Assalamualaikum....
Gelagat 3 beradik sementara tunggu Mama masuk Raudhah. Tq anak2 yang sentiasa support Mama dan Abah. |
Persediaan untuk anak-anak kami yang berusia 7 Tahun, 5 tahun, 2 Tahun dan 31 Minggu dalam kandungan...hihihi....
1 - PAKAIAN
Kami menunaikan umrah semasa musim sejuk, pakaian panas anak2 memang kami bawa 2 helai setiap seorg. 2 helai sarung tangan dan 5 helai stokin setiap seorang. Lain-lain pakaian seperti biasa. X perlu risau kerana pakaian boleh dicuci dan mudah kering. Pengalaman kami hanya mengambil masa 1 mlm untuk kering.
Pakaian bersidaian di tingkat bilik hotel. |
2 - MAKANAN
Kami bawa biskut dan susu coklat dutch lady untuk bekalan 5 hari. Kami anggarkan selepas itu, bekalan boleh dibeli di Bin Dawood (supermarket di bawah Hotel Hilton tempat kami menginap). Tp bekalan tu x habis pun sebab makanan yang Andalusia sediakan memang menepati selera dan kami juga mencuba makanan di D'Saji FELDA di SAFWA dan makanan2 seperti kebab dan lain2 makanan tempatan. Aiskrim ARAB semestinya.
3 - UBAT-UBATAN
Yang penting bawa bersama vitamin dan minyak zaitun/losyen (untuk mereka yang menunaikan umrah pada musim sejuk kerana musim sejuk di Mekah dan Madinah adalah sejuk dan kering) Kulit akan merah dan gatal kerana keering. Saya hanya minyakkan kulit anak2 dengan minyak zaitun, Alhamdulillah amat berkesan. pastikan anak-anak mengambil vitamin C setiap hari untuk membina pertahanan badan.
Alhamdulillah, anak-anak sehat sepanjang di Mekah dan Madinah, begitu juga kami. Rezeki dan pertolongan Allah limpahkan kepada kami.
4 - STROLLER
Di perkarangan Masjid Nabawi sementara menunggu mama masuk Raudhah. Bergambar dengan stroller POCKIT. |
Stroller POCKIT yang boleh dilipat kecil dan boleh dibawa sebagai Hand Luggage ke dalam Cabin dan Bas. Stroller ni kami beli di Mother Care Setia City Mall dengan harga kurang 1K. Berbaloi-baloi. |
5 - MAINAN
Sebenarnya, kami x bawa mainan pun...hihihi.....hanya bawa 2 iPod tapi x sangat digunakan. Kenapa? sebab di sepanjang perjalanan, ade macam2 pengalaman baru yang boleh dikongsi bersama anak2 ini. Mereka pun teruja dan mcm2 soalan yang ditanya. Dalam flight pun, diorg hanya gunakan in flight entertainment dan kids kit yang diberikan oleh Saudi pun dah cukup untuk mengisi masa mereka.
Ada satu masa di Masjid Nabawi, iaitu semasa suami menjaga anak2 sementara menunggu saya masuk ke Raudhah, suami hanya berjalan sedikit ke luar perkarangan Masjid Nabawi di Pintu 25 untuk membeli sedikit jajan untuk anak2.
Setakat ini perkongsian untuk persediaan anak2.
Wassalam.....