanpa perlu meneran (walaupun sakit bersalin tetap sama seperti yang lain);
- Anak yang paling mudah diuruskan dalam pantang (sehingga hari ke 9 pantang); dan
- Mama pun dah sihat sejak hari ke 7 berpantang.
Tips mudah bersalin akan saya kongsikan untuk semua.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment