Tuesday, 16 August 2016

MUDAH Menyimpan Emas Dengan Akaun Gold Accumulative Programme (GAP) PUBLIC GOLD

Assalamulaikum....

Hidup di zaman yang mencabar ni, saya yakin ramai di luar sana yang tahu dan sedar tentang kepentingan menyimpan emas. Saya sendiri dipesan mak, beli emas!Kalo beli emas "sepuluh" (org terangganu panggil emas 999) lagi bagus. Kenapa? Sebab dari zaman berzaman, nilai emas tiada bandingannya. Waktu sesak, boleh digadai untuk tunai.

Tapi berapa banyak sangat duit nak ada yang boleh ditukar dengan emas. Kalo pegi kedai emas sekarang ni, cincin sebentuk pun dah nak ratus2.

Hah, tapi dengan GAP, MUDAH sebab - 

#1 Simpanan Serendah RM188/gram (ikut harga semasa)


Simpanan boleh dibuat serendah RM188/gram(@harga semasa). Sebenarnya, simpanan boleh dibuat dengan hanya RM100, tapi saya sebagai orang Islam tidak galakkan sebab tidak patuh syariah. Syarat urus niaga adalah bayar duit dapat barang, tapi gold bar public gold paling kecil adalah 0.5 gram yang dijual pada harga RM120. So, anda faham kan! 


#2 Tiada Upah Simpan

Tidak ada upah simpan, so x perlu risau mana nak simpan emas yang kita simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit tu. 

#3 Boleh Dijual Balik kepada Public Gold Pada Bila-Bila Masa

Jika anda memerlukan tunai, jual balik emas dalam GAP anda kepada Public Gold, dan anda akan mendapat tunai yang akan dimasukkan terus dalam akaun dalam masa 2 hari.


NORAINI BINTI OMAR CHONG
Registered Authorised Priority Dealer
PG55415

Wassalam



Putu Piring SEDAP!

Assalamualaikum....

Anda orang Melaka? Pelancong Tetap Melaka?Suka Putu Piring?

Ini cadangan saya untuk ANDA!!

2.2385311,102.2787366

https://www.google.com.my/maps/place/Putu+Piring+1+Malaysia+Bukit+Beruang/@2.2385311,102.2787366,160a,48.4y,345.27h,2.57t/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x0:0x1554a4daac18d4a!8m2!3d2.2383762!4d102.2785842?hl=en

Tukar Simpanan Ke Dalam Bentuk Emas Dengan Serendah RM188/gram SELAMAT dan MUDAH

Assalamualaikum....

Pagi ni masa masuk kerja, tiba-tiba terlintas "Kerja setiap hari untuk mencari rezeki dan berdoa semoga kerja kita sehari-hari dikira ibadah dan diberikan ganjaran Allah s.w.t.". 

Kat opis ade poster "TAHNIAH, Anda Bertugas Hari ini", bekerja la setimpal dengan gaji yang anda dapat.

GAJI....alhamdulillah setakat ni cukup untuk keperluan dan sedikit kehendak ditunaikan. Sedikit tabungan untuk keluarga. TAPI......bila tengok tukaran wang berbanding USD, semakin MENURUN.....huhuhuhu.....

Salah 1 cara mudah untuk lindungi nilai simpanan kita adalah tukarkan kepada EMAS. Jual beli emas di zaman serba canggih ni, memang amat mudah dan selamat. Tapi kita kene bijak memilih produk emas yang dapat memberikan keMUDAHan jual beli, selamat dan kualiti diiktiraf antarabangsa (pergi negara mana pun diterima dengan mudah untuk jual balik). 

Saya dah mula menyimpan GAP Public Gold. POS Malaysia juga dah iktiraf produk PUBLIC GOLD. Kalo kita kurang masa lapang untuk mengkaji, apa kata kita ikut langkah syarikat besar seperti POS MALAYSIA dalam memilih produk emasnya. Bak kata orang yang lebih senior, kalo nak berjaya, tiru langkah orang yang dah berjaya.

Kalo nk sembang lanjut, hubungi saya

NORAINI OMAR CHONG
Registered Priority Dealer PUBLIC GOLD
PG55415

Wassalam....



Wednesday, 29 June 2016

Tips Tambah Koleksi Buah Tangan Hari Raya Percuma

Assalamualaikum.....



Mulakan hari dengan senyuman (meleret).......hahahaha.....Alhamdulillah.....dapat buah tangan. Terima kasih pada yang memberi! Semoga kalian mendapat rezeki yang melimpah ruah untuk dikongsi dengan kami. Jeng....jeng...jeng.......

Senarai hadiah
1. Sampul duit raya 13 paket
2. Tabung duit
3. Ni yang paling best, mak2 suka. hati berbunga2 bila dapat TUPPERWARE....yang kat tepi tupperware dlm packing cam aluminium foil tu adalah kek yang datang sekali dengan tupperware. Boleh hidang raya...weehuuu..

Saya nak kongsikan tips yang saya rasa sebahagian besar daripada kita boleh buat. Anda semua mesti ada beli polisi insuran kan? hah......asyik kita je yang kuar duit bayar tiap2 bulan. Ini kali kita pulak yang minta ejen insuran kita kuar duit bagi buah tangan.

Tips ini akan jadi lebih berkesan buat mereka yang subscribe polisi insuran family, lagi ramai anak yang dipolisikan, lagi besar hadiah boleh dapat. Hihihi....

Selamat mencuba!!!

Jangan marah ejen2 insuran kat luar sana.

Wassalam


Sunday, 12 June 2016

Tips Biasakan Anak Tak Takut Jumpa Dentist

Assalamualaikum...

Gigi cantik....semua orang nak, kan! Ibu2 bapa2, semua nak gigi anak kita cantik kan. Bukan je kene gosok gigi sekurang2nya 2 kali sehari, tapi kene jumpe dentist utk pemeriksaan gigi juga kan. Untuk pastikan gigi tumbuh mengikut tumbesaran anak2 kita.

Beberapa tips yang nk saya kongsikan utk biasakan anak2 supaya x takut jumpa dentist. 

#1  Mulakan Seawal Usia Anak 1 Tahun


Hah, ibu2 mesti biasa dapat pesanan nurse bila check up anak umur setahun. "Puan bawa anak check gigi ye". Tapi berapa ramai antara kita yang buat? Hihihi......Ikut la cakap nurse, buat la temujanji dan jumpa la dentist. Boleh ke klinik kerajaan dengan bayaran RM1 atau yang boleh claim company tu, pergi la klinik swasta.

Kenapa mesti mula awal? Sebab masa ni budak2 ramai yang belum tau rasa takut dgn dentist. Kalo takut pun, ibu boleh baring atas kerusi tu sambil baringkan anak atas badan kita untuk dentist check. kan mudah!

#2  Rombongan Cik Kiah

Pergi jumpa dentist beramai-ramai satu keluarga. Untuk anak sulung, disarankan ibu dan bapa buat check up sekali. Bagi anak tgk camner dentist check dan tunjukkan wajah riang gumbira supaya anak rasa seronok dan nak cuba baring atas kerusi dentist tu dan rasai pengalaman check gigi. Untuk yang dah ada ramai anak cam saya ni, bwk sekali kakak2 n abang2 untuk check gigi. Maksud saya bukanla membazir check gigi kalo x perlu tp selaraskan jadual check gigi utk family kita setiap 6 bulan sekali tu untuk semua sekali. kan mudah?


#3  Ole-ole daripada Dentist

Dapatkan ole2 daripada dentist yang boleh menarik perhatian anak2 kita.




Rantai bentuk gigi pelbagai warna. Amira dapat setiap kali pegi cabut gigi. Aliya pun dapat walaupun x cabut gigi. Hihihihi...


Model Rantai Gigi....kakakakak


Ok, itu saja tips untuk kali ni. Semoga bermanfaat utk semua.

Wassalam

Saturday, 14 May 2016

Daftar Haji Anak

Assalamualaikum...

Giliran Haji bagi mendaftar haji pada 13 Mei 2016 adalah pada tahun 2100

Pasti semua kaum muslimin dan muslimat menyimpan hasrat dan harapan untuk menunaikan rukun islam ke-5 iaitu fardu haji, begitu juga dengan kami. Besar juga harapan kami untuk menyediakan kemudahan kepada anak-anak kami menunaikan Haji. 

Terkini, semalam iaitu pada 13 Mei 2016, kami telah membuka akuan tabung haji sekaligus mendaftarkan haji buat anak ke-4 kami iaitu Alif Fahad bin Anas Fathi. Giliran Alif adalah pada tahun 2100. Insyaallah, ada rezeki Alif walaupun agak lambat. Rezeki Allah, mana tahu quota ditambah dan Alif boleh pergi lebih awal.

Baru semalam 13 Mei 2016 berkesempatan membuka akuan tabung haji untuk
Alif Fahad.


Kepada ibu ayah, ambil langkah untuk bantu anak kita mendapatkan giliran haji dengan mendaftar segera ye.

Wassalam.

Thursday, 12 May 2016

Tips "Diapers Free" Sebelum Umur 2 Tahun

Assalamualaikum...

Anisa atas dukung abah, diapers free masa 22 bulan. Pergi umrah 5 - 16 Feb 2016 masa 23 bulan. Mudah untuk bawa Anisa sekali masa Tawaf (rukun wajib umrah yang perlu jaga wuduk). Alhamdulillah....


Kali ni kita share pula tips untuk jimat diapers bagi ibu2 dan ayah2 yang anak ramai (cam sy...hihihi) tapi kalo x ramai pun, bagus untuk latih anak2 kita supaya tidak pakai diapers di usia bawah 2 tahun. Bila makin lambat kita latih anak untuk diapers free maka makin sukar untuk di realisasikan.

Beberapa tips yang boleh saya kongsikan setelah melatih 3 anak untuk diapers free sebelum umur 2 tahun -

#1  Mulakan Seawal Anak Boleh Bercakap dan Faham WEE dan POO


Bermulalah seawal mungkin ketika anak sudah pandai bercakap dan faham serta pandai untuk menyampaikan isyarat kepada kita jika mereka hendak buat air kecil atau besar. Apa saja perkataan yang digunakan, itu tidak menjadi persoalan. Wee dan Poo @ Cing dan Yak @ Ukk dan Shhiiii.....apa saja boleh.

Dalam masa yang sama juga, kita boleh galakkan anak2 berkomunikasi dengan kita.

#2  Bersedia Untuk Mencuci

Sememangnya melatih anak2 untuk diapers free memerlukan kita bersedia untuk mencuci jika mereka terlepas. Dan terlepas itu adalah PASTI. Jangan sesekali marah atau merungut. Anak2 akan takut jika dimarahi dan ini akan melambatkan proses latihan. Sediakan mop dan baldi yang bersesuaian dan kain lap yang lebih untuk tujuan ini.


#3  Simpan Karpet Turkey

Hah...yang ni, memang tidak dinafikan, ibu2 yang gemarkan karpet untuk hiasan rumah, simpan dulu karpet anda. Tak kira la karpet turkey ke, pakistan ke, malaysia ke......ini untuk mengelakkan anda stress bila anak2 terlepas atas karpet anda. Sebenarnya adalah untuk memudahkan proses mencuci. Kalo karpet kan susah cuci!

Kami menggunakan play mate untuk menggantikan karpet. Ia sangat mudah dicuci menarik dengan gambar2 dan selamat untuk anak2 yang mengalami broncithis.

#4  Sediakan dan Angkut Lapik Tandas Walau Ke Mana Kita Pergi

Perlu sediakan persekitaran yang selesa untuk anak2 meneruskan latihan untuk diapers free. Dalam kehidupan berkeluarga dan bersosial, pastinya kita perlu sering ziarah menziarahi antara keluarga dan teman. Jangan hadkan aktiviti kita hanya kerana anak2 sedang dalam latihan diapers free. Saya yakin, banyak tempat persinggahan di Malaysia tidak menyediakan kemudahan tandas yang sesuai untuk anak2. Sama ada tandas duduk atau tandas cangkung, kedua-duanya adalah berbahaya kepada kanak2. Oleh itu, kami lebih selesa membenarkan anak2 menggunakan tandas duduk dengan lapik tandas seperti di gambar. Lebih selamat (anak yang darjah 1 pun masih guna lapik tandas) untuk anak dan mudah untuk kita mencuci wee dan poo.

Lapik Tandas jenama Sweet Cherry yang kami gunakan untuk travel. Ringan, kecil dan murah (RM10) je.hihihi....


#5  Konsisten Diapers Free Walau Perlu Travel


Konsisten adalah kata kunci untuk kejayaan latihan diapers free. Apapun alasannya, latihan tetap perlu diteruskan. Jika perlu travel, rancang perjalanan anda, di mana dan bila mahu berhenti untuk wee dan poo. Jika travel dengan kapal terbang, dapatkan seat berdekatan dengan toilet untuk kanak2 yang lebih selesa.

#6   Kerap Berhenti Untuk Wee dan Poo Dalam Perjalanan

Dalam perjalanan jauh (kami sering balik kampung di terengganu yang memakan masa hampir 7 jam dulunya, sekarang hanya 5 jam), kami berhenti sekurang-kurangnya 2 kali. Lebih kerap lebih baik. Boleh berehat dan pastikan anak2 wee dan poo. Dan yang penting tidak terlepas di dalam kereta. hihihihi.....

Sekian.


Wassalam....


Monday, 9 May 2016

Tips Pastikan Anak Duduk Car Seat

Assalamualaikum......

Ibu2 ayah2 kat luar sane, bila naik kereta, anak2 diletakkan dalam car seat tak? 

Erm...anak2 xnak duduk la.....nangis....susah nak letak la......xde bajet la.....


Bajet bukan alasan sebab kat cash converter pun kita boleh dapatkan car seat dgn bajet yang sgt minimum.

Pelbagai sebab untuk tidak memberikan hak keselamatan untuk anak2 yang kita sayang diberikan ibu2 dan ayah2. Walaupun, kebelakangan ni, kesedaran di kalangan ibu dan ayah dah semakin meningkat, namun masih ramai yang mengabaikan aspek ini.

Sebagai mama dan abah kepada 4 orang kanak2 riang, kami memang mementingkan aspek keselamatan mereka. Terutamanya suami saya yang bekerja dalam bidang yang meletakkan aspek keselamatan dalam senarai keutamaan. Kesemua anak2 mesti fasten seat belt car seat sebelum kereta bergerak.....hahaha.....skema nya...

