Tuesday, 19 April 2016

UMRAH KELUARGA BESAR FEB 2016 - Persediaan Awal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan anak keempat keluarga kami pada 6 April 2016 secara induced. Alif Fahad bin Anas Fathi duduk lebih 1 hari je dalam perut mama.

Harini dah hari ke-15 pantang, baru semalam botakkan kepala Alif Fahad. Masa yang ada ni, bolehlah mulakan perkongsian perjalanan umrah keluarga besar kami pada 5 - 16 Feb 2016 yang lalu (lebih kurang 2 bulan yang lepas).

Allah swt telah mendetikkan keinginan untuk ke tanah haram Mekah dan Madinah sejak tahun 2014. Namun, Dia yang menentukan segalanya. 

  • REZEKI
  • KELAPANGAN (semua ahli rombongan termasuk anak-anak)
  • PELEPASAN (terutamanya kami yang bekerja)
  • KESIHATAN
  • KELULUSAN PROSEDUR
Semuanya perlu diambilkira. Akhirnya, tertunai juga hajat kami pada Feb 2016 yang lalu.

Persediaan Awal yang kami buat setelah mendapat persetujuan dan komitmen semua ahli rombongan adalah seperti berikut -

1 - TARIKH PILIHAN

Kami memilih Bulan Feb 2016 kerana waktu itu adalah penghujung musim sejuk. Kami berdoa agar cuaca begini dapat memberikan keselesaan kepada ahli rombongan terutamanya kanak. Tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Walau bagaimanapun, di Mekah, memang kami amat selesa, cuma di Madinah, waktu pagi agak sejuk. Musim sejuk di Arab Saudi ni sejuk dan kering. Kulit perlu disapu banyak pelembap. Saya hanya sapukan minyak zaitun untuk anak-anak. Alhamdulillah amat berkesan. Anak sulung kami terpaksa cuti sekolah seminggu, tapi demi untuk pengalaman praktikal yang kami rasa amat baik untuknya, lagi pula Amira baru darjah 1, kami teruskan niat suci ini. Insyaallah......

2 - SURVEY PAKEJ UMRAH - Pastikan Travel Ejen Yang dipilih Dapat Menguruskan VISA Jemaah Tanpa Masalah

Antara kriteria utama yang kami tetapkan untuk membuat pilihan adalah travel ajen yang telah lama menguruskan pakej umrah dan yang mempunyai reputasi yang baik. Kenapa? VISA - No Visa, No Umrah! Mudah....tanpa visa, tiada umrah. Dah banyak yang kita dengar tentang visa x diluluskan, umrah terpaksa dibatalkan. Dengan Andalusia, alhamdulillah tiada masalah. Melalui pengalaman kami bersama andalusia, travel ejen ini memang cukup berpengalaman dalam menguruskan visa. Ditambah pula dengan special treament yang rombongan kami perlukan untuk menguruskan visa kakak saya. Kakak saya masih belum berkahwin, ayah kami telah kembali pada sang pencipta, adik-beradik kami hanya seorang lelaki iaitu abang saya @ adik kakak saya. Nak dijadikan cerita, abang saya yang perlu menjadi mahram@wali kakak saya ni tinggal di KUWAIT bersama keluarganya dan tidak akan dapat balik untuk menguruskan visa (cuti terhad dan hanya disimpan untuk raya setahun sekali). Agak complicated tetapi Andalusia berjaya menguruskannya dengan baik.

3 - PILIHAN PAKEJ

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan kerana harga pakej adalah bergantung kepada perkara2 tersebut iaitu - 

A. Bilik Penginapan

Hotel dengan jarak lebih dekat daripada Masjidil Haram akan lebih mahal harga pakejnya. Penginapan Berdua, Bertiga atau Bereempat juga menentukan harga pakej. Bagi yang berkeluarga seperti kami (Ayah, Ibu, 2 anak atas 2 tahun dan 1 anak bawah 2 tahun), kami memilih untuk tinggal di Bilik Bertiga - seorang anak atas 2 tahun without bed diberi discount RM700 manakala kanak-kanak bawah 2 tahun tidak perlu bed. Kami memilih Hotel Hilton memandangkan kami pergi bersama kanak-kanak dan orang tua yang agak sukar untuk berjalan jauh. Alhamdulillah, ibu saya yang telah menjalankan Total Knee Replacement dikedua-dua belah kakinya tidak menghadapi masalah untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil haram untuk mengerjakan umrah dan ibadah sunat.