#1 MULAKAN DARI HARI PERTAMA MENAIKI KENDERAAN

Boleh dikatakan majoriti ibu2 kini bersalin di hospital. Tidak lagi seperti ibu2 kita dulu, bersalin di rumah perkara biasa (saya pun dilahirkan di rumah) Tapi mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi, tren bersalin di rumah akan menjadi popular.

Oleh itu, sediakanlah car seat untuk membawa pulang bayi anda. Pilih car seat jenis bucket untuk bayi yang boleh digunakan daripada 0 - 6 bulan.

#2 KONSISTEN DALAM PENGGUNAAN

Bermula daripada pertama kali meletakkan bayi anda dalam car seat, jgn sekali membenarkan mereka tidak menggunakannya. Walaupun untuk perjalanan jarak dekat yang hanya mengambil masa 5 minit seperti ke kedai runcit di depan rumah.

#3 HIBURAN/MAINAN

Penuhi ruang masa anak2 dalam perjalanan dengan hiburan atau mainan untuk mengelakkan mereka bosan dan mula hendak turun daripada car seat.

#4 HATI KERING

Jgn sekali-kali lembut hati dengan membenarkan anak anda keluar daripada car seat semasa dalam perjalanan walaupun mereka menangis, melalak, merayu dan mcm2 lagi.....jadi ibu dan ayah yang rasional dengan mengutamakan keselamatan mereka.

#5 IBU BAPA SENTIASA MEMAKAI SEAT BELT

"Contoh melalui teladan".....mudah kan? 

"Monkey See Monkey Do"  eh, anak2 kita bukan la monkey tapi pepatah kate camtu la......

Jadikan diri kita teladan yang baik buat anak2.


Akhir sekali, belanja ibu2 dan ayah2 kat luar sana dengan contoh2 gambar car seat, kami dan anak2 dalam kereta.

Kami dalam perjalanan balik kampung di Terengganu. Semua muka ceria....hahahaha

Car Seat untuk Alif Fahad yang baru berusia 24 hari...hihihi.....

Car Seat untuk Mimi (sulung 7 tahun) dan Yaya (No.2 umur 5 tahun)

Car Seat Anisa (No.3 umur 2 tahun)




Tengok kat bawah ni. Semoga membawa kesedaran kepada kita semua.

http://www.bharian.com.my/node/89041?m=1

Wassalam


Tuesday, 26 April 2016

UMRAH KELUARGA BESAR FEB 2016 - Persediaan Untuk 3 Anak dan Kandungan 31 Minggu

Assalamualaikum....

Gelagat 3 beradik sementara tunggu Mama masuk Raudhah. Tq anak2 yang sentiasa support Mama dan Abah.


Persediaan untuk anak-anak kami yang berusia 7 Tahun, 5 tahun, 2 Tahun dan 31 Minggu dalam kandungan...hihihi....

1 - PAKAIAN

Kami menunaikan umrah semasa musim sejuk, pakaian panas anak2 memang kami bawa 2 helai setiap seorg. 2 helai sarung tangan dan 5 helai stokin setiap seorang. Lain-lain pakaian seperti biasa. X perlu risau kerana pakaian boleh dicuci dan mudah kering. Pengalaman kami hanya mengambil masa 1 mlm untuk kering.


Pakaian bersidaian di tingkat bilik hotel.


2 - MAKANAN

Kami bawa biskut dan susu coklat dutch lady untuk bekalan 5 hari. Kami anggarkan selepas itu, bekalan boleh dibeli di Bin Dawood (supermarket di bawah Hotel Hilton tempat kami menginap). Tp bekalan tu x habis pun sebab makanan yang Andalusia sediakan memang menepati selera dan kami juga mencuba makanan di D'Saji FELDA di SAFWA dan makanan2 seperti kebab dan lain2 makanan tempatan. Aiskrim ARAB semestinya.

3 - UBAT-UBATAN

Yang penting bawa bersama vitamin dan minyak zaitun/losyen (untuk mereka yang menunaikan umrah pada musim sejuk kerana musim sejuk di Mekah dan Madinah adalah sejuk dan kering) Kulit akan merah dan gatal kerana keering. Saya hanya minyakkan kulit anak2 dengan minyak zaitun, Alhamdulillah amat berkesan. pastikan anak-anak mengambil vitamin C setiap hari untuk membina pertahanan badan.

Alhamdulillah, anak-anak sehat sepanjang di Mekah dan Madinah, begitu juga kami. Rezeki dan pertolongan Allah limpahkan kepada kami.

4 - STROLLER
Di perkarangan Masjid Nabawi sementara menunggu mama masuk Raudhah. Bergambar dengan stroller POCKIT.