Untuk makluman, bilik berempat di Hotel Hilton agak kurang sesuai untuk warga emas kerana tiada akses terus dgn lif dan perlu menaiki sedikit anak tangga. Saya tidak syorkan untuk mereka yang membawa anak kecik bersama stroller dan warga emas.

B. Penerbangan

Kami memilih pergi bersama penerbangan Saudi kerana - 

I.  Seat yang lebih besar - dimensi 32-33cm

II. Kapal Terbang Saudi mempunyai bay yang lebih dekat dengan pintu terminal di Lapangan Terbang Jeddah (memudahkan kanak-kanak dan warga emas). Walau bagaimanapun, kami mendarat di Terminal Haji. Di Terminal Haji, jemaah perlu menaiki bas yang disediakan untuk ke Terminal. Walau bagaimanapun, urusan imigresen di Terminal Haji amat mudah dan cepat, hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam.

III. Penerbangan Saudi boleh terbang terus daripada Lapangan Terbang Madinah ke Malaysia. Cuma perlu transit lebih kurang 2 jam di Riyadh untuk penumpang domestik. Jika tidak, jemaah perlu menempuh perjalanan 6 jam untuk kembali ke Lapangan Terbang Jeddah untuk terbang pulang ke Malaysia.


Inilah Lapangan Terbang Madinah. Bangunannya baru dan ada satu masjid diluar perkarangan Lapangan Terbang untuk kemudahan Jemaah menunaikan solat. Walau bagaimanapun, sedikit info atau menambahbaikan yang boleh dibuat adalah ruang solat wanita terletak di tingkat atas. Ini amat menyukarkan jemaah warga emas untuk solat.


C. Kanak-kanak bawah 2 tahun

Anak kami Anisa Safiyyah berusia 23 bulan semasa umrah, bayarannya hanya RM1500. Ada travel ejen yang menawarkan hanya RM700 untuk bayi seusianya. Yang menariknya, Anisa Safiyyah juga diberi 5 Liter Air ZamZam ketika pulang...yeayyy......


D. Ke Madinah atau Mekah Dahulu

Jemaah boleh memilih untuk ke Mekah dahulu atau Madinah dahulu. Untuk kepastian, jemaah perlu berhubung terus dengan Andalusia HQ ddi Cheras kerana hanya mereka yang mengetahui dengan tepat tarikh2 penerbangan yang ke Mekah atau Madinah. Dan ini perlu ditetapkan semasa pemilihan pakej dan bayaran booking dibuat.

4 - BAYAR BOOKING UNTUK PAKEJ YANG DIPILIH

Bayaran booking yang perlu dibuat untuk setiap jemaah adalah RM300 termasuk kanak-kanak bawah 2 tahun. 

5 - MENYEDIAKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAAN VISA

Andalusia akan bekalkan dokumen seperti di bawah untuk rujukan kita dalam menyediakan dokumen yang diperlukan. Keperluan dokumen adalh berbeza bagi setiap jemaah. Bagi perempuan di bawah umur 45 tahun, perlu pergi bersama wali@mahram.

Senarai dokumen yang perlu disediakan - boleh uruskan sendiri untuk pengesahan JPN (Surat beranak) dan Jab. Agama Islam (Sijil Nikah) atau Andalusia uruskan dengan bayaran RM10 setiap dokumen.


6 - KELAS UMRAH DI HUJUNG MINGGU

Andalusia ada menyediakan kelas umrah pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun, untuk Hari Ahad, kelas adalah mengikut jadual (tidak selalunya ada). Ustaz yang memberi ceramah juga amat berpengalaman. Untuk pengalaman yang berbeza, eloklah hadir 3 kali bagi jemaah yang pertama kali menunaikan umrah.

Setakat ini untuk perkongsian persediaan awal umrah.


Wassalam.....


1 comment:


  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Credit Card Clearance Loan
    *Debt Consolidation Loan
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    ReplyDelete