Stroller POCKIT yang boleh dilipat kecil dan boleh dibawa sebagai Hand Luggage ke dalam Cabin dan Bas. Stroller ni kami beli di Mother Care Setia City Mall dengan harga kurang 1K. Berbaloi-baloi.



5 - MAINAN

Sebenarnya, kami x bawa mainan pun...hihihi.....hanya bawa 2 iPod tapi x sangat digunakan. Kenapa? sebab di sepanjang perjalanan, ade macam2 pengalaman baru yang boleh dikongsi bersama anak2 ini. Mereka pun teruja dan mcm2 soalan yang ditanya. Dalam flight pun, diorg hanya gunakan in flight entertainment dan kids kit yang diberikan oleh Saudi pun dah cukup untuk mengisi masa mereka.

Ada satu masa di Masjid Nabawi, iaitu semasa suami menjaga anak2 sementara menunggu saya masuk ke Raudhah, suami hanya berjalan sedikit ke luar perkarangan Masjid Nabawi di Pintu 25 untuk membeli sedikit jajan untuk anak2.

Setakat ini perkongsian untuk persediaan anak2.

Wassalam.....

Bayi Lelaki Berkhatan di Usia 15 Hari

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.....hari ke-6, CLAMP dh tanggal.

Kami sepakat untuk khatankan Alif Fahad seawal yang mungkin selepas kelahirannya. Syukur, hajat dimakbulkan Allah swt. Alif Fahad dilahirkan pada 6 April 2016. Setelah discharge drpd Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas kelahiran Alif Fahad pada 8 April 2016, kami terus membuat survey. Sebenarnya dah buat sebelum lahirnya Alif Fahad, tetapi ala kadar aje sebab yang penting, anak kami sehat. Lepas tu baru la betul2 survey bile nak buat tu. 

Kami tinggal di Setia Alam, Shah Alam. Dengan keadaan saya masih dalam pantang dan Alif Fahad yang masih kecil, memang klinik sekitar Shah Alam yang menjadi pilihan kami. Hasil survey kami, Klinik yang menawarkan khatan bayi agak banyak tetapi yang menjadi sebutan dan sering dikongsikan di blog2 adalah Klinik Ajwa di Seksyen 7. Tp, Klinik Ajwa menawarkan teknologi laser dan bukan CLAMP. Kami mahukan CLAMP kerana melalui pembacaan, teknologi CLAMP lebih  tepat potongannya dan cepat proses penyembuhannya(kawan2 boleh buat bacaan juga, mungkin info sy kurang tepat kerana sy bukan pakar...hihihi...). Untuk CLAMP, Klinik Noraini d Seksyen 8 dan DEMC ada menawarkannya. Dua2nya perlu dibuat temujanji terlebih dahulu. Oleh kerana anak2 kami semuanya mendapatkan rawatan di sana, lebih mudah rasanya jika kami mulakan rekod perubatan Alif Fahad juga di DEMC cam kakak2nya.

Pada hari hari isnin 11 APril 2016, sy telah mendapat temujanji untuk sesi khatan ALif Fahad pada 21 April 2016. Di DEMC, khatan dilakukan oleh Dr. Syukor di Bilik Rawatan, Tingkat 1. Sesinya hanya pada setiap Hari Khamis dan Dr. Syukor hanya melakukan khatan untuk 2 patient pada hari tersebut bermula jam 12.30 tghr.

Tepat pada waktu temujanji, kami dh sampai di DEMC. Dr. Syukor hanya amil masa lebih kurang 30 minit untuk khatankan Alif Fahad. Tp parent tidak dibenarkan masuk. Hanya setelah prosedur selesai, parent dipanggil masuk dan mulalah kami bertanya soalan2 tentang penjagaan. 

Soalan pertama Dr. Syukor kepada kami adalah "Ini anak ke berapa?"

Spontan kami jawab ke-4.

Dr. Syukor tanya lagi, anak2 sebelum ni mcm mana?

Kami jawab, "Oooo...sebelum ni semua perempuan...hihihi....."

Khatan bayi perempuan senang je n x perlu penjagaan. Hanya ditoreh sedikit, berdarah cuma setitis pastu dh baik.

Pesan Dr. Syukor - 

1. Anggap macam jaga tali pusat je. Cuci bersih setiap kali tukar pampers.

2. Boleh gunakan shrink (yang bagi ubat kt bb tu) untuk masukkan air ke dalam CLAMP untuk cuci luka.

3. Bagi bb mkn 1ml ubat demam pada hari pertama khatan dan hari2 terakhir semasa CLAMP nak tanggal. Biasanya amil masa 7 - 10 hari.

Di bawah ni CLAMP yang dh tanggal.
CLAMP yang dah tanggal. Ada sedikit darah.

Total kos untuk khatan bayi lelaki di DEMC adalah RM200+-.

Wassalam....

Kemalangan Kerusi Patah Kaki

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal kejadian weekend 2 hari lepas. Nak gelak tp x lawak.....nk kesian tp...boleh la kesian.

Apa sound effect yang sesuai ye.....KEDEBOOMMMMMM.......erm...cam meletop. KEDEBUKKKK......lebih sesuai kot. Sy yang baru 20 hari dlm pantang ni, duk panggil la Mimi dan Yaya yang memang suka main tu. Budak2, ade je mende yang diorg buat. Tp duk panggil2, x dijawap. diam je dalam bilik. Apa lagi, hati rase x sedap, naik la tingkat atas nk tgk apa yang terjadi. Masuk bilik keje Encik Suami, tgk die tersandar kt tempat exercise (x tau apa nama kemende nye tu). Sekali dia bagitau jatuh, kerusi patah, kepala terhantuk dinding......aduh......turut la sy merasa kesakitannya tu....

Kat bawah ni gambar kerusi yang dah patah 1 kaki. Kerusi ni dh pakai baru setahun lebih. Beli dengan harga RM100++. 

Satu kaki dah patah.....
Moral of the story, sayangi nyawa anda, belilah kerusi yang lebih bermutu dan tahan lasak walaupun Kalah Membeli Aaslkan Menang Memakai.

Wassalam...

Tuesday, 19 April 2016

UMRAH KELUARGA BESAR FEB 2016 - Persediaan Awal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan anak keempat keluarga kami pada 6 April 2016 secara induced. Alif Fahad bin Anas Fathi duduk lebih 1 hari je dalam perut mama.

Harini dah hari ke-15 pantang, baru semalam botakkan kepala Alif Fahad. Masa yang ada ni, bolehlah mulakan perkongsian perjalanan umrah keluarga besar kami pada 5 - 16 Feb 2016 yang lalu (lebih kurang 2 bulan yang lepas).

Allah swt telah mendetikkan keinginan untuk ke tanah haram Mekah dan Madinah sejak tahun 2014. Namun, Dia yang menentukan segalanya. 

  • REZEKI
  • KELAPANGAN (semua ahli rombongan termasuk anak-anak)
  • PELEPASAN (terutamanya kami yang bekerja)
  • KESIHATAN
  • KELULUSAN PROSEDUR
Semuanya perlu diambilkira. Akhirnya, tertunai juga hajat kami pada Feb 2016 yang lalu.

Persediaan Awal yang kami buat setelah mendapat persetujuan dan komitmen semua ahli rombongan adalah seperti berikut -

1 - TARIKH PILIHAN

Kami memilih Bulan Feb 2016 kerana waktu itu adalah penghujung musim sejuk. Kami berdoa agar cuaca begini dapat memberikan keselesaan kepada ahli rombongan terutamanya kanak. Tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Walau bagaimanapun, di Mekah, memang kami amat selesa, cuma di Madinah, waktu pagi agak sejuk. Musim sejuk di Arab Saudi ni sejuk dan kering. Kulit perlu disapu banyak pelembap. Saya hanya sapukan minyak zaitun untuk anak-anak. Alhamdulillah amat berkesan. Anak sulung kami terpaksa cuti sekolah seminggu, tapi demi untuk pengalaman praktikal yang kami rasa amat baik untuknya, lagi pula Amira baru darjah 1, kami teruskan niat suci ini. Insyaallah......

2 - SURVEY PAKEJ UMRAH - Pastikan Travel Ejen Yang dipilih Dapat Menguruskan VISA Jemaah Tanpa Masalah

Antara kriteria utama yang kami tetapkan untuk membuat pilihan adalah travel ajen yang telah lama menguruskan pakej umrah dan yang mempunyai reputasi yang baik. Kenapa? VISA - No Visa, No Umrah! Mudah....tanpa visa, tiada umrah. Dah banyak yang kita dengar tentang visa x diluluskan, umrah terpaksa dibatalkan. Dengan Andalusia, alhamdulillah tiada masalah. Melalui pengalaman kami bersama andalusia, travel ejen ini memang cukup berpengalaman dalam menguruskan visa. Ditambah pula dengan special treament yang rombongan kami perlukan untuk menguruskan visa kakak saya. Kakak saya masih belum berkahwin, ayah kami telah kembali pada sang pencipta, adik-beradik kami hanya seorang lelaki iaitu abang saya @ adik kakak saya. Nak dijadikan cerita, abang saya yang perlu menjadi mahram@wali kakak saya ni tinggal di KUWAIT bersama keluarganya dan tidak akan dapat balik untuk menguruskan visa (cuti terhad dan hanya disimpan untuk raya setahun sekali). Agak complicated tetapi Andalusia berjaya menguruskannya dengan baik.

3 - PILIHAN PAKEJ

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan kerana harga pakej adalah bergantung kepada perkara2 tersebut iaitu - 

A. Bilik Penginapan

Hotel dengan jarak lebih dekat daripada Masjidil Haram akan lebih mahal harga pakejnya. Penginapan Berdua, Bertiga atau Bereempat juga menentukan harga pakej. Bagi yang berkeluarga seperti kami (Ayah, Ibu, 2 anak atas 2 tahun dan 1 anak bawah 2 tahun), kami memilih untuk tinggal di Bilik Bertiga - seorang anak atas 2 tahun without bed diberi discount RM700 manakala kanak-kanak bawah 2 tahun tidak perlu bed. Kami memilih Hotel Hilton memandangkan kami pergi bersama kanak-kanak dan orang tua yang agak sukar untuk berjalan jauh. Alhamdulillah, ibu saya yang telah menjalankan Total Knee Replacement dikedua-dua belah kakinya tidak menghadapi masalah untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil haram untuk mengerjakan umrah dan ibadah sunat.

Untuk makluman, bilik berempat di Hotel Hilton agak kurang sesuai untuk warga emas kerana tiada akses terus dgn lif dan perlu menaiki sedikit anak tangga. Saya tidak syorkan untuk mereka yang membawa anak kecik bersama stroller dan warga emas.

B. Penerbangan

Kami memilih pergi bersama penerbangan Saudi kerana - 

I.  Seat yang lebih besar - dimensi 32-33cm

II. Kapal Terbang Saudi mempunyai bay yang lebih dekat dengan pintu terminal di Lapangan Terbang Jeddah (memudahkan kanak-kanak dan warga emas). Walau bagaimanapun, kami mendarat di Terminal Haji. Di Terminal Haji, jemaah perlu menaiki bas yang disediakan untuk ke Terminal. Walau bagaimanapun, urusan imigresen di Terminal Haji amat mudah dan cepat, hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam.

III. Penerbangan Saudi boleh terbang terus daripada Lapangan Terbang Madinah ke Malaysia. Cuma perlu transit lebih kurang 2 jam di Riyadh untuk penumpang domestik. Jika tidak, jemaah perlu menempuh perjalanan 6 jam untuk kembali ke Lapangan Terbang Jeddah untuk terbang pulang ke Malaysia.


Inilah Lapangan Terbang Madinah. Bangunannya baru dan ada satu masjid diluar perkarangan Lapangan Terbang untuk kemudahan Jemaah menunaikan solat. Walau bagaimanapun, sedikit info atau menambahbaikan yang boleh dibuat adalah ruang solat wanita terletak di tingkat atas. Ini amat menyukarkan jemaah warga emas untuk solat.


C. Kanak-kanak bawah 2 tahun

Anak kami Anisa Safiyyah berusia 23 bulan semasa umrah, bayarannya hanya RM1500. Ada travel ejen yang menawarkan hanya RM700 untuk bayi seusianya. Yang menariknya, Anisa Safiyyah juga diberi 5 Liter Air ZamZam ketika pulang...yeayyy......


D. Ke Madinah atau Mekah Dahulu

Jemaah boleh memilih untuk ke Mekah dahulu atau Madinah dahulu. Untuk kepastian, jemaah perlu berhubung terus dengan Andalusia HQ ddi Cheras kerana hanya mereka yang mengetahui dengan tepat tarikh2 penerbangan yang ke Mekah atau Madinah. Dan ini perlu ditetapkan semasa pemilihan pakej dan bayaran booking dibuat.

4 - BAYAR BOOKING UNTUK PAKEJ YANG DIPILIH

Bayaran booking yang perlu dibuat untuk setiap jemaah adalah RM300 termasuk kanak-kanak bawah 2 tahun. 

5 - MENYEDIAKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAAN VISA

Andalusia akan bekalkan dokumen seperti di bawah untuk rujukan kita dalam menyediakan dokumen yang diperlukan. Keperluan dokumen adalh berbeza bagi setiap jemaah. Bagi perempuan di bawah umur 45 tahun, perlu pergi bersama wali@mahram.

Senarai dokumen yang perlu disediakan - boleh uruskan sendiri untuk pengesahan JPN (Surat beranak) dan Jab. Agama Islam (Sijil Nikah) atau Andalusia uruskan dengan bayaran RM10 setiap dokumen.


6 - KELAS UMRAH DI HUJUNG MINGGU

Andalusia ada menyediakan kelas umrah pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun, untuk Hari Ahad, kelas adalah mengikut jadual (tidak selalunya ada). Ustaz yang memberi ceramah juga amat berpengalaman. Untuk pengalaman yang berbeza, eloklah hadir 3 kali bagi jemaah yang pertama kali menunaikan umrah.

Setakat ini untuk perkongsian persediaan awal umrah.


Wassalam.....


TIPS MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum...

Eh, nampak cam dah sehat....x aci nye.......x macam org baru bersalin..

Kata2 yang selalu dilontarkan bile saudara datang melawat. Memang saya sendiri dapat rasakan kelainan bersalin kali ni. Apa yang boleh saya kongsikan dan katakan kepada semua yang mahu mudah bersalin dengan proses pemulihan yang luar biasa (bak kate org putih speedy recovery), amalkanlah petua ustazah NurHafizah Musa ini.

Ambil masa untuk mendengar. Walaupun ramuan yang perlu diambil agak susah untuk dicari, tetapi hasilnya saya boleh katakan sangat menakjubkan. Yang penting disiplin dalam mengamalkannya setiap hari. Tidak ada gunanya kita menelan puluhan biji kapsul atau meneguk Minyak Kelapa Dara ketika hendak bersalin kerana rahsianya adalah pada disiplin amalan tetap setiap hari. Cukup dengan sukatan yang Ustazah berikan.



Selamat mencuba ye para ibu (suami saya juga amalkan).

Wassalam.



Wednesday, 13 April 2016

Anak Ke-4 Keluarga Kami

Alhamdulillah....Syukur

Assalamualaikum.....

Hari ni masuk hari ke 9 berpantang anak ke 4 kami. Banyak yang istimewa sepertimana mengandungkan, melahirkan dan berpantang anak 1,2 dan 3 sebelum ni. ALIF FAHAD nama diberi pada hari ke 7 kelahirannya. Apa yang istimewa dengan kehadiran ahli keluarga baru kali ini? Antaranya -

  1. Anak ke 4 dalam keluarga kami tetapi merupakan anak sulung lelaki Abah, Mama dan kakak-kakaknya;
  2. Pertama Kali mendapat pengalaman menamakan anak lelaki dan alhamdulillah dipermudahkan Allah swt untuk mendapat ilham nama yang baik untuk dihadiahkan padanya;
  3. Anak yang Abah dan Mama bawa untuk mengerjakan umrah semasa dalam kandungan 31-33 minggu dengan begitu mudah segala urusan;
  4. Anak yang dilahirkan hanya dalam tempoh 3 jam 55 minit daripada mula sakit hingga dilahirkan;
  5. Anak yang dilahirkan tanpa perlu meneran (walaupun sakit bersalin tetap sama seperti yang lain);
  6. Anak yang paling mudah diuruskan dalam pantang (sehingga hari ke 9 pantang); dan
  7. Mama pun dah sihat sejak hari ke 7 berpantang.
Tips mudah bersalin akan saya kongsikan untuk semua.

Wassalam....

Tuesday, 12 April 2016

Alat Pengesan Lampu Isyarat (Induction/Sensors)

Assalamualaikum......

Memandu balik ke rumah selepas seharian bekerja, kadang-kadang membuat kita kurang sabar dengan keadaan trafik yang sesak terutamanya di Lembah Klang. Seharusnya kita lebih berhemah di jalan raya. Untuk menjadi pemandu berhemah, kita perlu berpengetahuan terutamanya dalam sistem papan tanda dan isyarat jalan raya. Sebelum ini, saya rasakan pengguna jalan raya telah tahu berkenaan "Alat Pengesan Lampu Isyarat", tetapi setelah apa yang saya lalui (agak kerap) di persimpangan lampu isyarat di kawasan perumahan saya, saya yakin saya perlu kongsikan pengetahuan umum ini supaya kegagalan memahami sistem jalan raya yang akan menambahkan ketegangan di kalangan pengguna jalan raya yang lain dapat dikurangkan.

Di bawah ni adalah lampu isyarat di kawasan taman perumahan saya. Saya capture gambar ni daripada dalam kereta ketika sedang memandu. Saya berada di lorong untuk belok ke kanan. Kalo kawan-kawan perhatikan, itu adalah alat pengesan lampu isyarat. Kenderaan yang hemdak membelok ke kanan perlu menekan alat pengesan tersebut supaya lampu isyarat dapat menghantar signal kepada sistem dan sekaligus mengadakan giliran untuk kenderaan yang mahu ke kanan dalam sistem giliran lampur isyarat. Kawan-kawan boleh rujuk gambar ketiga untuk keterangan yang lebih tepat dan jelas yang saya petik daripada wikipedia.org.





Apa yang pernah saya lalui ketika memandu pulang dari tempat kerja ialah, kereta di hadapan tidak menekan alat pengesan tersebut sehingga lampu isyarat gagal mengesan terdapat kenderaan yang mahu membelok ke kanan dan akibatnya 2 kali pusingan giliran lampu isyarat tidak memberikan laluan untuk membelok ke kanan. Saya terpaksa memotong 4 kenderaan lain di hadapan saya untuk ke depan dan menekan alat pengesan tersebut. Tindakan saya telah menimbulkan salah faham pemandu kenderaan yang sepatutnya menekan alat pengesan tersebut. Pemandu tersebut telah menghimpit saya. Tapi x apa lah, saya bukan berniat nk memotong giliran. Bila lampur isyarat hijau, saya berikan laluan kepada kenderaan tersebut.

wikipedia.org

Setakat ini sahaja. Semoga tulisan ini bermanfaat buat pengguna jalan raya walaupun jika bukan untuk semua.

Waasalam.....